m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, March 29, 2014

Si mata merah!

21 Mac 2013 - Untuk seketika, aku rehat kejap dari masukkan entry dalam blog. Bukan sebab apa. Sebabnya ialah pasal mata aku kena penyakit merah Dracula yang kelihatan sangat mengerikan. Meh aku kisahkan lebih lanjut pasal perkara ni.

Pada hari Jumaat minggu lalu, ketika aku menghadiri satu meeting yang penting, tetiba kawan aku tegur aku, "Apasal hang punya mata?" "Mata aku kenapa? Tak rasa apa-apa pun?" jawabku pantas. "Cuba hang pi toilet, tengok sikit mata hang tu. Merah macam api!!!"

Lalu aku pun bergegas ke toilet. Tengok kat cermin. Wow! Memang merah betul! Tapi aku tak berasa pedih, atau sakit, atau kabur. Semua macam biasa. Cuma rupa dia aje yang sangat mengerikan. Tak apa. Aku habiskan meeting dulu. Dipendekkan cerita, aku habiskan waktu kerja aku di pejabat. Bila dekat maghrib, aku pun pergi ambil wife aku kat ofis dia. Wife aku yang nampak mata aku sangat merah, menasihati aku untuk berjumpa doktor pada malam tu jugak. Aku setuju. Dan kami pun pergilah ke Hospital Ampang Puteri di bahagian Emergency. 

Bila berjumpa doktor, doktor tanya aku sama ada mataku terkena hentakan, atau batuk kuat, atau bersin kuat. Aku menidakkan kesemuanya. Doktor suruh buat blood test. Blood test jugak okay. Kata doktor masalah ni tak kritikal. Tapi untuk memuaskan hati kami, aku pergi pulak jumpa pakar mata pada keesokan harinya.

Pakar mata nengok mata aku pakai kanta pembesar dan segala alatan menengok mata yang canggih. Doktor kata, ada darah beku dalam mata aku. Kemerahan pada mata aku boleh hilang dalam masa dua hingga tiga minggu. Aku pun keluar dari klinik dengan perasaan lega. Tapi aku dinasihati untuk membuat kaca mata bagi kategori rabun dekat. Penyakit orang tualah tu.

Merujuk kepada kata-kata beberapa orang doktor yang kami jumpa, dan merujuk kepada internet jugak, mata merah ni boleh disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

1. Batuk tersangat kuat
2. Bersin tersangat kuat
3. Muntah pada tahap gaban
4. Tekanan darah naik secara mendadak
5. Mata kena stress sebab merenung benda dekat lama sangat
6. Sakit mata
7. Gosok mata secara bersungguh-sungguh
8. Mata tercucuk bulu mata
9. Mata tercucuk dengan jari
10. Mata terhentak dengan bola golf
11. Mata kena cucuk dengan garfu macam Kassim Selamat
12. Mata kena lastik oleh budak nakal
13. Mata kena laser dengan X-Men
14. Tertukar mata dengan Dracula
15. Macam-macam lagilah

Sekarang keadaan mataku dah jauh lebih okay. Dan aku dah buat cermin mata pun. Tapi aku cuma pakai cermin mata kalau nak baca tulisan-tulisan kecil masa kat ofis. Tu jelah.

Kekadang mataku boleh keluar laser!

No comments:

Post a Comment