Bahagian 8 (Akhir)
Semua pingat telah diberikan kepada kesemua pemenang dalam semua acara. Acara cabutan bertuah pula diadakan. Satu-satu nama pemenang disebut dan dipanggil pengacara majlis. Hadiah-hadiah lumayan diberikan kepada mereka yang bernasib baik. Hadiah berupa hamper, percutian, kereta, rumah, kereta kebal, kapalterbang dan yang paling beruntung akan dapat menjadi pemilik sepenuhnya syarikat ini. Jadi big boss-lah. Sayangnya nama kami tak dipanggil.
|
Mister Jim dan pengacara majlis mengumumkan nama pemenang cabutan bertuah. |
|
Penyokong bolasepak Holland adalah antara pemenang awal. |
|
Hadiah hamper buat pemenang. |
|
Jerry dapat hadiah percutian ke Kutub Selatan untuk 12 bulan. |
|
Feroz pun dapat hadiah percutian jugak - tiga hari dua malam di rumah sendiri. |
Dalam banyak-banyak hadiah tu, Rumah Hijau terlekat jugak beberapa hadiah. Antaranya ialah pemenang kategori maskot terbaik - Mister Shrek dan kategori hiasan kem tercantik. Kami tak menang kategori design bendera. Design bendera dimenangi oleh team Rumah Kuning. Bendera mereka memang nampak lebih hebat. Memang mereka patut menang. Juara keseluruhan pulak dimenangi oleh Rumah Maroon. Yang itu memang kami dah jangka pasal dalam perlumbaan, asyik mereka aje yang menang.
|
Rumah Hijau dapat hadiah hiasan dalaman yang paling eksklusif. |
|
Meraikan kemenangan bersama-sama. |
|
Kemenangan yang sangat membanggakan. |
|
Rumah Kuning menang hadiah pertandingan mencipta design bendera. |
|
Hadiah maskot terbaik dimenangi oleh Rumah Kuning????????? |
|
Hadiah maskot kepada Rumah Kuning telah ditarik balik. Sebaliknya telah diberikan pula kepada Shrek dari Rumah Hijau. |
|
Gembiranya Shrek dapat hadiah maskot terbaik. |
|
Pentas penyampaian hadiah. |
|
Rumah Maroon jadi juara keseluruhan kejohanan pada kali ini. |
|
Kamilah juara!! |
|
Kami adalah juara Milo sebenar!!! |
|
Sorang lagi penerima hadiah cabutan bertuah. |
Selepas semua hadiah habis diagih-agihkan, Vice Presiden Encik Ron pun memberikan kata-kata dan ucapan penutup. Kata beliau, "Kini kejohanan ini ditutup!" Tu aje. Okay-lah. Dia ada cakap macam-macam lagi. Lama jugak ucapan beliau. Budak kecil sampai jadi dewasa. Orang muda sampai tumbuh janggut dan uban. Orang tegap sampai jadi bongkok tiga. Macam tulah dia punya lama berucap. Encik Ron meluahkan rasa kepuasannya dengan majlis yang telah dianjurkan itu. Memuji kesemua petugas yang terlibat. Serta menghargai keterlibatan kesemua ahli keluarga pada hari itu.
|
Encik Ron membacakan pantun lima kerat. |
|
Encik Ron memberikan kata-kata pujian kepada cik adik manis. |
|
Encik Ron menyanyikan lagu dangdut Memori Daun Pisang. |
|
Orang kuat syarikat yang akan meninggalkan company di KL. |
|
Menyanyikan lagu duet Ombak Rindu. |
Encik Ron jugak mengucapkan selamat tinggal kepada sorang staff senior yang bakal meninggalkan company tak lama lagi. Setelah semua itu selesai, Encik Ron pun mulalah memantapkan genggaman tangannya terhadap mikrofon yang memang telah dipegang sedari tadi. Encik Ron akan menyumbangkan beberapa buah lagu untuk para hadirin. Encik Ron memang suka menyanyi. Kalau ada perhimpunan besar seumpama ini, beliau akan menyanyi. Lagu kegemaran beliau adalah Ombak Rindu. Beberapa staf dijemput ke pentas. Wife aku turut ke depan untuk jadi background singer. Selain lagu Ombak Rindu, turut dinyanyikan ialah lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang. Dan mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin.
|
Nyanyian solo lagu Sepohon Kayu. |
|
Melihat foto zaman muda-muda bersama-sama. |
|
Hadiah sejambak bunga untuk isteri. |
|
Jerry menyanyikan lagu Joget Melaka. |
|
Jerry terus nyanyi lagu Joget Pulau Pinang pulak. |
|
Encik Ron pun nak nyanyi lagu joget jugak. Beliau nyanyi lagu Joget UK. |
|
Jerry terus menghiburkan penonton dengan lagu Joget Brazil sempena Piala Dunia Rio de Brasil. |
|
Lagu terakhir Jerry bertajuk Sri Mersing. |
|
Ramai-ramai menyanyikan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang. |
Acara Hari Keluarga berlangsung lancar dan penuh keseronokan. Semua ahli keluarga nampaknya begitu gembira dan terhibur dengan setiap acara yang dianjurkan. Semoga kendalian Hari Keluarga pada tahun hadapan akan lebih meriah lagi, dah lebih diingati secara positifnya. Okay hingga jumpa lagi pada tahun hadapan. Bye-bye!
Tamat.
|
Keluarga Azahar. |
|
Azahar dan keluarga sangat gembira berada di stadium ini. |
|
Tak habis menyanyi lagi. Kali ni lagu Pok Amai-amai. |
|
Dan lagu Demo Loni Tok Serupo Mulo. |
|
Lagu terakhir untuk kali ini berjudul UTC-Urban Transformation Centre. |
No comments:
Post a Comment