20 April 2014 - Kawan sepejabat dengan isteriku, Kak Jasha mengahwinkan anaknya di Jalan Semarak. Majlis dilakukan di Casa Heliconia - Felda. Tempat dia ala-ala taman. Cantik jugak. Ada satu lagi tempat yang macam taman jugak yang terletak berdekatan dengan Felda Hacienda. Yang itu nama dia Felda Villa. Tapi kat Casa Heliconia ni, aku baru first time menengok tempat ni.
|
Makan tengah hari. Eh, bukan. Makan breakfast. Late breakfast! |
|
Bersama seorang teman dan jugak mak pengantin. |
|
Teman FB dan Kak Jasha. |
Kami datang sangat awal. Pasal lepas ni kami ada dua jemputan lagi yang perlu dihadiri. Satu, ke majlis perkahwinan sepupu aku, Azfar. Satu lagi ke majlis cukur jambul anak saudara kami kat Kelang. First time kami pergi wedding seawal pagi. Orang pun masih tak berapa ada lagi. Punyalah awal, tuan punya majlis pun masih tidur kat rumah lagi. Errr... okaylah-okaylah. Tuan rumah dah menanti di tempat majlis. Yang best-nya semua makanan yang terhidang masih belum terusik lagi. Kamilah yang merasmikan kesemua lauk-pauk yang disajikan. Makan suka hati banyaknya. Minum teh tarik bergelas-gelas tanpa berasa bersalah. Memang best betul kalau datang jemputan kahwin awal-awal.
Sambil makan, kami berbual-bual dengan seorang teman FB. Lepas berbual, dan sesudah kenyang, kami pun mintak diri dari Kak Jasha dan suaminya. Masa kami balik, dah semakin banyak kereta yang datang dan memenuhi ruang jalan masuk yang sangat sempit. Nasib baiklah kami datang awal. Terima kasih kerana menjemput kami.
|
Bergambar bersama mak dan ayah pengantin. |
|
Mak dan ayah pengantin boleh layan kami lebih sikit pasal tetamu masih tak ramai lagi. |
|
Cuba tengok kat background. Masih kosong. |
|
Menerima menantu yang pertama. |
|
Cenderahati kepada tetamu berupa jongkong emas setengah kilo satu. |
|
Banner pengantin yang diraikan. |
|
Posing dengan spesis heliconia sebelum pulang. |
|
Hiasan pohon heliconia untuk Casa Heliconia. |
cantik :)
ReplyDeleteMemang cantik dan bergaya.
Delete