12 Ogos 2013 - Pada Syawal hari yang ke-5, kami beramai-ramai ke rumah Abang Khalid dan Kak Shida di Ampang. Masa tu agak lewat malam jugak. Tapi pasal nak beraya punya pasal, kami redah aje. Dan di rumah, Abang Khalid dan Kak Shida telah menanti kami semua dengan senyuman panjang sambil menghidangkan kepada kami mi goreng dan yang spesel sekali adalah sate goreng.
Shahira, Nurin dan Wanie. Tiga orang sepupu. |
Nurin sedang mencungkil giginya dengan garfu. |
Sabriena gembira dapat bebas berlegar-legar di dalam rumah. |
Intan dan Shasha sedang whatsapp boifren masing-masing. |
Wanie suka makan mi goreng. Hari-hari Wanie makan mi goreng. |
Nabiha minum air sirap perasa milo. |
Geng budak kecik. |
Abang Leman tersandar kekenyangan. |
Kawan rapat - Saleh, Amier dan Adam. |
Suasana malam tu memang sangat meriah. Dan berbagai cerita dikisahkan oleh para tetamu, termasuklah kisah kehilangan MH 370. Anak-anak di bawah umur sibuk berborak sesama sendiri pasal hal-hal yang lebih ringan topiknya. Agak leka berbual, tak sedar malam sudah semakin larut. Kami pun minta diri untuk pulang sebab badan dah semakin letih dan mata dah semakin mengantuk. Terima kasih banyak kepada Abang Khalid dan Kak Shida.
Mukamil sedang makan kuih raya. |
Kuih raya dah habis. Mukamil nak makan benda lain pulak. |
Pakcik-pakcik dan seorang anak saudara. |
Sabriena dalam pelukan mama. |
Taqif, Saleh dan Adam. |
Di koridor sebelum pulang. |
No comments:
Post a Comment