Bahagian 3
Oleh kerana Kois dan Ieda akan dinobatkan sebagai raja dan permaisuri sehari pada pagi ini, maka semua pendekar dan perajurit telah dari awal-awal lagi berbaris di ruang solat dalam masjid. Mereka telah berdiri tegak dan tidak bergerak untuk suatu jangka masa yang sangaaaaaaaaatttt lama. Malah berkelip kelopak mata pun tak boleh. Jika mata berkelip, nescaya pendekar yang terlibat akan dikenakan tindakan undang-undang kependekaran yang sangat luar biasa tahap ketegasannya. Antara pendekar perajurit yang telah dipilih oleh majlis raja-raja se-Malaya adalah seperti berikut: Laksamana Amin, Faiisal, Taufiq, Faridz, Syafiq, Syauqi, Akid dan Ali.
|
Berbaris dengan penuh dedikasi. |
|
Dari kiri: Laksamana Amin, Faiisal, Taufiq, Faridz, Syafiq, Syauqi, Akid dan Ali. |
|
Laksamana Ali curi-curi keluar barisan. Dia akan dikenakan tindakan tatatertib selepas ini. |
|
Setelah diberi amaran, Laksamana Ali nampaknya telah berubah wajah. |
Jawatan Pendekar Laksamana Seri Panglima Agung pula telah disandang oleh Abby Solehin. Maka oleh itulah pakaiannya agak berlainan sedikit dari pendekar-pendekar yang lain. Baju Melayu warna merah adalah busana rasmi bagi pemegang jawatan ini. Dan songkok kehormat juga adalah dikecualikan dari dipakai oleh penyandangnya. Cuma dengan satu syarat, ketinggian rambut tidak boleh kurang dari lima inci! Setelah berbaris agak lama, kira-kira lima jam lamanya, maka tabik hormat diberikan kepada kerabat-kerabat bangsawan yang hadir di perkarangan ruang solat masjid itu. Sebijik macam pahlawan dalam cerita Hang Tuah!
|
Laksamana Seri Panglima Agung berbusana merah di tengah-tengah barisan. |
|
Tabik hormat. |
Dan di suatu sudut lain, berbeza pulak senarionya. Kaum hawa masih duduk bersantai-santai kerana tiada perasaan ragu dan gusar apabila meyakini bahawa tiada bahaya yang bakal mengundang mereka, kerana para pendekar perajurit telah bersiap siaga, dan dengan rela sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan maruah bangsa dan negara! (Pasang lagu Inilah Barisan Kita dekat background). Malah anak-anak juga nampaknya begitu riang ceria berlegar-legar tanpa memikirkan soal-soal yang boleh membebankan fikiran.
|
Adinda-adinda kepada Raja Kois. |
|
Yaya dan Ika. |
|
Ayahanda dan bonda Raja Kois. |
|
Sempat jugak seorang sepupu membuat sms memilih Raja paling popular dalam Anugerah Raja Popular Berita Harian. |
|
Kerabat hawa. |
|
"Eh! Alif Aziz! Aiman Hakim lah!!!..... Oh tidak... Abby Solehin rupanya.... :-( |
|
Bonda, bonda saudara serta adinda Raja Kois. |
|
Pengawal-pengawal peribadi. |
|
Laksamana Syafiq memberikan arahan kepada teman-teman sejawatnya. |
|
Isteriku dengan puteri bongsu kami. |
|
Ayahanda Long dan Ayahanda Uda turut hadir memeriahkan majlis. |
|
Amier dan Zuan sempat mendapatkan urutan khas kelas pertama dari robot-robot istana. |
Perbarisan para pendekar perajurit berterusan lagi. Kali ini disertai oleh para pembesar negeri, Datuk Bendahara, Temenggung, dan Datuk Bentara Satria. Dan di tengah-tengah perbarisan, terselitlah Raja Kois yang menjadi focal point dan tumpuan kepada segala rakyat jelata. Wajah Raja Kois nampaknya begitu tenang ceria dan bersahaja. Inilah raja berjiwa rakyat. Perbarisan yang sebegini memang jarang-jarang dapat disaksikan oleh rakyat jelata. Dan perbarisan ini hanya dibubarkan setelah kira-kira lapan jam ianya didirikan.
Bersambung...
|
Perbarisan bersama pembesar-pembesar istana. |
|
Raja Kois di tengah-tengah barisan. |
|
Segak dan bergaya. |
|
Eh! Macam aku kenal aje pembesar Laksamana yang berbaju biru tu. Tapi di mana ya? |
|
Memberikan isyarat good kepada Raja Kois. |
|
Perbarisan bersurai. Semua orang ceria. |
No comments:
Post a Comment