1 Februari 2014 - Suatu petang yang nyaman, aku bawak Sabriena menengok taman safari yang ada kat Taman TAR. Sabriena memang sangat suka menengok haiwan-haiwan tempatan dan antarabangsa. Turut serta dalam ekspedisi ini ialah isteriku dan Amier jugak. Kami berhenti di tepi kawanan beruk. Aku nengok ada orang yang bagi beruk tu makan oren kecil. Lalu aku capai roti Gardenia sekeping dan menghulurkan kepada salah sekor beruk kat situ. Tapi beruk tu macam tak ambil port dengan huluran aku itu. Dia tak nak makan roti daaa... Beruk-beruk kat sini mewah makanan. Setiap petang ada saja yang memberi mereka makanan yang hebat-hebat seperti pisang, oren, epal, durian, KFC, Pizza Hut dan Burger King. Jadi roti yang aku bawak memanglah kena reject.
|
Nama beruk ni Lionel Messi. Aku yang bagi nama kat dia pada petang tu. |
|
Budak perempuan ni sikit pun tak takut dengan beruk ni. Aku yang terlebih suspen melihat beruk-beruk tu mencapai makanan yang dihulur. |
|
"Give me five", kata adik ni kepada si beruk. |
Tak lama selepas tu, tetiba orang ramai yang ada kat situ terus bergegas menghala ke kaki bukit di seberang jalan. Aku ingat ada jualan promosi ke, ada free performance ke. Rupa-rupanya sekawan khinzir anak-beranak telah turun dari bukit mencari makanan di tanah rata. Orang ramai membagi khinzir-khinzir rimba tu makan roti. Errr... tak tergamak pulak aku nak membagi roti pada khinzir-khinzir tu. Tapi aku nengok memang kawanan khinzir tu sangat suka pada roti. Aku sekadar ambil gambar aje, pasal aku ada ternampak beberapa ekor khinzir siap buat posing istimewa bagai nak masuk majalah Mangga dan URTV. Maghrib semakin menghampir. Okay, time untuk balik. Dan kami membiarkan khinzir-khinzir tu berpesta makanan. Sang beruk juga telah menghala ke hutan untuk beristirahat. Selamat malam semua. Oink-oink-oink...
|
Puak khinzir datang menyerang. |
|
Ada kalanya kumpulan khinzir rimba ni melebihi sepuluh ekor, termasuk yang kecil-keil sekali. |
No comments:
Post a Comment