Bahagian 6
Setelah dipanggil Tok Kadi @ juru nikah, kami pun berkumpullah kat medan pernikahan bagi menyaksikan Kois dan Eida diijab kabulkan. Tok Kadi yang fasih berbahasa Arab tu tak terus menikahkah Kois. Tapi dia banyak membuat soal siasat dan menanya perkara-perkara yang bersangkutan dengan proses akad nikah. Antara soalan yang ditanya termasuklah: "Berapa berat pengantin lelaki? Apakah makanan kegemaran bakal mentua punya jiran punya adik punya kawan sepejabat?" Dan yang paling mencabar ialah, "Berapakah bilangan dinosaur jenis apatosaurus yang telah pupus sejak zaman Jurasik sampailah ke zaman bakal isteri anda dilahirkan?" Tapi dengan selamba, Kois telah berjaya menjawab kesemua soalan itu dengan tepat dan betul. Tok Kadi jadi terpegun, tergamam, terpaku dan tercengang untuk satu jangka masa yang sangat lama. Tak ingat aku berapa lama, sebab memang lamaaaaaaaaaaaa sangat.
|
Tok Kadi sibuk mengisi borang subsidi baja. |
|
"Awak suka makan apa?" tanya Tok Kadi. |
Sementara Tok Kadi menanya pelbagai soalan, sempat juga dia mengisi borang permohonan meminta bantuan subsidi baja untuk ladang sawit yang diusahakannya secara sambilan. Setelah menyoal tak kurang dari 1000 soalan, Tok Kadi pun kini telah bersedia untuk memulakan upacara akad nikah. Tok Kadi bermula dengan memegang mikrofon yang telah dikenakan special effect supaya suara Tok Kadi kedengaran merdu seperti suara Jamal Abdillah.
|
"Ehem, ehem. Tok Kadi, tak kan tak sudah-sudah isi borang subsidi? Saya ni bila nak bagi nikah?" |
|
"Okay, okay. Ini borang yang last. Lepas ni kita nikah ya?" |
|
Kois sedang tarik nafas panjang-panjang. |
"Kita mulakan dengan menyanyi lagu Nadi Rakyat". Ada pulak di kalangan hadirin siap berdiri dan bersungguh-sungguh nak mula menyanyikan lagu tu. " Eh! Saya bergurau aje! Takkanlah nak nyanyi lagu Nadi Rakyat kat masjid pulak. Tak sesuai sangat. Kita nyanyi lagu pasal pokok". "Lagu Pokok Meet uncle Hussin ke Tok Kadi?" tanyaku. "Bukan. Lagu pokok yang ini... Sepohon kayu, dahannya rimbun. Lebat daunnya serta buahnya. Walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya..." Kami terus insaf setelah mendengar lagu itu didendangkan.
|
"Biarlah saya dendangkan sebuah lagu dulu, buat halwa telinga anda jugak..." |
|
"Dan lagu kedua saya bertajuk Ombak Rindu. Boleh tak???!!" |
|
"Oleh kerana semua orang tak nak dengar saya nyanyi lagu Ombak Rindu, terpaksalah saya nikahkan saudara ni." |
|
"Awak nak nyanyi lagu apa-apa dulu tak sebelum nikah? Lagu Terukir Di Bintang ke, lagu Awan Nano ke?" |
Setelah itu, barulah Tok Kadi membacakan khutbah nikah. Panjang berjela bacaannya. Tok Kadi ni aku perasan dah boleh hafaz skrip dalam buku panduan khutbah nikah tu. Hebat betul! Aku rasa dah sejuta orang dinikahkan oleh Tok Kadi ni. Bila khutbah nikah jugak selesai, barulah acara kemuncak akan berlangsung. "Drum rolls!!!" jerit ku. "Tak payah!" pintas Tok Kadi. Dan Tok Kadi pun mula berkata-kata, "Aku nikah akan dikau........." Dan dengan suara bass yang keluar dari dalam perut, Kois pun menyahut, "Aku terima nikah......... tunaiiiiiiiii". Syukur. Amin. Akhirnya, setelah disahkan oleh saksi-saksi yang hadir, maka sahihlah kini Kois dan Eida menjadi pasangan suami isteri. Dan para syaitan menjerit kesedihan kerana satu lagi sunnah besar Nabi (s.a.w.) telah dilaksanakan dengan sempurna.
|
Tok Kadi memulakan upacara akad nikah. |
|
"Aku terima nikahnya dengan..... Eh silap! Itu skrip awak, bukan skrip saya. Kita mulakan semula", kata Tok Kadi. |
|
"Aku terima nikah...... tunaiiiii!" |
|
Syukur. Kois dan Eida telah sah jadi pasangan suami isteri. |
Tok Kadi lantas membacakan doa keberkatan bagi kedua-dua pengantin, keselamatan dan keharmonian dalam ketaatan kepada segala perintah Allah. Kami yang di lokasi berasa sangat gembira walaupun ada ketikanya kaum keluarga Kois turut berasa sedikit sayu. Lumrah orang berkahwin, perasaan sayu tu pasti terselit, terutamanya ibu dah ayah pengantin. Kami mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasangan itu. Kami tumpang bahagia di atas kebahagian mereka.
Bersambung...
|
Membaca doa. |
|
Kois terpaksa memangkah undi lebih awal dari rakyat Malaysia yang lainnya. |
|
Semua hadirin mengaminkan doa. |
|
Masih membaca doa. |
|
Amin, ya rabbal alamin. |
|
"Bila Tok Kadi ni nak baca doa makan pulak. Perut dah lapar ni", bisik Kois dalam hati. |
|
Penuh khusyuk. |
|
Suami dan isteri berdoa. |
|
Aizat, pengapit Kois memikirkan saat beliau bernikah pula. |
|
Doa pun selesai. |
|
Semua hadirin khusyuk berdoa. |
|
Sejurus diijab kabulkan, Kois terus mendapat kontrak untuk merakamkan suara di dalam album terbitan Monkey Bone Records milik Ahmad Izham Omar. |
No comments:
Post a Comment