m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, May 26, 2013

Ikatan Hazwan dan Eida: Makan bertandang

Bahagian 9

Dari Putrajaya, kami terus berlepas ke Semenyih untuk ke rumah pengantin perempuan, untuk mendapatkan bekalan makanan bagi mengisi perut-perut kami yang telah semakin kosong, kosong, kosong... Jauh jugak jaraknya. Supaya cepat sampai, kami telah pergi menempah tiket kapalterbang pergi balik. Dan syukur, laluan kapalterbang tidaklah jam, seperti yang telah diduga. Kami akhirnya sampai dalam tempoh yang agak singkat.

Taufiq mengetuai rombongan dengan membawa barang hantaran yang paling bermakna di dunia ini.
Bersama Sabriena dan anak buah, Nana.
Berjalan di sebelah kebun pebagai tanaman.
Dengan semangat berkobar-kobar kami melangkah terus ke arah khemah yang telah didirkan. Matlamat kami hanya satu - makan! Dan sejurus kami ternampak pelbagai makanan yang telah tersaji di atas meja, kami pun terus berpusu-pusu meluru ke arah makanan tadi. Mencedok nasi dan lauk pauk. Dan mencari port yang sesuai untuk memulakan suapan. Nasi putih dengan pelbagai lauk kampung. Sangat-sangat-sangat menyelerakan. Aku sendiri pun ambil makanan hingga makanan dalam pingganku meninggi, hingga mencecah siling.

Pak Long dan Mak Long sedang menikmati juadah.
Faiisal sedang memilih ulam. Ulam mana yang menambat hati?
Wajah kelaparan terserlah pada raut muka ahli rombongan.
Aku nengok semua orang makan dengan penuh selera. Lepas makan nasi, makan kuih muih pulak. Ada buah tembikai pulak yang memang sangat kena dengan cuaca yang sangat panas pada petang tu. Semua lauk-pauk yang terhidang sedap-sedap belaka. Kami sangat puas hati.

Wanie dan Mak Teh.
Kawan kami dari Yaman sedang menyuap nasi sambil menahan pedas yang bukan kepalang.
Mak Uda sedang makan. Ika pulak mendukung Haikal.
Makan anak-beranak.
"Pergh! Sedap betul lauk nih!" kata Zuan.
Faiisal sedang memilih lauk. Lama betul Faiisal pilih lauk - dari siang sampai ke malam.
Setelah habis makan, kami duduk berehat sekejap dalam kawasan rumah, yang berbumbung dan lebih teduh. Ada yang berborak-borak dengan tuan rumah. Ada yang terus makan segala makanan yang masih tersisa. Setelah sekian lama duduk kat situ, kami akhirnya berangkat pulang ke homestay di Putrajaya. Rehat kat sana sekejap, solat zuhur, sebelum kemudiannya pulang ke rumah di Ampang.

Tamat.

Ber-posing sebelum pulang.
Tema hari ini adalah pink kaler.
Di balik pohon sawit.
Selamat tinggal Semenyih. Esok lusa datang lagi.

No comments:

Post a Comment