10 Ogos 2013 - Pada hari Syawal ini kami menyambut tetamu lagi. Kami tak buat open house macam pada tahun-tahun sebelum ni. Tapi kami buat makan-makan kecil-kecilan bagi menjamu tetamu yang datang secara runcit. Bukan borong. Antara yang datang pada hari tu ialah keluarga Pian, keluarga Kak Esah, keluarga Kak Timah, keluarga Abang Khalid, Keluarga Ardi dan keluarga Abang Zahid.
Para tetamu tengah tengok berita kat tv pasal kehilangan kapalterbang MAS MH 370. |
Ooohhh... Rupanya bukan berita terkini. Tapi berita akan datang. Next change. |
Abang Khalid dan Kak Shida turut datang. |
Kak Uda dan Kak Timah. |
Yaya yang paling lama menghadap makanan kat meja makan. |
Syakirah bersama Sabriena dan Yana. |
Nana dan Taufiq selepas makan. |
Meriah jugak apabila tetamu di kalangan keluarga berkumpul ramai-ramai dan berborak sakan sambil makan minum hidangan yang disajikan. Nampak para tetamu pun enjoy makan-makan. Tapi apa menunya, aku pun dah tak ingat. Burger ayam kot. Terima kasihlah kepada semua tetamu yang sudi singgah ke rumah kami untuk meraikan hari raya pada tahun ini.
Kawan dan sepupu rapat - Syakirah dan Nicha. |
Bergambar bersama anak-anak buah. |
Bersama Nicha. |
Bersama kekanda-kekanda tersayang - Kak Uda dan Kak Esah. |
Bersama Nana pulak. |
Aku dan Abang Zahid. |
Sabriena selesa dengan kakak sepupunya. |
Ardi sedang menikmati air teh panas berais. |
Masa untuk menghadap kuih raya pulak. |
Taufiq sedang call Pizza Hut pasal makanan kat rumah dah habis. |
Zila, Yaya dan Kak Esah. |
"Mulut saya comot. Cuba teka, saya makan apa?" |
No comments:
Post a Comment