15 September 2013 - Pemandangan apakah yang paling best untuk dilihat? Langit, hutan, sawah, gunung-ganang, salji, pantai atau hutan batu di bandaraya? Kalau aku, pemandangan yang hebat mesti ada takungan air seperti laut, tasik, kolam, sungai atau tali air. Aku boleh kaitkan pemandangan seperti ini dengan aktiviti kegemaranku - memancing!
|
Baru sampai di lokasi. |
|
Menjenguk ikan di air sebelum membagi mereka makan. |
Pada suatu petang, kami beli roti Gardenia satu buku. Kami menghala ke tasik Ampang Hilir yang telah dicantikkan. Memang ramai betul orang kat sana. Ada yang ber-jogging, ada yang main kat playground, ada yang duduk-duduk aje. Tapi tak ada sorang pun yang memancing. Pada hal kat tasik ni memang bersepah ikan tilapia. Toman bagak pun berlambak. Keli, haruan, kura-kura, biawak semua dah stand-by untuk dipancing. Cuma tukang pancing aje yang tak ada. Dulu tempat ni memang menjadi tempat kegemaran aku dan wife memburu tilapia sebesar telapak tangan berumpankan cacing yang digali di celah semak penuh nyamuk. Tapi sejak pihak DBKL dah bagi cun ini tempat, peluang untuk memancing telah tertutup habis. Cuma sesekali ada dibuat pertandingan memancing. Tapi sekali dalam masa sepuluh tahun kot.
|
Amier memulakan pendakian untuk ke puncak pokok. |
|
Beramai-ramai di balik tangga. |
|
Meninjau di sebalik pokok besar. |
|
Ikan-ikan tilapia yang mesra menyambut roti yang kami hulurkan. |
|
Wanie sedang membagi ikan makan. |
|
Seronok melihat telatah ikan-ikan di air. |
|
Masih memberi ikan makan. |
|
Bercanda di tepian tasik. |
|
Semua orang teruja melihat ikan mengocak air. |
Okay-lah. Jadi kami tak boleh memancing ikan macam dulu-dulu. Tapi kami masih boleh bagi ikan makan roti. Lalu kami lemparkan roti Gardenia yang dicubit kecil-kecil ke dalam air. Ikan tilapia yang bersembunyi di sebalik tumbuhan terapung mula mengerumuni roti yang hanyut. Banyak tilapia yang datang tanpa silu. Tapi aku nengok keadaan air sudah sedikit kotor dari dulu. Kumpulan tilapia yang mengejar makanan juga sudah semakin berkurangan. Mungkin kelompok tilapia di sini lebih suka berkumpul di tengah tasik.
|
Bersama Sabriena. |
|
Syahmie masih belum puas memberi ikan makan. |
|
Wanie gembira pasal dapat bagi ikan makan roti. |
|
Wanie gembira pasal dapat makan roti yang sepatutnya dimakan ikan.. |
|
Duduk istirahat seketika. |
|
Canopy pokok. |
|
Tiga beranak buat selfie. |
|
Empat beranak buat selfie. |
|
Sabriena dengan mama pulak. |
Kami singgah sebentar di suatu sudut tasik. Air dari longkang kecil masuk ke dalam tasik melalui parit besar ini. Di sinilah aku banyak mendaratkan tilapia, keli, haruan, dan yang paling best - ikan puyu. Dekat sepuluh ekor ikan puyu yang aku bela dalam bekas kecil dulu. Semuanya aku pancing di lubuk ini menggunakan cengkerik. Aku tunjukkanlah lokasi yang aku maksudkan kepada anak-anakku.
|
Inilah lubuk puyu tempat papa memancing dulu-dulu. |
|
Amier menunjukkan kelibat ikan dugong yang bermain di dalam air. |
|
Berlatar belakangkan pepohon rendang. |
Sempat jugak kami bersenam menggunakan alatan gym di taman tasik ini. Dan kami berjaya mengurangkan berat badan kami kira-kira 15 kilo sorang. Otot pun siap berketul-ketul macam body builder. Setelah puas bersenam, kami pun beredar untuk pulang. Dalam perjalanan pulang, kami terserempak dengan sepasang pengantin yang tengah ber-posing sakan depan kamera. Macam-macam gaya yang digayakan pengantin. Siap duduk atas rumputlah, baring-baring macam cerita Hindustanlah, menyorok-nyorok di sebalik pokoklah, dan yang paling tak tahan sekali ialah masuk dan berenang dalam air dan panjat pokok hujan-hujan yang setinggi tiga tingkat bangunan. Kami pulang dengan berasa puas. Dapat bagi ikan makan roti. Dapat bersenam. Dan yang paling penting dapat beriadah di suasana hijau yang memukau, bersama seluruh keluarga.
|
Sedang buat exercise. |
|
Wanie pun nak turunkan berat badannya. |
|
Terus bersenam anak beranak. |
|
Sabriena pun nak main gym jugak. |
|
Membantu Amier menampung berat badannya. |
|
Wanie dengan latar belakang kehijauan. |
|
Dalam perjalanan pulang. |
|
Cameraman bergaya mengalahkan pengantin. Sampai terbaring. |
|
Amier buat senaman. |
|
Wanie rehat kejap. |
|
Aksi sebelum pulang. |
|
Satu orang pilih satu pokok. |
|
Di sebelah weeping willow. |
|
Redup dan nyaman. |
|
Sabriena dengan papa. |
|
Lepas ni kita balik. |
No comments:
Post a Comment