m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, March 30, 2014

Bila kambing mengembek di rumah Wadi

15 Mac 2014 - Kami sekeluarga mendapat undangan dari sepupuku, Wadi yang menetap di Rawang. Wadi jemput kami datang ke rumahnya pasal ada kenduri aqiqah untuk anaknya yang baru dilahirkan tak seberapa lama dulu. Pada hari yang sama, kami ada beberapa urusan lain. Tak silap aku, kami kena ambil Wanie dari sekolah asramanya di Kajang. Jadi kami sampai Rawang sangatlah lewat. Tapi kami dah bagi tau kat Wadi suruh simpankan sedikit kambing golek untuk kami jamah bila sampai di rumahnya nanti.

Sabriena main buaian di taman permainan kanak-kanak berdekatan.
Aku tolak buaian Sabriena.
Sebenarnya Amier yang bersungguh-sungguh nak main kat taman permainan ini.
Kami beredar apabila hujan turun.
Ibuku yang memang sakit kaki untuk sekian lama, dan masih belum boleh berjalan telah memutuskan untuk mengikut kami dan pergi ke rumah Wadi. Maknanya, ibuku dah semakin sihat tubuh badannya. Dia dah boleh duduk lama atas kerusi roda. Kalau dulu memang dia kena kerap baring di atas katil. Di rumah Wadi, kami terdengar kambing mengembek lantang, seakan-akan memanggil-manggil nama kami. Kami yang dah memang kelaparan terus menerkam segala makanan yang ada di situ. Aku terkam kambing yang sedang mengembek tu dulu. Pergh! Terketar seluruh tubuh aku kerana kesedapan menikmati keenakan kambing golek tadi. Banyak jugak aku makan, pasal aku memang duduk betul-betul kat sebelah makanan. Lagi pun kebanyakan tetamu dah pulang. Kira aku boleh conquer lah kambing tu sorang-sorang. Puas aku makan kambing. Malah jiwa aku jugak sudah bagaikan jiwa seekor kambing. Bukan saja kambing goleknya hebat, kuih-muih yang disajikan juga sangat hebat. Kami memang sangat enjoy makan kenduri kat situ.

Kami pulang kira-kira jam 6 lebih petang. Masa tu cuaca tengah hujan. Kepada Wadi sekeluarga, kami ucapkan berbanyak terima kasih. Tambahlah anak dan buatlah kambing golek lagi. He he he...

Ayahku sangat enjoy makan kambing golek.
Aku rasa inilah kali pertama ibuku keluar rumah untuk pergi jemputan dengan menaiki kerusi roda.


No comments:

Post a Comment