m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, October 22, 2014

TTC Open 11-12 Oktober 2014: Kesudahan yang unik

Bahagian 5 (Akhir)

TTC Open siri ke-4 ini diteruskan lagi dengan perlawanan-perlawanan sengit yang membabitkan pemain-pemain tenis handalan dunia dari pelbagai latar belakang serta kelab. Tak kurang penglibatan pemain-pemain dari Kelab TTC sendiri. Antara orang yang paling sibuk yang aku perhatikan ialah Naib Presiden TTC - Ashraf a.k.a. Ron. Tapi aku tak sure dia kategori Ron 95 atau Ron 97. Ke hulu ke hilir memastikan semua acara berjalan lancar. Dialah yang jadi site coordinator, dialah yang jadi photographer jugak. Ball picker pun dia jugak. Malah tukang bagi tuala kat players pun dia. Memang sangat kerja keras si Ashraf pada hari tu. Dan of course, dibantu oleh pengikut-pengikut setia yang telah sign kontrak FBF (Forever Best Follower) dengan Ashraf.

Naib Presiden TTC - Ashraf sedang membuat round padang untuk memastikan semua acara berjalan lancar.
Macam Grand Slam winner aje aksi pemain mat saleh ni.
Bersedia untuk mengambil backhand.
Hayun reket ke belakang sambil menanti bola tiba.
Ball & racquet contact.
Follow through.
Ini baru warm-up session aje.
Masa aku tengah pusing-pusing nak ambil gambar tu, aku nampaklah ada kelibat sorang mat saleh sedang buat warm-up dengan sorang player, kalau tak silap aku nama dia Amiruddin kot. Bila aku amat-amati muka dan cara permainan mat saleh yang tinggi lampai ni, aku rasa mamat ni macam pernah menang Grand Slam empat lima kalilah. Nama dia aku tak tau. Tapi macam pernah kulihat aje kat kaca tv sedang berentap dengan Nadal, Djokovic dan Federer. Masa dia berlawan dengan opponent, aku tak sempat pulak nak tengok.

Amiruddin tengah warm-up dengan mat saleh tinggi lampai.
Sedikit pun tak nampak riak gementar pada wajah.
Nak buat pukulan forehand.
Dan bola dipukul melepasi net.
Kali ni bersedia nak buat pukulan forehand pulak.
Half swing aje, pasal nak bagi bola dekat.
Eyes on the ball. The tennis ball, I mean.
Hit and follow through.
Tiket dah habis dijual. Seorang peminat tenis terpaksa menyaksikan dari luar pagar.
Di meja urusetia, para ahli panel TTC sedang membuat ulasan selari mengenai perlawanan yang sedang berlangsung dengan sengitnya. Atok Baktiar selaku pengacara telah menjemput coach tersohor iaitu Coach Balqis dan pemain single yang sedang memuncak naik dengan lagunya berjodol 'Kulontar Tinggi, Kupukul Melantun', itulah Jimmy. Aku tak berapa mengikuti sangat perbualan mereka. Sekadar melintasi konti mereka bekerja aje.

Di konti penyiaran, tiga orang tokoh tenis sedang membuat ulasan selari mengenai pertandingan yang sedang berlangsung.
Pengacara Atok Baktiar sedang menanya coach berpengalaman, Coach Balqis mengenai program 'I want To Touch A Tennis Ball'.
Presiden TTC, Encik Faizal sedang memperagakan piala pusingan yang menjadi idaman semua pemain pada siri kali ini.
Suasana santai di meja urusetia.
Dari meja urusetia, aku terus ke Court A. Alangkah terkejut badak airnya aku bila melihat Inspektor Azizul Sahab sedang berentap dengan mat saleh dari Belgium yang aku temui sebelum ini. Aku rasa macam baru sepuluh minit lepas aje Azizul beraksi menentang Haini. Sekarang dah nak lawan mat saleh Belgium pulak. Dalam fikiran aku tertanya-tanya, tak penat ke Azizul? Larat ke dia main set single dalam masa yang sangat singkat? Cukup ke rehat dia? Bila aku tanya kat penonton yang dah lama berada di situ, aku mendapat cerita bahawa Azizul pergi tegur dan berbalas senyuman dengan gilrfriend mat saleh Belgium ni. Apa lagi, mat saleh Belgium tu pun jeles dan hanginlah. Terus dia berteriak, "Hey you! Come and fight with me like a man, in the court! Who wins, will get this pretty girl! So, may the best man win!" Azizul terkejut, lalu secara tak sengaja dia termenjawab, "I accept the challenge, you skinny loser!" Bila mendengar Azizul menjawab sedemikian, mat saleh Belgium tu pun makin meluap-luaplah marah dia. Dan berlakulah pertarungan paling hebat pada alaf ini di antara Azizul dan mat saleh Belgium tu.

Azizul sedang beraksi dengan mat saleh Belgium, Antione.
Bersedia untuk membuat pukuan forehand drive.
Pukulannya agak santai. Mungkin kerana keletihan.
Kurang berpuas hati dengan bola yang pergi.
Mencuba untuk membuat pukulan yang lebih padu sambil menjerit "Satu Malaysia" dengan jari telunjuk membuat isyarat keramat itu.
Swing tadi lebih agresif.
Satu lagi pukulan akan dilaksanakan.
Kali ni lebih berhati-hati.
Dan libasan reket sangat cemerlang dan terbilang. Azizul mendapat markah penuh dan terus menang game yang ini.
Coach Zul turut memberikan perangsang kepada Azizul.
Halim yang telah membuat pendaftaran awal untuk bertanding dalam acara single, terpaksa menarik diri kerana dijangka akan menang mudah bila menentang kesemua lawannya yang bertanding.
Carmen turut menonton perlawanan yang membabitkan Azizul.
Memberi tumpuan kepada permainan.
Memberi tumpuan kepada lensa kamera pulak.
Dalam perlawanan Azizul menentang mat saleh Belgium tu (kalau tak salah aku nama dia Antione), Azizul nampak macam kurang bermaya. Mana taknya, baru lepas main kejar-kejar dengan Haini sampai lencun satu badan dengan peluh jantan. Maka pukulan dan hantaran bola Azizul nampaknya macam kurang bermaya. Antione memang pemain yang hebat, tapi taklah jauh lebih hebat dari Azizul. Kira lebih kurang sama aje. Malah dalam pemerhatian aku secara peribadi, aku rasa kalau energy level sama ketika perlawanan dimulakan, atau tangki minyak sama-sama penuh, mungkin jugak ada harapan untuk Azizul mara ke hadapan setelah mengalahkan Antione. Tapi tangki minyak Azizul dah tinggal setengah, dan Antione pulak masih full tank. Sudah pastilah kelebihan berpihak kepada Antione. Aku tak sempat nengok game ni sampai habis. Cuma yang aku tau, Azizul telah kalah dalam perlawanan ini. Tak apalah. Try again next year.

Gaya Antione mengambil bola forehand.
Mengejar bola yang mendatang.
Bola semakin menghampir.
Half swing.
Membuat pukulan under spin.
Memerhatikan bola melayang perlahan-lahan sebelum jatuh ke dalam tasik dan dimakan oleh sang toman.
Membuat servis gaya Belgium.
Baling bola macam biasa.
Hayun reket macam biasa.
Pukul bola macam biasa.
Patutlah servis tu nampak biasa-biasa aje.
Setelah seketika lamanya, barulah aku bergerak untuk pulang. Dari pemahaman aku,TTC Open kali ni tak dapat dihabiskan secara mutlak. Maksud aku single winner tak dapat ditentukan baik dalam acara singles mahupun doubles. Ini adalah kerana hujun turun dengan lebatnya pada sebelah petang. Maka perlawanan terpaksa dihentikan, atau ditangguh untuk satu ketika yang lama. Tapi dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, sebenarnya para pemain memang sangat bersemangat untuk meneruskan perlawanan walau pun waktu tu hujan turun dengan lebatnya. Players siap pakai baju hujan dan payung sambil berentap di dalam hujan lebat, sambil angin ribut kencang menolak-nolak mereka yang menyebabkan players terumbang ambing ketika beraksi di gelanggang. Cuma isu nya begini: masa players bagi bola lob aje, mesti bola tu kena panah petir. Malah kalau bagi bola tinggi sikit aje dari aras kepala, mesti bola tu kena panah petir. Dengar khabarnya dekat lima dozen bola yang dah dipanah petir semasa perlawanan berlangsung. Akhirnya Presiden TTC - Encik Faizal terpaksa menghentikan perlawanan dengan mengumumkan joined winners untuk kategori singles dan doubles.

Para penonton membanjiri stadium yang boleh memuatkan hampir 600 ribu penonton.
Para petugas TTC sedang memerhatikan perjalanan acara.
Pada musim yang lalu, rally dalam game pendek pendek. Semua game cepat habis. Sebelum maghrib keputusan rasmi telah pun diketahui. Kali ni players main rally panjang. Satu complete set makan masa sampai 12-13 jam tuuuuu!!! Memecahkan record match paling lama di antara John Isner dan Nicolas Mahut dalam Piala Wimbledon tahun 2010 yang berlanjutan sehingga 11 jam 5 minit. Nasib baiklah hujan turun lewat petang. Kalau hujan turun awal dan berpanjangan pulak tu, nampaknya joined winner dia akan jadi lebih ramailah. Walaupun begitu kesudahannya, semua players dan penganjur nampak gayanya berasa puas hati dengan penganjuran kali ini. Dan aku sebagai salah sorang warga TTC berasa sangat bangga dengan kemampuan ahli-ahli kelab yang berdedikasi dan bekerja keras untuk memastikan acara seumpama ini dapat dilangsungkan dengan jayanya. Sebesar-besar tahniah aku ucapkan. Semoga berjumpa lagi di kejohanan akan datang - TTC Open siri Ke-5. Vamos TTCians!!!

TAMAT.

Jimmy dengan pose istimewa untuk peminat-peminatnya.
Inlah gaya paling manja pernah diperagakan oleh Jimmy. He he he...
Sama-sama merasa.
Joined winners acara singles : Hossen Kenit dengan Farizul Yunus.
Joined winners acara doubles. Sekali lagi Farizul layak ke peringkat final.