m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, March 8, 2014

Tennis TTC Open 2014: Pertembungan bermula

Bahagian 1

9 Februari 2014 - Titiwangsa Tennis Community (TTC) telah menganjurkan satu tournament tennis pada 8-9 Februari tahun ini. Banyak peserta yang ingin mendaftarkan diri untuk merebut piala TTC yang sangat berprestij ini. Hampir menyamai tahap Grand Slam. Ramai jugak ahli TTCians yang ingin menduga kehebatan masing-masing dalam tournament ni. Players dari kejauhan jugak ada yang berminat untuk bertanding. Itu tak heran lagi. Tapi yang paling menakjubkan, pemain-pemain profesional dunia turut mendaftar untuk berkecimpung dalam pertandingan ini. Antaranya adalah Andy Murray, Djokovic, Rafael Nadal, Wawrinka dan Roger Federer.

Roger Federer tak dapat datang pasal terlepas kapalterbang. Andy Murray silap tarikh. Dia ingatkan bulan Mac, rupanya bulan Februari. Wawrinka yang merupakan kawan baik Haini berhajat nak partner dengan Haini untuk doubles. Tapi Haini pilih Zahari pasal Wawrinka tak pandai cakap Melayu. Takut miss communication. Djokovic pulak sakit perut masa pagi tournament tu pasal makan nasi lemak terlalu pedas. Tujuh kali dia terkucil kat bilik termenung. Rafael Nadal pulak dah sampai kat meja penganjur nak daftar. Tapi pihak penganjur bagi warning kat Nadal, "If you lost to our local players, your rank will go down drastically". Nadal cuak jugak mendengarkan kehebatan players kita, terutamanya geng TTCians. Akhirnya dia tarik diri.

Banner pertandingan.
Jadual perlawanan pusingan suku akhir dan seterusnya.
Aril datang awal. Dia pun turut bertanding.
Presiden TTC, Encik Faizal Alyas sedang memastikan semua berjalan lancar.
Syahwal berpotensi menjadi juara. Itulah kata Faizal kepada ku.
Sorang lagi TTCians, Fauzi yang bertanding acara single.
Aku memang bercadang nak datang melihat perlawanan tu pada hari Sabtu dan Ahad. Tapi jadual aku sangat packed dan padat. Jadi aku cuma sempat singgah sebentar pada pagi Ahad. Itu pun sekejap aje. Masa pusingan round robin, aku tak dapat hadir. Tengok quarter final pun jadilah. Pada pagi hari tu, para pekerja paksarela telah diarahkan untuk menyapu court yang kotor dipenuhi daun-daun kering yang gugur dari pohon bersebelahan.

Bekerjasama membersihkan court yang agak semak.
Teoh Yew Aun suka buat aksi kelakar atas court.
Antara peserta-peserta muda yang turut serta.
Aku cuma sempat menyaksikan game Syahwal menentang Teoh Yew Aun. Aku dah agak lama kenal Syahwal, sejak sebelum aku join TTC lagi. Dulu kami memang satu group bawah Abang Haji Nordin. Aku nengok Syahwal dah jauh lebih hebat dari masa aku mula-mula kenal dia. Teoh juga bermain dengan baik ketika menentang Syahwal. Cuma bila under pressure, Teoh banyak buat errors. 

Teoh dan Syahwal sebelum bertanding.
Masing-masing konfiden untuk menundukkan lawan masing-masing.
Salah sorang geng TTCians, Inspector Sahab Azizul, berdepan dengan Muhd Faiz. Aku tak nengok sangat permainan mereka. Tetapi nasib tak berpihak kepada Azizul. Dia tewas dalam persaingan ini walaupun telah mencuba sebaik mungkin.

Muhd Faiz dan Azizul bakal berentap.
Sama hebat sama bergaya.
Teoh sedang buat warm-up dengan Syahwal.
Aksi Syahwal mengambil bola forehand.
Bola in contact dengan reket.
Dan zusss... follow through.
Gaya Syahwal mengambil bola backhand.
Pow! Dan pukulan lengkap telah dibuat.
Shahir dan Edwin Loh sedang buat regangan otot.
Edwin dan Shahir sebelum memulakan persaingan.
Siapakah yang bakal menang nanti.
Para petugas TTCians nampaknya telah bertugas dengan penuh dedikasi bagi memastikan pertandingan ini berjalan lancar. Setakat aku nengok, tak ada apa yang cacat. Para peserta semuanya puas hati dan tak ada komplen langsung. Satu hari aku ingat TTCians kena anjurkan tournament Grand Slam-lah , yang setara dengan Australian Open, French Open, Wimbledon dan US Open. Kepada para petugas, aku ucapkan jutaan tahniah di atas kesungguhan kalian. Dan sorry-lah pasal tak dapat membantu.

Bersambung...

Eddy dengan gaya yang paling mengancam sekali. Wat pis, wat lek.
Haini hilangkan nervous dengan bermain game, fb dan twitter.
Para peserta melihat jadual perlawanan.
Tuan Syed Danial beradu acara single.
Aman dan Eddy bergurau senda di meja urusetia.
Ada gerai jual t-shirt yang menarik.
Mohd Jamil dan Mervyn Tan sedang berehat di antara game.

No comments:

Post a Comment