m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, May 20, 2013

Ikatan Hazwan dan Eida: Suami dan isteri

Bahagian 7

Akhirnya Kois sah menjadi suami Eida. Dan Eida sah menjadi isteri Kois. And they live happily ever after. The end. (Aku tengah banyak kerja ni. Buntu aku memikirkan apa yang nak ditulis dalam blog entry kali ni).

Antara kerabat yang turut hadir.
Semua orang mempamerkan wajah ceria.
Para hulubalang sedang menanti arahan untuk mengangkat barang.
Bersedia seanjang masa.
Lagi men in black.
Yaya dan Ika sangat gembira mendapat kakak ipar baru.
Para tetamu tekun mendengar kata-kata Tok Kadi.
Atas perminataan ramai, akhirnya lagu Ombak Rindu didendangkan oleh Tok Kadi.
Sabriena turut meraikan abang sepupunya.
Ramai sungguh tetamu yang hadir.
Pesanan Tok Kadi yang panjang lebar.
Terserlah wajah keceriaan pada setiap hadirin dan hadirat yang meraikan detik bersejarah ini. Tak kurang jugak yang menangis sakan (bukan ayah atau ibu pengantin) tatkala bersalaman dan berpelukan dengan pengantin. Kerabat kami memang suka menangis. Tak kisahlah sama ada pasal kejadian sedih, gembira, bosan, terkejut, semua akan menyebabkan kami menangis. Hu hu hu...

Dua orang sepupu Kois - Taufiq dan Faridz.
"Groomsmen Rock" bermakna hulubalang bersemangat kental macam batu!
Amier baru lepas makan sirih dengan pinang.
Anak-anak sibuk main i-pad.
Bersantai ibu dan anak.
Kaum ibu di suatu sudut.
Permulaan detik menjadi pasangan suami isteri, Kois pun memberikanlah sejumlah nilai wang mas kahwin yang telah dilafazkan ketika akad nikah tadi. Cincin kahwin pun disarungkan ke jari isteri tersayang. Dan sebagai tanda berterima kasih, Eida mencium tangan suaminya, sambil itu turut membau tangan Kois yang nampak gayanya masih ada kesan bau sambal belacan makan malam semalam. Seutas rantai emas turut dipasangkan ke pergelangan tangan Eida. Eida berasa gembira, lantas melompat seraya berkata, "Hooorrreeeyyy!!!" Dan sebagai penutup acara, Kois telah mengucup dahi isteri tersayang. Semua jurugambar berkumpul untuk mengambil gambar. Kalau aku kira, ada dalam lapan puluh orang jurugambar semuanya, dari pelbagai surat khabar, dan majalah tempatan dan luar negara. 

Akhir sekali, kedua pengantin bersalaman dan perpelukan dengan semua saudara mara yang hadir. Suasana sungguh sayu seketika, walaupun dalam kebahagian kedua mempelai. Tahniah diucapkan kepada Kois dan Eida.

Bersambung...

Memberikan duit mas kahwin kepada isteri.
Memastikan jumlah yang mencukupi.
Duit mas kahwin diterima dengan selamat.
Menyarung cincin ke jari isteri.
Tanda kedua pasangan mempelai ini telah mengundi.
Mencium tangan suami tercinta.
Kemudian membau pulak tangan.
Mak Uda dengan hero-hero se-Malaya.
Memakaikan gelang emas pulak.
Okay, siap dipakaikan.
Masa untuk mencium pulak.
Wangi...
Cium lagi sekalilah.
Anak dan ibu berpelukan.
Anak dan ayah.

No comments:

Post a Comment