Bahagian 2
Kaum kerabat kami memang telah ramai yang datang memenuhi ruang masjid. Barang-barang hantaran telah disusun dengan teratur di atas permaidani empuk di ruang solat. Pembawa-pembawa barang hantaran terdiri daripada pendekar-pendekar berpakaian serba hitam yang telah dilatih khas di Lahad Datu. Pendekar-pendekar perkasa ini perlu memastikan barang-barang hantaran tidak rosak, cacat atau dicuri. Fokus penjagaan barang hantaran perlu diberikan dengan penuh tumpuan.
Para pendekar pembawa barang hantaran sedang mengambil tempat masing-masing untuk bertafakkur. |
Duduk bertafakkur. |
Duduk bertapa. |
Duduk bersila ala pendekar. |
Pengantin, Kois dan abangnya, Koas |
Pendekar pembawa barang-barang hataran telah bertafakur dan bertapa seketika untuk mendapatkan semangat waja dan semangat semerah padi sebelum bertugas. Sementara itu, kaum ibu bersiap sedia menggayakan diri masing-masing agar kelihatan anggun bagi meraikan majlis yang bersejarah ini. Waktu terus berjalan. Dan kami akan menanti rombongan pengantin perempuan tiba dengan penuh sabar dan tabah.
Bersambung...
Ibu pengantin sedang menelefon Domino's Pizza. "Pizza besar bagi lima kotak, okay!" |
Masih belum selesai bertafakkur. |
Kak Piah dan Kak Shida. |
Sessi tafakkur hampir selesai. |
Syafiq, Faridz dan Akid berasa lucu bila melihat gambar pengantin lelaki ketika di sekolah tadika. |
Sebahagian daripada adik-beradik dan sepupu pengantin lelaki. |
Elin sedang mendandan Safiyah. |
No comments:
Post a Comment