17 Ogos 2013 - Hari ni kami berjalan melawat kengkawan sempena hari raya puasa dan sempena open house yang dianjurkan oleh kengkawan kami tu. Salah satu rumah yang kami pergi ialah rumah Ana kat sekitar Putrajaya. Masa ni orang gaji kami balik Indonesia. Jadi kami mintak tolong anak saudara kami, Ika tolong jagakan Sabriena. Kalau pergi jalan-jalan kat mana-mana pun, Ika akan kami bawak bersama untuk tolong tengok-tengokkan Sabriena sekali.
|
Wanie dan Amier sedang sedap makan, lebih-lebih lagi bila perut tengah lapar sangat. |
|
Ika turut serta dalam ekspedisi beraya di rumah kengkawan. |
|
Syahmie buat macam rumah sendiri. |
|
Amier sedang makan ayam. |
|
Syahmie dan Sabriena makan kek durian yang sedap. |
Macam biasa, kat rumah Ana ada banyak makanan yang dimasak sendiri. Semuanya hebat-hebat belaka. Tetapi ada satu dessert yang sangat aku gemari. Kalau tak silap aku, kek perasa durian. Pergh! Memang terbaik! Puas jugak kami makan macam-macam kat rumah Ana. Kepada Ana dan keluarga, kami ucapkan banyak-banyak terima kasih daun keladi.
|
Bersama Ana. |
|
Di pagar rumah Ana. |
|
Masa untuk pulang. |
|
Sebelum beredar. |
Dari rumah Ana, kami ke rumah Kak Hazi di Cheras. Tapi sebelum tu, kami singgah kejap kat masjid sebelah rumah Kak Hazi untuk solat asar. Masa kat rumah Kak Hazi, perut kami dah agak berisi. Maklumlah, baru lepas makan kat open house rumah Ana. Jadi kami makan yang ringan-ringan ajelah seperti kuih-muih, dan minum-minum. Tetamu dah tak ramai masa tu. Tapi ada jugak kengkawan yang tiba kat rumah Kak Hazi lebih lewat dari kami. Kepada Kak Hazi sekeluarga, kami jugak ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana mempelawa kami datang ke rumah. Terima kasih daun keladi jugak kami ucapkan.
|
Amier ketika di masjid Cheras. |
|
Masa ni Amier dah selesai solat asar rasanya. |
|
Syahmie sedang berehat setelah selesai solat. |
|
Minum petang di rumah Kak Hazi. |
|
Menjamah karipap panas. |
|
Amier terpaksa pakai tisu untuk memegang kuih karipap yang masih panas. |
|
Sabriena tumpang makan kuih jugak. |
|
Menahan panas karipap dalam mulut. |
|
Bersama Kak Hazi. |
|
Bersama salah sorang tetamu, Rahmah. |
No comments:
Post a Comment