m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, May 22, 2013

Ikatan Hazwan dan Eida: Bergambar bersama

Bahagian 8

Bernikah sudah, bersalaman sudah, berpelukan sudah, menangis bersama ketawa bersama pun sudah. Yang belum hanyalah bergambar. Maka berkumpullah seluruh keluarga pengantin lelaki dan perempuan untuk bergambar. Bermula dengan kumpulan kecil, ibu dan bapa pengantin. Sehinggalah ke kelompok yang besar - saudara-mara dan adik beradik. Hinggalah ke perkumpulan yang lebih besar yang melibatkan teman-teman, jiran-jiran, orang-orang kampung di seberang, rakyat asing yang bermukim di Malaysia, dan termasuklah makhluk asing dari planet-planet berdekatan jugak. Cameraman pening kepala nak muatkan semua orang ni dalam satu gambar. Nasib baiklah cameraman yang bertugas tu ada lensa super duper wide angle. Dapatlah dimasukkan semua manusia dan alien ni dalam sekeping gambar yang sangaaaatt besar!

Kak Timah dengan rama-rama perasa cokelat.
Bersama ibu dan ayah Eida.
Masih dengan ibu dan ayah Eida.
Bersama ibu dan ayah Eida serta ibu dan ayah Kois.
Mak Uda memeluk Kois.
Anak saudara yang besar dengan makcik yang kecik.
Kami mengambil kesempatan bergambar dengan back-drop masjid yang sangat cantik. Kami datang ke sini pun jarang-jarang sekali. Sesekali datang, apa salahnya bergambar sakan. Sungguh berwarna-warni pakaian para tetamu macam pelangi. Memang memancar-mancar cahaya warna yang gemilang itu. Aku rasa semua orang menggunakan serbuk pencuci jenis yang sama, iaitu jenama ******** (Sorry, tak boleh bagi tau. Iklan ini tak dibayar). Setelah puas bergambar, sampai habis semua Kodak digunakan, kami pun teruslah beredar untuk ke rumah pengantin perempuan untuk menjamu selera pulak. Yes perrrrruuutt sudah laparrrrrr!

Bersambung...

Bergambar dengan backdrop masjid.
Bersedia untuk bergambar beramai-ramai.
Ramai sungguh ahli rombongan.
Semua orang sudah ready!
Menguntumkan senyuman paling manis di dunia.
Ini adalah shot yang ke-5342.
Say cheese!!! (Nampak gigi).
Say kejuuu!!! (Mulut menjuih macam Angelina Jolie).

No comments:

Post a Comment