m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, June 2, 2013

Resepsi Hazwan & Eida: Renjis-renjis dipilis

Bahagian 5

Blog entry kali ni ialah bagi mereka yang amat minat kepada perkara-perkara berikut: 1. makan tepung 2. makan benda tawar 3. makan ikan bilis 4. suka kena renjis kat muka masa kejut bangun tidur. Bagi yang tak gemarkan perkara-perkara yang tersebut tadi, mungkin korang akan merasakan kisah kali ni agak membosankan buah pinggang anda.

Dan pengantin Kois dan Eida pun duduklah di atas pelamin bagaikan Rajagobal. Maafkan saya. Maksud saya Raja Sehari. Mereka duduk dengan penuh hemah dan tertib kerana mengetahui, setiap pergerakan mereka adalah diperhatikan olah jutaan mata liar dari hadirin yang datang pada majlis gah hari itu.

Ibu Eida memulakan acara merenjis dan menepung tawar.
Disusuli dengan ayah Eida.
Salah sorang ahli keluarga membacakan doa untuk pengantin.
Ya. Mari-mari. Siapa lagi mau tepung tawar.
Kois dan Eida terus direnjis dan ditepung tawar.
Seorang lagi pakcik Eida melaksanakan tugas.
Yaya tolong bagi telur rebus kepada tetamu. Satu bijik dia charge lima puluh sen.
Renjis lagi.
Tepung tawar lagi.
Tetiba pengacara majlis, Encik Azhar pun membuat pengumuman, "Dijemput ayahanda dan bonda pengantin perempuan untuk naik ke atas pentas bagi merenjis dan menepung tawar". Dan satu-satu nama ahli keluarga dipanggil untuk melaksanakan tugas mewangikan pengantin yang memang dah sedia wangi, membasahkan pengantin dengan air mawar, mencomotkan pengantin dengan bunga rampai. Nasib baiklah ada bodyguard dua orang kat sebelah pengantin yang bertugas memastikan pengantin tak terus comot dikerjakan ahli kelarga sendiri.

Encik Azhar memanggil ramai sanak-saudara ke atas pentas.
Ayah pengantin lelaki.
Ibu pengantin lelaki.
Pakcik dan makcik Kois.
Lagi makcik Kois.
Kakak sepupu sulung, mewakilkan Mak Long.
Pak Long Zai.
Aizat, bodyguard Kois bagaikan Alam Flora pada hari tu, yang membersihkan tempat Kois bersanding.
Pak Uda Zahid.
Mak Uda Nor Mahani.
Pak Tam Leman.
Mak Tam Ita.
Mak Teh Fatimah.
Mama Sophie.
Pakcik Karim dan Makcik Saba.
Pak Nyah Hasni.
Mak Nyah Ogie.
Sorang-sorang ahli keluarga jauh dan dekat dipanggil oleh pengerusi majlis untuk menepung tawar. Malah saudara-mara yang duduk kat overseas jugak turut dipanggil menggunakan khidmat pesanan ringkas sms atau dengan emel. Dan ada jugak beberapa ahli keluarga yang bau-bau bacang yang duduk kat planet Musytari turut dijemput untuk melaksanakan upacara mengikut adat Melayu ini. Akhirnya, tibalah giliran aku dan isteri untuk menepung tawar pulak. Memandangkan terlalu ramai ahli keluarga yang telah menepung tawar, maka bahan untuk menepung tawar telah kehabisan. Aku telah menjangkakan perkara ini akan berlaku. Maka awal-awal lagi aku telah membawa bersamaku lima kilo tepung gandum Cap Sauh untuk digunakan bagi istiadat ini. Dua kilo aku lemparkan kepada pengantin lelaki. Dua kilo aku taburkan kat pengantin perempuan. Dan aku tinggalkan lagi sekilo untuk isteriku menyelesaikan tugasnya menepung tawar. Setelah selesai, kami semua turunlah dari pentas pelamin. Dan kedua pengantin dah mula berbau seperti kek.

Bersambung...

Pak Usu Adi (akulah tu!)
Merenjis dengan perasaan gembira.
Okay, selesai sudah.
Mak Usu Sarah (isteri akulah tu).
Menabur bunga rampai ke udara.
Merenjis air mawar.

No comments:

Post a Comment