11 Ogos 2013 - Pada 4 Syawal tahun lepas, Abang Zahid dan Kak Uda buat open house, menjamu orang makan kat rumah mereka di Ampang. Ramai jugak tetamu yang datang meraikan hari open house tersebut. Ada sanak-saudara. Ada kawan-kawan. Ada jugak jiran-jiran. Malah seluruh rakyat jelata di Nusantara ini turut datang memenuhi ruang rumah Abang Zahid dan Kak Uda.
|
Sedang menyaksikan perlawanan badminton All England, Chong Wei menentang Lin Dan Rakan-rakan. |
|
Nampaknya kehebatan Lin Dan Rakan-rakan tak dapat disaingi oleh Chong Wei. |
|
Taufiq menuduh Nana sebagai orang yang bertanggungjawab menggoreng nasi lemak sampai rentung. |
|
Tapi sebenarnya, Nana tak goreng nasi lemak. Nana sekadar membuat nasi goreng berkuah mengikut resipi abahnya. |
|
Tetamu sedang santai selepas makan-makan. |
Menu utama pada malam tu kalau tak silap aku ialah nasi lemak buah bidara. Tapi ada jugak kuah kari untuk dimakan dengan nasi ataupun mi kot. Ada jugak sosej dan beberapa jenis kuih yang masih tak dapat dikenalpasti jenisnya walaupun telah dibuat bedah siasat oleh beberapa pihak hospital dan forensik.
|
Tetamu mengambil lauk-pauk untuk dimakan dengan nasi lemak. |
|
Lepas makan, Zuan layan game kat handphone. |
|
Taufiq sedang nengok gambar kahwin Elin dan Fai. |
|
Abang Leman sedang menghirup kuah kari perasa tomyam. |
|
Khusyuk menjamah juadah. |
|
Intan pun ada datang kat sini. |
|
Saleh sedang tarik tali brek keretapi LRT. |
|
Pasangan romantika Fai dan Elin, dan.... errrr seseorang yang enter frame. |
Oleh kerana malam tu ialah malam open house, kami yang hadir cuma makan-makan sampai makanan habis dan duduk borak-borak sampai air liur habis. Tu aje aktiviti kami pada malam tu. Ruang untuk duduk makan dan bersembang memang luas, dan mampu menampung tetamu yang sangat ramai yang datang ke rumah. Kalau tak cukup ruang tamu, boleh duduk kat anjung dan koridor di luar rumah. Kalau itu pun tak cukup, boleh aje duduk kat tangga. Dan kalau dah terlalu ramai tetamu, ada saja yang akan duduk di dalam lif, di atas bumbung dan di tempat parking kat bawah rumah. Memang yang pasti, ruang bukanlah masalah untuk menempatkan para tetamu yang ramai.
|
Amier sedang menikmati kuih raya puasa perasa kuih raya haji. |
|
Kak Uda sedang membancuh air kopi special untuk tetamu istimewa. |
|
Adegan Nicha sedang bermanja dengan mamanya. |
|
Abang Zahid baru berasa lapar apabila melihat tetamu makan nasi lemak dengan berselera sekali. |
|
Akid dengan brutal-nya mengambil beberapa sosej ayam untuk dimakan dengan ganas. |
|
Nica membungkus kuah kari untuk dibawa ke UiTM nanti. |
|
Ali baru nak makan. |
|
Amier makan sosej ayam serama. |
|
Abang Leman sedang khusyuk melayan keenakan kuah kari Kak Uda. |
Lama juga kami anak beranak duduk kat situ. Siap pasang khemah lagi kat luar rumah. Maklumlah, dapat jumpa adik-beradik dan sanak-saudara yang begitu ramai. Masa nilah nak bercerita panjang pasal masalah kehilangan kapalterbang MAS MH 730. Maka terbitlah macam-macam teori yang pelbagai, termasuklah kemungkinan terhempas, dirampas, disabotaj, masuk ke alam atau dunia lain, bersiar-siar di Atlantik, sesaja nak bagi satu dunia konfius bagaikan Misteri Nusantara, dan macam-macam lagilah andaian. Aku ingatkan borak-borak kapalterbang tu tamat pada malam tu jugak, rupanya sampai hari ni masih hangat diperkatakan di seluruh dunia, dan keluar tersiar di seluruh media di seantero alam.
|
Dua orang mama dengan baby masing-masing. |
|
Seorang makcik, dua orang anak, dua orang anak buah dan dua orang cucu saudara. |
|
Masa ni dah nak balik. Tapi tak jadi balik pasal sambung cerita pasal MH 370. |
|
Amier sedang bercerita dengan Mak Tam pasal teori kehilangan kapalterbang MH 370. |
|
Sedondon mama dan adik. |
|
Tiga kawan rapat sejati. |
Setelah puas makan dan bersembang, kami pun baliklah dengan membungkus makanan lebihan untuk dibawa ke rumah dan dijamu kepada yang tidak berkesempatan untuk datang beraya pada malam tu. Terima kasih banyak kepada kekanda-kekandaku yang tersayang, Abang Zahid dan Kak Uda sekeluarga.
|
Sedondon tiga beranak. |
|
Tiga beranak pakai sedondon. |
|
Sabriena tetiba terfikir, kenapa dia kena pakai sedondon? |
No comments:
Post a Comment