m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, June 21, 2014

Talisman Family Day 2014 di Stadium Merdeka: Perlumbaan pun bermula

Bahagian 3

Anak-anak bersarapan di tingkat atas stadium. Macam-macam juadah disediakan. Dari cereal, hinggalah ke nasi lemak, mi dan bihun goreng, roti, dan segala macam makanan yang aku pernah lihat, dan ada jugak makanan yang aku tak pernah lihat. Malah ada jugak makanan yang semua orang tak pernah lihat, seperti spana masak kari, skru drebar goreng cili berempah dan air teh tarik pakai lori tunda. Tapi selera aku tak begitu terserlah pada pagi tu. Aku cuma makan sandwich dan teh tarik biasa aje. Cukuplah untuk pagi tu. 

Anak-anak bersarapan dengan selera tahap gaban.
Kak Jasha dan suami yang turut bersarapan pagi.
Maskot Rumah Biru Muda - Super Mario.
Turut bersarapan di stadium - Kak Zuraida dan suami.
Rahma bersama Mister Hafiz Shrek.
Mister Hafiz Shrek yang sangat sporting.
Shrek sangat-sangat disukai kanak-kanak dan orang dewasa.
Salah sorang kawan aku. Tapi aku tak ingat nama dia.
Super Mario bersama ayahnya.
Setelah bersarapan, wife aku panggil aku dengan membawa sehelai bendera putih dan perkakas mewarna untuk mencipta grafik yang cantik pada bendera tadi. Team mana yang dapat cipta bendera paling cantik dan lawa akan dikira sebagai pemenang, dan mata akan diberikan kepada kumpulan rumah tadi. Lalu tanpa membuang masa, aku dan isteri dan ditemani oleh Amier mulalah melukis dan mewarna bendera yang sangat besar tadi. Aku lukis muka Shrek (maskot kami) dan tulis motto kami - RESULTS. Punyalah aku kelam kabut nak menyiapkan bendera tadi pasal sibuk nak tengok perlumbaan lari yang telah pun bermula. Aku rasa macam dah cukup power untuk menang. Tapi tak taulah group lain design bendera dia macam mana.

Bersama isteri sedang menyiapkan design bendera Rumah Hijau.
Aku lukis, wife aku colour dan buat decoration tepi bendera.
Masih sibuk dengan melukis.
Sikit lagi. Dah nak siap.
Bendera team Rumah Hijau telahpun siap.
Bila bendera dah siap, aku pun duduklah kat bangku penonton sambil menyaksikan pertandingan lumba lari kategori kanak-kanak dan pelajar sekolah. Menarik jugak. Dah lama aku tak tengok acara yang macam ni. Dari pemerhatian aku, ada di kalangan peserta tu memang pelari sekolah kot. Pasal mereka lagi agak laju, hingga mengalahkan Usin Bolt. Tapi yang lari slow motion pun ada jugak. Memang sah-sah geng yang ni jadi bidan terjun. Tak apalah. Yang penting participation demi menjayakan acara Hari Keluarga ini. Para pemenang dikalungkan dengan pingat emas, perak dan gangsa. Sebijik macam temasya Sukan Olimpik. Dan pingat tu kira berat jugaklah timbangannya. Macam real aje.

Mengalungkan pingat ke leher pemenang.
Gembiranya bila dapat pingat.
Upacara mengalungkan pingat kemenangan.
Team Rumah Biru - PASSION.
Mereka gembira sebab dapat pingat. Tetapi mereka lebih gembira sebab dapat pecah rekod dunia dalam acara menggigit pingat sampai bengkok.
Sebahagian ahli keluarga team Rumah Maroon.
Shan Lyn dan pasangannya.
Longgokan pingat untuk diberikan kepada para pemenang.
Para pemenang cilik.
Para peserta yang berjaya menjadi juara larian tersangatlah gembiranya. Ini dapat dilihat dengan jelas dari riak wajah para pemenang. Dalam kesibukan berlari dan menyampaikan hadiah tu, aku terjumpa satu individu yang macam pernah kukenal orang ini. Kaji punya kaji, rupanya beliau adalah kawan senior aku masa belajar kat Universiti Nebraska, Amerika dulu. Nama dia Naza. Anak dia jadi maskot Rumah Biru Muda. Dia ingat-ingat lupa pada aku. Tapi aku memang cam sangat wataknya yang sangat peramah dan mudah mesra tu. Happy sangat aku dapat bertemu dengan kawan lamaku itu. Selamat berjumpa kembali, Naza. Dan acara perlumbaan diteruskan, sambung bersambung.

Bersambung...

Jerry dan kawan dari Rumah Maroon.
Slogan Rumah Maroon ialah TEAMWORK.
Menyaksikan acara setelah penat menghias rumah.
Aku dan Naza - kawan lamaku ketika kami belajar di USA dulu. Berjumpa semula di Stadium Merdeka.
Maskot Super Mario adalah anak Naza.
Usin Bolt sedang mencangkung.
Anak Pak Wie.
VP Encik Ron dengan sebuah keluarga.
Seronoknya dapat bergambar dengan Encik Ron.
Encik Emcee sedang menyanyikan lagu Bahagiamu Deritaku.
Para peserta lontar peluru sedang mendengar taklimat.

2 comments:

  1. Blh tanya tak.. Yg maskot shrek tu dapat di mana ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Puan. Saya pun tak tahu dapat kat mana. Tapi biasanya barang macam ni boleh disewa dari kedai2 tertentu yg menyediakan pakaian utk "Costume Party".
      Cuba visit site ni: https://www.timeout.com/kuala-lumpur/shopping/best-costume-shops-in-kl

      Delete