7 Ogos 2013 - Sampai-sampai aje kat rumah Kak Long, kami nampak percikan bunga api di kelam malam. Terdetik jugak dalam fikiran aku, adakah ini serpihan komponen pesawat Boeng 777 yang dilihat terbakar oleh nelayan dan pemancing-pemancing di Laut Cina Selatan. Setelah aku amat-amati, barulah aku confirm bahawa itu adalah sekadar bunga api mainan kanak-kanak zaman moden yang dimainkan pada musim perayaan. Eh! Musim perayaan? Perayaan apakah ini? Oooohhh... Perayaan aidilfitri lah. Malam ini adalah malam raya, setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadhan.
|
Pakcik Karim sedang mencari port sesuai untuk membakar bunga api jenis TNT. |
|
Percikan bunga api ini teleh menyebabkan keeta yang lalu di sebelahnya terbakar, meletup sehingga pihak bomba terpaksa dipanggil. |
|
Adik beradik yang merupakan pemain bunga api tegar. |
|
Shahira sedang nengok gambar bunga api dalam kamera. |
|
Depan kamera, Syura dan Amin menunjukkan kelibat bunga api batang yang halus percikan bunga apinya. |
|
Tapi kalau di belakang kamera, mereka akan memasang meriam buluh dan mercun buatan sendiri yang mempunyai letupan sekuat bom atom. |
|
Anak ini sedang membakar bunga api jenis kertas. |
Boleh dikatakan kesemua kanak-kanak yang ada kat situ sedang bermain bunga api. Tak kiralah kanak-kanak besar, atau kanak-kanak kecil. Malah baby-baby pun turut main bunga api. Itu tak apa lagi. Permainan bunga api ni pulak didalangi oleh orang-orang besar dewasa. Aku yang tak mahu ketinggalan, akhirnya telah menyertai kumpulan pemain bunga api itu. Arhhh... seronoknya dapat bermain bunga api, setelah berkurun kutinggalkan arena permainan suka ria ini. Terasa keseronokan dan kenikmatan bermain bunga api ini bak anak-anak kecil. Keseronokan ini mengalir deras dalam urat dan nadiku. Sangat menyegarkan.
|
Intan dan Ika turut terpengaruh untuk bermain bunga api di malam raya. |
|
Pak Long nak mencucuh api di sumbu bunga api roket yang boleh terbang jauh sehinga mendarat di atas permukaan bulan. |
|
Hidayat suka masak rendang . Hari-hari Hidayat masak rendang. |
|
Amier manjamah sate. |
|
Syahmie dan Wanie seronok dapat berjumpa dengan sepupu-sepupu dan dapat makan dengan banyaknya. |
|
Abang Zai agak kepenatan sebagai tuan rumah pada malam itu. |
|
Zuan dan Koas. |
|
Yaya menunjukkan aksi membakar jari sendiri tanpa membahayakan diri sendiri. |
Kemuncak permainan bunga api ini adalah apabila Pak Long Zai menyalakan sumbu bunga api KLCC yang grande dan hebat. Bila terbakar aje sumbu mencecah belerang bunga api, memancut keluarlah bunga api menerjah angkasa malam. Bila ia meletup di udara, bersepai melontarkan warna-warna pelangi membentuk bunga-bungaan yang pelbagai tetapi tanpa harum. Semua ahli keluarga yang melihat aksi bunga api ini membuat stunt, telah tercengang untuk satu jangka masa yang sangat lama. Lalat-lalat malam hinggap dan masuk ke dalam mulut-mulut ahli keluarga yang ternganga. Bukan saja lalat yang menerjah ke dalam mulut, malah lipas dan kumbang turut sama masuk ke dalam. Diikuti oleh para lipas, cicak, katak dan kucing-kucing jalanan. Herghgh... Sendawa semuanya. Alhamdulillah.
|
Yaya dengan magic wand. |
|
Letupan bunga api yang cantik hebat. |
|
Tembakan bunga api KLCC ke angkasa. |
|
Bunga api inilah yang telah membuatkan semua orang terpukau. |
|
Sebahagian dari ahli keluarga yang ada pada malam itu. |
Pada malam raya kami bukan saja main bunga api, tetapi juga bertakbir serba ringkas anak-beranak. Selepas bertakbir raya dan berdoa, kami lanjutkan dengan upacara makan-makan. Ada ketupat dan rendang - sajian utama kalau raya menjelang. Selain itu, ada jugak masakan barbeque ayam dan udang. Memang sangat menyelerakan. Setelah malam semakin larut, kami bercadang nak menyanyikan lagu Bila Larut Malam Tara Kucha. Tapi takut nyanyian kami bakal mengganggu keharmonian jiran-jiran bersebelahan. Maka acara nyanyian itu kami batalkan. Lalu setelah pamit mintak diri, kami pun berlalulah dengan perasaan senang dan gembira. Selamat hari raya aidilfitri semua (versi tahun lalu 2013).
|
Syahmie sedang mengetuai bacaan takbir raya. |
|
Sedang bertakbir raya. |
|
Koas mengepalai kontinjen membakar barbeque. |
|
Syahmie turut membantu. |
|
Barbeque ini sedap dimakan panas-panas. |
No comments:
Post a Comment