19 Januari 2014 - Sewaktu aku pergi balik dari rumah ke Taman TAR, sama ada untuk solat Jumaat atau meninjau
monyet dan khinzir di belukar, aku sering menjeling-jeling ke arah sungai kecil yang dulunya ada paya yang juga dijadikan tempat main bola sepak oleh kanak-kanak di kejiranan ini. Aku nengok ada excavator mengorek tanah di lembah paya ini. Dan kini paya tu telah lenyap, dan berganti menjadi sebuah kolam takungan yang bersambung dengan air sungai kecil. Takungan ini kelihatannya sangat berpotensi untuk membiak ikan-ikan air tawar seperti tilapia, haruan, keli, belut dan sepat. Dan mungkin juga sesuai untuk membiak toman, kelah, sebarau, tengas, temoleh, tapah dan kerapu. Malah aku nengok telah semakin ramai orang mengunjungi tempat ini untuk memancing. Aku nengok ada jugak pemancing yang dapat menaikkan ikan tilapia, walaupun saiznya agak kecil.
|
Isteriku sedang menjejak kelah dan sebarau. |
|
Amier menemani mamanya. |
|
Gembira pasal dapat memancing di kolam terbuka. |
|
Sekor ikan pun masih belum tersangkut di mata kail. |
Aku bagi tau wife aku pasal hal ini. Lalu pada suatu petang yang redup, kami pun ke sanalah untuk memancing. Amier turut serta dalam trip memancing kali ini. Bekalan kami adalah cacing dan roti. Aku memilih satu spot di tempat yang terbuka. Isteriku pergi meninjau di tempat yang lebih bersemak untuk memburu haruan. Setelah agak lama memancing, akhirnya aku berjaya menaikkan seekor tilapia kecil. Dan kemudian naik lagi dua ekor yang menjumlahkan kepada tiga ekor semuanya. Isteriku pula, walaupun umpannya digetu ikan, tetapi tak seekor pun yang berjaya dinaikkan. Suasana di sini sangat nyaman. Angin yang berhembus pun kira sepoi-sepoi bahasa jugak. Ada bahasa Melayu, bahasa Arab dan bahasa Mandarin. Bahasa Tamil pun ada jugak. Di seberang sungai aku nengok sekumpulan anak muda berjaya menjnakkan seekor tilapia yang agak kasar.
Ikan-ikan di sini nampak gayanya masih kecil-kecil semuanya. Macam mana diorang nak membesar, sebab aktiviti menjaring dan memukat secara haram dilakukan secara terbuka dan berleluasa. Pakai pukat harimau pulak lagi tu. Siap naik bot pukat tunda dengan enjin berkuasa kuda 1500cc. Awak-awak pulak seramai dua puluh orang. Macam aktiviti nelayanlah pulak. Sedangkan tempat sebegini lebih sesuai dijadikan tempat rekreasi keluarga, bukannya tempat menghabiskan stok ikan. Kalau setakat menjala tu kira okay-lah jugak. Kami pulang setelah maghrib hampir menjelang. Dan ikan-ikan tadi yang agak kecil kami bagi makan kepada kucing-kucing peliharaan kami. Berebut-rebut mereka meratah ikan segar dari kolam tu. Meoww!!!
|
Tilapia pertamaku seberat 10 kilo setengah. |
|
Masih mencuba nasib. |
|
Ikan masih berdegil. |
|
Amier tak memancing. Tetapi dia merayau-rayau sambil memberi sokongan padu kepada kami. |
ni taman tar belah mana ??
ReplyDeleteDekat tepi jambatan, tuan. Sekarang dah kena pagar. Ikan tilapia dia kecil-kecil. Buat lepas gian bolehlah.
Delete