m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, June 9, 2014

Teater Dia Panggil Abang: Lama tak ke panggung

Bahagian 1

31 Mei 2014 - "Dia Panggil Abang" adalah sebuah naskhah drama sebabak tulisan ayah aku, Matari Rahman yang telah dihasilkan pada tahun 1980an dulu. Tajuk asal dia ialah "Dia Panggil Saya Abang". Tapi ketika pementasan pertamanya yang diadakan di MATIC, tajuknya telah diringkaskan menjadi "Panggil Abang". Sejak tu, naskhah tu telah dipentaskan beberapa kali oleh beberapa pihak. Tapi aku tak pulak menontonnya. Aku cuma menonton yang diarahkan oleh ayah aku aje pada tahun 1980an tu.

Pada tarikh ini, ayah aku dan seluruh keluarga mendapat jemputan untuk menonton pementasan drama ini yang diadakan di Auditorium JKKN WPKL (sebelah Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee). Kali ini, pementasan ini telah diarahkan oleh salah sorang bekas anak murid ayah aku, Sakrani Shamsuddin - seorang aktivis teater yang sangat aktif sehingga kini. Jadi kami pun bertolaklah selepas solat magrib ke destinasi pementasan diadakan. Inilah first time aku ke sana. Ayah aku kata, tempat tu dulu dikenali sebagai Panggung Drama. Dan bangunan tu jugak merupakan bangunan sekolah Victoria Institution (V.I.) yang asal. Pernah terbakar sekali, dan telah pun dibaikpulih.

Poster teater "Dia Panggil Abang".
Ayahku jadi tetamu VVIP pada malam tu.
Berlatar belakangkan bangunan Panggung Drama.
Kami masuk ke dalam auditorium kira-kira jam 8.30 malam. Dah lama sungguh aku tak nengok pementasan teater. Kali ni dapat duduk seat paling depan pulak tu. Maklumlah, duduk dengan VVIP - penulis naskhah, ayah aku. Kami berlima semuanya. Turut ikut adalah isteri aku, adik aku, dan Yana. Di auditorium, ada beberapa kenalan lama ayah aku, ketika sama-sama bertugas di Kompleks Budaya Negara dulu, menegur sapa ayah aku. Mereka sangat gembira dapat bertemu muka dengan ayah aku.

Ayahku bersama teman-teman lama ketika bertugas di Kompleks Budaya Negara dulu.
Kawan kami, Saiful bersama ayahku.
Tak begitu lama menanti, akhirnya pementasan pun bermulalah. Antara pelakon yang terlibat dalam teater ini termasuklah Che Kem, dan dua orang anak didik Raja Azura dalam siri Bintang Mencari Bintang TV3 musim pertama. Mereka ialah Ain Sufia dan Fiza Azmi. Turut membuat penampilan khas adalah Zaiton Sameon. Masa kali pertama drama ni dipentaskan, dan diarahkan oleh ayah aku dulu, pelakon utamanya ialah Omar Abdullah dan Kartina Aziz. Turut berlakon adalah Harun Hashim.

Lampu di atas pentas dinyalakan. Dan drama pun bermula. Ceritanya bermula perlahan. Semakin lama semakin memuncak. Dengan kesudahan yang sangat menghiburkan. Isteri aku tak sudah-sudah ketawa terbahak-bahak menonton drama komedi serius ini. Aku turut tergelak sama, membingitkan dewan bersama deraian tawa para penonton yang lain jugak.

Berikut aku paparkan sebahagian adegan yang terdapat dalam teater Dia Panggil Abang arahan Sukrani Shamsuddin:

Bersambung...

Zulaikha: Saya suka masak nasi. Hari-hari saya masak nasi.
Zulaikha: Biar saya picitkan bahu Pak Mus. Tangan saya kuat macam tangan Incredible Hulk.
Pak Musta: Kita perlu selalu melaungkan slogan Satu Malaysia. Paling tidak pun slogan Teh Tarik Satu!
Pak Musta: Teringat masa saya muda-muda dulu. Masa tu tak ada kerepot pada muka saya.
Zulaikha: Duduklah kat sini dulu. Jom kita bersembang-sembang pasal bola sepak Piala Dunia di Brazil.
Pak Musta: Ewah! Ni dia joget lambak kat Pasar Borong Selayang.
Zulaikha: Hah! Ini dia teknik mempertahankan diri yang saya belajar masa jadi polis dulu.
Zulaikha: Tak kan Pak Mus berdoa sambil berjalan ke hulu ke hilir pulak?
Zulaikha: Sebak dada saya mendengarkan kisah sedih kehilangan MH370 yang awak ceritakan tu.
Zulaikha:Tetapi saya lebih sedih apabila Malaysia gagal menjuarai pertandingan badminton Piala Thomas baru-baru ni.
Zulaikha: Rasa nak cucuk-cucuk pemain badminton Jepun yang tak nak bagi Malaysia menang tu!
Pak Musta: Tak kan Malaysia kalah badminton awak dah tak nak masakkan untuk saya?
Zulaikha: Saya tak masak bukan sebab Malaysia kalah badminton dengan Jepun, tapi pasal saya risau nasib Brazil kat piala dunia nanti.
Zulaikha: Saya nengok, German, Argentina, Italy dan Spain dah semaikin kuat. Boleh ke Brazil jadi juara di tempat sendiri? Hu hu hu...
Zulaikha: Kalau Brazil kalah, mesti diorang malu. Malu besar pulak tu!!!
Pak Musta: Awak janganlah emo sangat dengan nasib Brazil tu. Cuba buatkan saya secawan kopi cap taik musang dulu.
Pak Musta: Dalam kopi tu, awak kurangkan gula. Lebihkan madu. Letak serbuk kayu manis sikit. Barulah pergh!
Pak Musta: Okay lah. Biar saya picit kepala awak dulu. Saya pun dulu memang kerja tukang urut tradisional.
Zulaikha: Pak Mus urut tak best. Tak berasa langsung! Saya nak pergi urut kat spa lah!
Pak Musta: Nak pergi spa pun pergilah. Tapi saya nak awak buatkan kopi untuk saya dulu. Lepas tu masakkan saya nasi Arab mandy.
Busra: Saya adalah wakil rakyat Adun kawasan Kampung Pasir Berdengung ni.
Zulaikha: Kalau betullah awak ni wakil rakyat, saya nak mintak subsidi bola sepak. Saya nak pergi training main bola kat Brazil!
Pak Musta: Awak ni wakil rakyat ke, atau jurulatih bola sepak Harimau Malaya? Kenapa team Harimau Malaya asyik kalah aje, hah?
Pak Musta: Kita kalau nak main bola kena guna teknik lentok joget. Jangan main style samba. Itu bukan cara kita.
Pak Musta: Bila bola dah dekat dengan gawang, barulah kita tanduk macam kerbau balau, kasi gol!

No comments:

Post a Comment