m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, May 15, 2013

Ikatan Hazwan dan Eida: Awal pagi di Masjid Besi

Bahagian 1

Dah lebih sebulan anak saudara kami, Hazwan (yang kami panggil Kois) menjadi seorang suami kepada seorang isteri bernama Ieda. Tapi kisah Kois dan Eida ni terpaksa aku tangguhkan pasal kesibukan yang amat dahsyat, baik di ofis, mahupun di rumah. Tapi kesian pulak kalau peram kisah ni lama-lama. Ni anak saudara lagi sorang pulak dah kahwin. Elin namanya. Kisah Elin kahwin, tak taulah pulak aku bila akan diterbitkan. Apa-apa pun, ikutilah kisah pernikahan Kois dan Ieda di Masjid Besi Putrajaya (Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin).

Sabriena turut teruja menghadiri majlis yang mulia ini.
Kalau ikut jadual waktu, kami kena sampai kat Masjid Besi jam 9 pagi. Jadi pagi tu kami dah bergegas, kelam-kabut bangun pagi dan bersiap untuk menghadiri hari besar bagi anak buah kami tu. Sampaikan kami terpaksa mandi style Bujang Lapok bagi menyegerakan diri untuk bersiap-siap pada pagi tu.

Amier pakai baju casual aje.
Sedang aku drive menuju Putrajaya dengan kelajuan maksimum yang boleh dicapai oleh keretaku, iaitu selaju 525 km sejam, tetiba telefon ku berbunyi. Panggilan dari sorang lagi anak buah kami, Hafez. Rupanya dia dah sampai lagi awal. Sebelum subuh dia dah sampai. Siap berkhemah kat masjid lagi untuk memastikan dirinya tak sampai lewat. Hafez nengok tak ada orang kat masjid, jadi dia tak taulah lokasi tempat nikah tu kat mana. Bila kami sampai, rupanya memang orang lain semuanya belum sampai lagi. Hafez yang pertama tiba, dan keluarga kami yang kedua sampai.


Kami sampai awal. Jadi kami bergambar dululah.
Wanie di ruang solat.
Cuma ada keluarga kami aje masa ni. Hafez dah merayau ke tempat lain.
Oleh kerana kami sampai awal, maka kami berlegar-legarlah kat sekitar masjid sambil mengagumi senibinanya yang agak unik. Menarik jugak melihat pemandangan tasik dari dalam masjid. Ada infiniti pool lagi dalam masjid tu. Kalau waktu solat Jumaat, kalau terlalu ramai jemaah, boleh aje sebahagian ahli jemaah solat dalam kolam tu. Janji pakaian kena cukup tebal supaya tak nampak aurat bila kain basah. Dan masa sujud tu, jangan pulak sampai terminum air, nanti batal.

Barang hantaran - sirih junjung dan minyak wangi.
Alat solek dan bantal untuk tidur sekiranya mengantuk.
Ini cokelat kot. Tak sempat pulak aku nak songlap dua tiga bijik.
Kasut kulit buaya tembaga dari Sungai Sarawak - kulit si Bujang Senang.
Duit bunga ni ialah duit mas kahwin.
Ini barang solek lagi kot.
Bunga betul versus bunga duit. Yang mana satu menjadi pilihan.
Beg tangan yang cantik.
Cincin kahwin. Memang cantik.
Setelah seketika menanti, barulah sampai ahli keluarga kami sedikit demi sedikit sehingga memenuhi ruang masjid yang luas tadi. Dan barang hantaran yang cantik berhias pun disusun di atas lantai dengan tertib sekali. Kois jugak sampai dengan pakaian baju Melayu yang siap berseterika sampai siding dia jadi tajam. Boleh buat potong buah! Dan sekarang kami menanti pulak ketibaan rombongan pengantin perempuan tiba.

Bersambung...

Kak Uda sebagai pengawal barang hantaran.

No comments:

Post a Comment