m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, March 4, 2014

Melawat Syahmie sekejap

2 Februari 2014 - Kami ke Gemencheh pada hari ini untuk melawat Syahmie. Kami sampai di MRSM pun dah lewat petang. Jumpa Syahmie pun tak lama. Yang penting dapat bagi dia makan kek cawan buatan mamanya. Dari Gemencheh, kami terus bergerak ke Alor Gajah untuk hantar Syakirah ke UiTM. Selepas solat maghrib, barulah kami bertolak dari UiTM untuk ke KL.

Semuanya berjalan seperti biasa. Sehinggalah kami putuskan untuk pergi makan malam di sebuah gerai di Alor Gajah yang nampaknya macam menarik dan meriah dengan pengunjung yang ramai. Sesampainya kami di sana, kami disuruh beredar. Pelikkan? Tapi itulah yang berlaku. Kata salah sorang petugas di situ, orang yang menunggu makanan punyalah ramai. Petugas tu suruh kami cari kedai lain ajelah, pasal mereka tak boleh nak layan pesanan kami nanti. Hmmm... Ada jugak kedai yang layan pelanggan dia macam tu.

Akhirnya kami beredar dari situ dan cari makan kat tempat lain aje. Kami singgah di sebuah tempat rehat kecil yang ada beberapa gerai kecil. Kami pilih satu gerai yang ada tv besar. Menu pada paparan di dinding tertulis macam-macam masakan. Tapi bila kami buat order, semua tak ada. Penipu! Yang ada cuma nasi ayam dan mi kari. Goreng-goreng dia tak buat pasal tak ada bahan. Okay-lah Kami percaya. Setelah menunggu buat seketika, sampailah nasi ayam yang kami order. Nasi dia ciput. Ayamnya, atau lebih layak aku istilahkan sebagai tulang ayam, telah diletakkan kuah sambal dan kicap agar kelihatan menarik. Tetapi pada hakikatnya, lebih banyak tulang dari daging. Memang penipu!! 

Sedang kami makan 'nasi tulang ayam' dengan penuh 'berselera', tetiba ada dua orang pelanggan mengambil tempat di sebelah kami. Tak lama kemudian, dua pinggan nasi goreng dihidangkan kepada mereka. Kami mengekori nasi goreng tersebut dengan mata kami. Isteriku berkata kepada pelayan di situ, "Ada pulak nasi goreng? Tadi kata tak ada?" Aku simpulkan dari peristiwa tadi, penjual tu mula-mula nak habiskan stok nasi tulang ayam yang tinggal sedikit dan barangkali dah nak basi jugak. Bila stok nasi tulang ayam dah dihabiskan (oleh kami), barulah mereka start buat masak goreng-goreng. Memanglah penipu besar!!! Totally, absolutely PEMBONGAK GODANG!!!!!


Bersama Syahmie di MRSM Gemencheh.
Saleh nampak macam profesor bila pakai cermin mata.

No comments:

Post a Comment