m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, June 11, 2014

Di Avenue K menjejak dinosaur

1 Jun 2014 - Kami  pergi memburu dinosaur lagi. Setelah berita penemuan gigi dinosaur jenis Spinosaurus ditemui di Pahang, kini penemuan kelompok dinosaur yang terbaru ditemui di Avenue K pulak. Kami si pemburu dinosaur sejati tak melepaskan peluang untuk menjejak kumpulan haiwan purba yang buas ini. Sebelum ini kami pernah menjejak dinosaur di Pusat Sains Negara dan di Setiawangsa. Penjejakan itu sangatlah mengujakan kami.

Beratur membeli tiket untuk masuk ke dalam gua dinosaur.
Menunggu di luar gua, sebelum masuk ke dalam ruang yang mencabar.
Sekejap lagi penjaga gua akan menyuruh kami masuk ke dalam.
Di depan gua dinosaur, kami telah diberikan jaket pemburu, lampu di kepala, serta peta mengesan dan mengenali jenis dinosaur yang wujud di dalam gua yang akan kami masuk sebentar lagi. Ruang dalam gua sangat gelap. Amier hampir-hampir nak berpatah balik kerana perasaan takut mula menyelinap di dalam jiwanya. Tapi kami memberi dia semangat dan perangsang. Lalu diberanikan diri untuk turut serta bersama kami pergi memburu dinosaur. 

Dalam gua, kami menemui pelbagai jenis dinosaur. Jenis karnivor, omnivor dan herbivor. Pelbagai saiz dan bentuk. Kami turut berpeluang berlumba lari dengan Ornithomimus, memanjat bukit tinggi untuk melihat sarang Pteranodon dan menembak nyamuk gergasi dengan senapang spesel.

Setelah misi kami berjaya dilaksanakan dengan cemerlang, kami dianugerahi sijil PhD dalam bidang pemburuan dinosaur dari pihak pengkaji-pengkaji dinosaur sedunia. Dengan sijil ini, bolehlah kami mencari dan mendukung kerjaya yang lebih profesional di muka bumi ini. 

Di bawah perut Apatosaurus.
Hampir-hampir kami dipijak oleh haiwan purba yang setinggi tiga tingkat bangunan itu.
Sijil yang telah aku perolehi setelah berjaya menyempurnakan misi.
Setelah penat menjejaki dinosaur, dan setelah solat asar, kami mula berasa lapar. Lalu kami singgah di tempat makan berdekatan. Kami singgah di sebuah warung milik Wak Swensen's. Kami makanlah makanan-makanan yang ada dijual di sana seperti spagetti, ikan bakar, ayam goreng dan nasi goreng. Sedap jugak, tambahan pulak kami memang sedang kebuluran. Setelah habis makan, kami solat maghrib dulu sebelum pulang. Hati kami sangat puas.

Kami di warung Wak Swensen's.
Memilih juadah untuk dimakan.
Menanti pesanan tiba.
Sabriena paling seronok sekali.
Papa dan Adik.
Gambar ni kelihatan lebih bercahaya sebab aku bagi pantulan baeeeek punya kat camera.
Bergurau senda dengan Adik.
He he he he he...
Membantu Sabriena makan kentang goreng.
Sabriena makan tak berapa banyak. Abang dia yang tolong habiskan makanan.
Makanan masih belum tiba.
Amier baca doa makan. Pesanannya telah pun tiba.
Ini menu untuk Amier. Dua bijik burger.
Ini menu untuk mama. Mr Crab di atas spaghetti.
Wanie, Syahmie dan Yana telah pun mendapat pesanan masing-masing.
"Kita kira satu, dua, tiga dulu. Baru boleh makan", kata Syahmie.
Setelah selesai solat.
Tempat ni masih tak berapa ramai orang lagi.
Sabrien happy dapat jalan-jalan nengok dinosaur.
Bersiap-siap untuk pulang.
Tunggu mama dengan Wanie siap solat maghrib.
Amier mengulangkaji peta dinosaur-nya.
Sabriena dah cukup bersedia untuk pulang.
"Syahmie dan sekitarannya" - tajuk filem terbaru Metrowealth.

2 comments: