m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, May 31, 2013

Resepsi Hazwan & Eida: Ramainya tetamu

Bahagian 4

Sewaktu Kois dan Eida asyik bersanding, kami semua asyik duduk bersantai di bawah. Kalau kami semua duduk bersantai di atas pentas, sudah tentulah tak muat nak menempatkan seluruh isi keluarga yang sangat ramai ini. Kebanyakan kami dah pun makan tengah hari masa baru sampai tadi. Jadi kat bawah cuma duduk-duduk sajalah. Sambil bersembang. Sambil menengok-nengok orang. Sambil makan lagi untuk kedua tiga round. Kalau ada tetamu lain yang baru datang, kami rasa mungkin mereka boleh duduk kat lantai kot. Pasal lantai pun ada karpet. Not so bad-lah, kan?

Ketua kampung, Encik Azhar sedang memberi kata peransang kepada penduduk kampung sekelian.
Kak Uda, Abang Zahid dan Ardi.
Pika di tengah-tengah pakcik dan makciknya.
Kak Long dan Abang Zai.
Sebenarnya kat dalam dewan tu agak selesa jugaklah. Aku nengok ada jugak dua tiga buah keluarga yang dah mula mengangkut barang-barang dari rumah untuk bermukim kat dalam dewan tu. Ada yang bawak kain baju serta sleeping bag dan khemah. Tak kurang jugak yang bawak dapur gas, mesin basuh, peti ais, tv dan sofa. Memang betul-betul selesalah nak dikatakan dewan tu.

Anak-anak dipangkuan ibu bapa mereka.
Keluarga Pakcik Karim.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat dan doa sejahtera oleh ustaz pilihan. Oops! Maksud aku ustaz jemputan. Dan kami semua pun mengaminkanlah doa untuk kebahagiaan pengantin. Majlis turut diserikan dengan pancaragam kumpulan The Gamelan Band. Memang very the tradisional suasananya. Cuma pengantin je yang berbusana moden. Tak kisahlah. Janji maksud untuk mengkhabarkan pada umum akan ikatan perkahwinan ini tercapai. Suka jugak aku mendengar alunan gamelan oleh kumpulan anak-anak muda ni. Pelapis golongan otai.

Ustaz membaca doa.
Bersama Kak Timah.
Nabiha tak dapat nak konsentrasi ketika doa, kerana nasi berlauk dah ada kat depan mata.
Saleh di antara Pak Nyah dan Mak Nyah.
Kak Ita dan Mukamil.
The Gamelan Band sedang beraksi.
Sedang mendendangkan lagu Pawana.
Sekumpulan anak-anak buah kami yang duduk di sebelah The Gamelan Band nampak gayanya sangat khusyuk mendengar irama yang dimainkan sambil kepala terhangguk-hangguk dan tangan menunjukkan isyarat 'rock-on!' Dan masing-masing sedang menantikan, apakah pulak acara selanjutnya yang akan dilaksanakan.

Bersambung...

Anak-anak buah yang sentiasa bersama.
Semua masih bujang.
Yang ini pun bujang jugak.

Resepsi Hazwan & Eida: Bersanding berdua

Bahagian 3

Dan pengantin yang cantik pun bersandinglah di atas pelamin. Duduk di atas kerusi cantik. Dengan back-drop yang cantik. Dengan lighting yang cantik jugak. Dikelilingi bunga-bungaan yang cantik dan wangi. Diapit oleh pengapit-pengapit yang serius kerana pengapit adalah jugak merangkap bodyguard. Dan diburu oleh para jurugambar profesional, dan paparazzi.

Pengantin menaiki pelamin indah.
Selesa di tempat duduk masing-masing.
Dari atas pelamin, pengantin boleh nampak semua tetamu yang hadir di dalam dewan. Tak seorang hadirin pun yang boleh bersembunyi dari pandangan pengantin. Walau menyorok di bawah meja sekalli pun, pengantin tetap akan nampak. Yang nak curi-curi tapau makanan sedap pun, pengantin boleh nampak. Yang bergossip pun, pengantin tau. Maklumlah, pengantin kini menjadi raja. Semua informasi yang umum dan sulit akan pasti sampai juga ke pengetahuan pengantin.

Bodyguards bekerja keras memastikan keselamatan pengantin.
Pengantin panas, pengapit tolong kipaskan. Pengapit mendapat kontrak mengipas pengantin selama setahun.
Pengantin lapar, pengapit tolong suapkan.
Sementara di lantai bawah, para hadirin terus menerus tergamam dengan kehebatan pengantin. Sehinggakan makan tak kenyang, minum tak basah, berdiri tak penat, mengantuk tak tidur dan penat tak duduk. Pengantin pulak terus senyum melebar sampai ke telinga sambil melambai-lambai kepada para penyokong dan para peminat. Hari ini memang hari besar untuk pengantin berdua - Kois dan Eida.

Bersambung...

Bertukar lighting effect untuk mendapat mood yang berbeza.
Menanti untuk ditepung tawar.

Tuesday, May 28, 2013

Resepsi Hazwan & Eida: Pengantin dah sampai!

Bahagian 2

Penantian kami selama berminggu-minggu lamanya akhirnya tiba di penghujungnya. Tiba-tiba kami terdengar suara siren kereta polis bagaikan ada adegan kejar-mengejar di antara polis dan penjahat gamaknya. Kami semua jadi panik seketika. Setelah semua bunyi siren berhenti, melintas lalu dan berhentilah sebuah kereta berwarna kelabu berjenama..... (sorry, aku bab-bab kereta ni ada kurang sikit), berjenama 'X'. Semua hadirin menjadi bagaikan terpaku seketika. Lantas keluarlah dari dalam kereta seorang bodyguard berkaca mata hitam sambil membawa walkie talkie dan memakai bullet proof vest. Dia membukakan pintu kereta bahagian penumpang. Dan keluarlah..... Dan keluarlah....... Kois! Oh, Kois rupanya. Mati-mati aku ingatkan Presiden Obama tadi. Dan bodyguard perempuan pula membukakan satu lagi pintu kereta. Dan keluarlah Eida! Lalu masing-masing bergandingan berjalan melangkah masuk ke dalam dewan persandingan.

Ketibaan kereta pengantin dari jauh.
Bodyguard keluar dengan wajah bengis dan berwaspada.
Bodyguard memastikan semua berada dalam keadaan terkawal dan selamat.
Jurugambar international berebut-rebut ingin mengambil gambar pengantin.
Bodyguard perempuan membukakan pintu untuk pengantin perempuan.
Pengantin perempuan keluar dari kereta.
Bersedia untuk melangkah masuk ke dalam dewan.
Okay, baju kot kasi rapi sikit.
Ready to go!
Bodyguard lelaki masih serius. Masih risau akan keselamatan pengantin.
Pengantin nak masuk ke dalam dewan.
Di sepanjang perjalanan, Kois dan Eida banyak tersenyum riang. Tapi kedua-dua orang bodyguard nampaknya masih lagi berwajah serius. Mungkin mereka sedang dalam mode berjaga-jaga. Para flower girls mendahului pengantin. Dan bila tiba di dewan, bunga-bungaan yang dibawa pun ditaburlah ke atas lantai, di sekeliling ruang dalaman dewan. Bunga yang ditabur punyalah banyak sampaikan para tetamu dah tak ada tempat nak duduk untuk makan tengah hari. Terpaksa aku panggil cleaner dan Alam Flora untuk mengutip bunga-bunga yang ditabur tadi, dan dipindahkan ke tempat lain.

Flower girls bersiap sedia.
Berarak masuk.
Melewati pohon rendang di sekitar dewan.
Dahan pokok terlalu rendang. Bodyguard lelaki terpaksa tunduk lebih sikit.
Pengantin berteduh di bawah pohon rendang tak berbuah.
Kalau ada buah sudah pasti pengantin yang akan petik dan makan dulu.
Berjalan naik tangga.
Bodyguard masih berwaspada.
Pengantin melangkah tenang, pasal bodyguard bekerja keras.
Seronoknya bila dah kahwin.
Berpimpin tangan masuk ke dewan.
Flower girls akan memulakan proses penaburan bunga di atas karpet.
Intan mendahului flower girls yang lain.
Jom baling bunga!
Melewati pintu gerbang.
Pengantin disapa oleh para peminat dari dalam dan luar negara.

Bila pengantin masuk dewan aje, semua tetamu bagaikan tergamam sambil berkata, "Huwaaaaaaaahhhh...!!!" tanda terpegun dengan kehebatan kedua-dua pengantin yang sangat kelihatan segak dan bergaya. Pengantin turut berasa bangga dengan suasana yang sangat meriah itu, sambil men-sign autograf dari peminat-peminat yang datang dari jauh, termasuklah dari Singapura, Indonesia dan Brunei. Dan pengantin terus berjalan perlahan-lahan sampailah kaki mereka menjejak pentas pelamin.

Bersambung...

Hadirin bagaikan terpegun.
Sabriena terpegun, tapi masih maintain comel.
Elin menunjukkan cara-cara untuk menabur bunga dengan betul.
Yes! We are happily married!