31 Ogos 2013 - Pada Hari Kemerdekaan Malaya yang ke-56 tahun lalu, aku mendapat jemputan kenduri aqiqah dari salah sorang kawan lama aku yang sama-sama belajar kat MRSM-KB dulu. Kira geng dari group
Wattop-lah. Pagi tu kami anak beranak ada program lain. Jadi sebelah petang sikit barulah kami menyinggah di rumah kawan aku tu - Nasir namanya.
|
Nasir sedang bercerita pasal perlawanan bolasepak di antara Malaysia melawan Brazil pada musim Piala Dunia baru-baru ni. |
Mulanya aku ingat aku dah terlalu lambat. Maklumlah, dah melepasi waktu kenduri yang sebenar. Mencari rumah Nasir ni pun satu hal jugak. Wife aku yang expert sebagai co-pilot telah memandu kami hingga di kawasan taman rumah Nasir. Tapi kelibat rumah Nasir masih jugak tak kami temui. Tiba-tiba aku terdengar bunyi salakan anjing yang macam familiar aje. "Awwwwooooooouuu.....!!!" Begitulah bunyinya. Bila aku amat-amati, aku rasa macam pernah kudengar salakan itu. Tapi di mana ya? Oh ya! Baru aku ingat. Itu adalah bunyi salakan anjing yang ada di sekitar rumah Nasir. Lalu kami bergerak menuju ke arah datangnya bunyi itu. Semakin kami menghampiri, kami terhidu pulak bau kambing yang semerbak harumnya. Lalu aku semakin konfiden bahawa kami sudah semakin hampir dengan rumah Nasir. Dan kambing masih ada tersimpan lagi untuk kami sekeluarga menjamahnya.
|
Wak Oden dan keluarganya, turut sampai lewat. |
|
Bersama Jehe, Nasir dan Oden. |
Sesampainya di rumah Nasir, aku bersalaman dengan tuan rumah. Aku ingatkan dah tak ada geng Wattop lagi kat situ. Rupa-rupanya kawan kami Oden masih ada kat situ dengan keluarganya sambil menikmati juadah yang disajikan. Aku terus ke meja hidangan dan mendapatkan kambing-kambing yang ada di dalam mangkuk. Yes! Masih ada lagi daging kambing yang ditinggalkan untuk kami. Lalu aku makan masakan kambing itu sambil mengembek panjang sekuat hatiku. "Mmmmbbbeeekkk!!!"
|
Amier sedang buat street magic show. |
|
Jeli Hashim sampai lagi lewat dari aku. |
|
Amier dapat ole-ole dari Nasir. |
|
Bersama Sabriena. |
|
Wanie dah kenyang. Sekarang masa untuk bosan. |
|
Amier happy dapat makan biskut. |
|
Mendukung Sabriena. |
|
Wanie masih termenung dalam kebosanan. |
Aku ingatkan aku yang paling last sampai di rumah Nasir. Tak lama kemudian datang pulak Jehe, dan Jeli Hashim. Dengan keluarga masing-masing. Kami bersembang ringkas sebelum memohon diri untuk pulang. Sebelum beredar, aku sempat melaungkan kata-kata ini, "Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!" Bukan apa, sempena Hari Kemerdekaan pada hari tu. Terimah kasih Nasir. Terima kasih kengkawan Wattop ku.
|
Bersama rakan-rakan Wattop yang tiba lewat. |
|
Satu lagi post sebelum pulang. |
No comments:
Post a Comment