Bahagian 4
Acara selanjutnya adalah untuk orang-orang yang gagah perkasa. Acara ini tak memerlukan kekuatan stamina mahupun kepantasan kaki berlari. Tetapi sangat-sangat memerlukan fokus yang amat tinggi dengan otot six pack dan muscle berketul-ketul. Acara ini adalah acara melontar peluru berpandu. Eh, silap! Sebenarnya melontar peluru hidup. Eh, salah jugak! Ini adalah acara melontar peluru aje. Peluru besi macam cannonball. Aku pergi kat tempat melontar peluru untuk memberi sokongan kepada wakil Rumah Hijau iaitu Rashid.
|
Petugas mengukur jarak bola besi yang dilontar. Ada kalanya tape ukur tak cukup panjang. |
|
Peserta wanita berkumpul untuk mendengar taklimat dari petugas kejohanan. |
|
Ini teknik 2-in-1. Melontar peluru sambil menari ballet. |
|
Peserta ini nampak super confident. |
Mula-mula acara untuk peserta wanita dulu. Masing-masing membuat balingan yang hebat. Peserta wanita pun nampaknya boleh membuat balingan yang jauh jugak. Nampak gayanya balingan yang hebat tak semestinya dapat dilakukan oleh peserta yang berbadan besar dan tinggi sahaja. Yang bertubuh kecil pun ada kalanya dapat melaksanakan tugas dengan baik asalkan kena pada cara dan tekniknya. Setiap peserta diberi peluang untuk membuat balingan sebanyak dua kali. Ada jugak balingan peserta yang terpaksa dibatalkan kerana foul ketika membuat balingan. Ada kaki peserta yang melintasi garisan bulatan yang dilukis di atas padang. Balingan semakin sukar kerana padang permainan agak basah dan licin macam paya sawah bendang.
|
Bermodalkan ketinggian tubuh badannya, beliau telah membuat balingan sejauh 55 meter. Tapi masih tak menang. |
|
Malkit, peserta favourite bersedia membuat balingan maut. |
|
Lontaran Malkit sejauh 107 meter. Tapi masih tak menang jugak. Cuma di tempat kedua - pingat perak. |
|
Balingan peserta ini sangat tinggi sampai terkena kapalterbang MH380. Tapi sayang, walaupun tinggi, tapi bola besi tu tak pergi jauh, cuma sekadar 1.5 meter sahaja. |
|
Kamera udara sedang merakamkan aksi para peserta di atas padang. |
Kini tiba giliran peserta lelaki pulak. Peserta lelaki nampaknya gagah perkasa dari segi kudrat dan kemampuan membuat balingan yang lebih jauh. Rata-rata balingan peserta lelaki tiga hingga empat kali lebih jauh dari balingan peserta wanita. Peserta lelaki nampak gayanya lebih menguasai dari segi teknik ketika membuat balingan. Balingan yang dibuat sangatlah jauh dan menakjubkan. Aku sendiri pun tak sangka mereka mampu membuat lontaran yang sebegitu hebat. Ada beberapa peserta telah berjaya memecahkan rekod Sukan Sukma. Ada jugak yang berjaya memecahkan rekod Sukan Asia. Dan ada dua tiga peserta berjaya memecahkan rekod Sukan Olimpik. Ini sangatlah membanggakan!
|
Giliran peserta lelaki untuk beraksi. |
|
Aksi penuh perasaan oleh tuan haji. |
|
Balingannya agak jauh jugak. Bola besi tu pergi sampai ke Sekolah V.I. kat sebelah. |
|
Mengukur jarak lontaran peserta. |
|
Kamera terbang yang canggih dipinjam dari seorang alien dari Planet Uranus. |
|
Giliran Rashid membuat balingan. |
|
On your marks. |
|
Get set. |
|
Go! |
|
Bola tu pergi terlalu jauh melebihi sempadan KL-Selangor. Terpaksa dibatalkan. |
|
Tuan haji membuat balingan lagi. Kali ni ambil gaya Usin Bolt pulak. |
|
Balingannya tinggi. |
|
Terkena burung gagak, dan mati burung gagak tu. Kesian. |
Balingan demi balingan dibuat dengan penuh emosi. Dan bila jarak yang diperolehi menjangkau suatu kejauhan yang luar biasa, para penonton akan bertepuk sorak sambil memberikan standing ovation. Balingan yang paling jauh yang dibuat oleh peserta sangatlah luar biasa. Aku tak tau nama peserta tu. Tapi beliau adalah peserta mat saleh lah. Beliau telah menjuarai acara ini setelah membuat balingan sejauh mata memandang. Bola besi yang dibaling dari Stadium Merdeka telah pergi sampai ke Stadium Negara. Bayangkanlah betapa jauhnya balingan ini. Maka pingat emas dimenangi oleh peserta dari Rumah Biru Muda!
Bersambung...
|
Cubaan Rashid untuk kali kedua. |
|
Setelah membaling, Rashid membuat tarian zapin Johor. |
|
Peserta ini kecil. Tapi balingannya sangat luar biasa. |
|
Teknik yang digunakan mengambil kira teori sine-cosine-tangent. |
|
Bola besi terkena KL Tower dan pecah. Balingan terpaksa dibatalkan. |
|
Ini adalah balingan seorang juara. |
|
Tahan nafas sebelum balingan dibuat. |
|
Berikan tumpuan 200%. |
|
Melontar dengan segala kudrat yang ada. |
|
Beliau adalah juara dan memenangai pingat emas. |
|
Selesai sudah acara melontar peluru kategori lelaki. |
|
Juaranya telahpun diketahui. |
|
Sabriena tak sanggup melihat bola besi tu dibaling para peserta. Menakutkan! |
No comments:
Post a Comment