27 Julai 2013 - Pada malam ni ada buat kenduri sikit kat rumah Kak Long. Kami pun datanglah pada waktu malam, dengan membawa bingkisan potluck berupa sambal goreng Jawa. Ramai jugak saudara-mara dan jiran-jiran yang dijemput menghadiri kenduri ini. Berbaris meja kat porch, dan siap pasang khemah kecil. Manalah tau, kot-kot hujan akan turun nanti.
|
Antara jiran-jiran rapat yang hadir. |
|
Pakcik Karim dan Akid meraikan kenduri pada malam tu. |
|
Emi dan Suraya mencedok makanan. |
|
Hidayat sebagai juru gambar sambilan, turut mahu makan. |
|
Berwuduk untuk solat isyak. |
|
Fai meletakkan air dalam gelas dan diletakkan di atas kereta. Tetiba kereta tu bergerak dan air tu khabarnya telah berjalan jauh sampai ke Singapura. |
|
Faridz bermain dengan dua orang anak buahnya. |
|
Abang Karim dan Abang Leman sedang browse internet pasal aktiviti memancing di Lautan Hindi. Mana tau, boleh terserempak dengan MH 370. |
|
Geng akrab - Mukamil, Saleh, Amier dan Adam. |
|
Hidayat dan Akid bercerita pasal kisah orang bujang. Safiah nak join sama. |
|
Safiah dengan background Ardi dan Abang Hasni. |
|
Ika dan Nurin bercerita pasal zaman kecil-kecil dulu. |
Secara jujurnya, aku pun dah tak ingat ini kenduri apa. Tapi bertahlil sudah pasti dilakukan kalau ada kenduri seumpama ini. Orang masjid jugak datang, walaupun tak sebegitu ramai. Setelah selesai bertahlil, semua tetamu dijemput ke bahagian luar rumah untuk makan. Banyak betul makanan yang sedap-sedap. Main dish dia adalah nasi beriyani dan kari kambing. Memang sangat hebat. Banyak jugaklah aku makan. Dan makanan yang terbaki juga masih banyak untuk diagih-agihkan kepada ahli keluarga dan jiran-jiran.
|
Faridz dan Ali. |
|
Sabriena nak cari orang yang sanggup mendukungnya. |
|
Arif dan ayahnya, Pian. |
Selepas tetamu semakin berkurang, ada dibuat majlis sambutan hari jadi di kalangan keluarga. Hari jadi ni spesel untuk Arif Daniel - cucu Kak Long dan Abang Zai. Kek dia pun spesel. Diperbuat daripada padang bola. Siap kena pinjam tiang gol dari Stadium Bukit Jalil lagi. Kek dia memang sangat cantik. Tapi perasa rumputlah, pasal memang bahan utama membuat kek ni ialah padang bola yang sebenar. Lepas nyanyi lagu Happy Birthday, kami sempat main bola kat atas kek padang bola ni. Dapat jugaklah aku buat hattrick setelah menggelcek beberapa orang anak buah aku. Bila dah selesai main bola, barulah kek tu dipotong untuk diagih-agihkan dan dimakan bersama-sama. Kami pulang setelah lewat malam. Memang seronok berkenduri macam ni.
|
Kek padang bola sepak yang ohsem. |
|
Aku berjaya menjaringkan 3 biji gol dalam perlawanan ini. |
|
Anak-anak buah sangat kagum dengan kek padang bola ini. |
|
Meraikan birthday boy. |
|
Pian dan Aniza mengendalikan majlis happy birthday ini. |
|
Mukamil dan Adam tak sabar-sabar nak main bola atas kek ni. |
|
Umur Arif genap setahun. |
|
Sofia tolong tiupkan api lilin untuk adiknya. |
|
Sofia mengagumi kek ini. |
|
Sofia ingin berkenalan dengan salah sorang player kat padang bola. |
|
Membantu Sofia menjamah cebisan kek. |
|
Acara memotong kek (setelah kami puas bermain bola di atasnya). |
|
Lepas potong kek, bolehlah makan kek ni beramai-ramai. |
|
Pian baru nak makan. Masa ni perut Pian dah lapar tahap gabanic asteroid. |
|
Hidayat sedang khusyuk melayan berita pasal kehilangan MH370. |
|
Sabriena yang dipangku Saiful terkejut bila mendengar berita kehilngan MH370 di Lautan Hindi. |
|
Reaksi anak-anak muda bila mendengar berita pasal MH370. |
|
Mendukung cucu saudara. |
|
Sedang memberi ceramah motivasi kepada anak-anak buah. Dan ceramah MLM kepada adik-beradik dan ipar. |
|
Menikmati ayam bakar yang sangat enak. |
No comments:
Post a Comment