m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, June 28, 2014

Talisman Family Day 2014 di Stadium Merdeka: Hadiah buat pemenang

Bahagian 7

Pembahagian hadiah diteruskan lagi. Pingat diberikan kepada semua pemenang dalam semua acara - lumba lari, lontar peluru, tarik tali, lari berpagar, dan lari berganti-ganti. Malah pemenang bagi acara makan paling banyak, duduk atas bangku paling lama pun ada. Boleh dikatakan semua orang dapat pingat. Kalau tak dapat pingat emas, boleh dapat pingat perak. Atau pun pingat gangsa. Atau pun pingat suasa, pingat tembaga, pingat besi, pingat plastik. Paling tidak pun boleh dapat pingat kertas recycle.

Mister Shrek tersangat lapar. Dia gigit pingat yang diperolehinya, macam Suarez gigit orang.
Shrek bangga memegang bendera Rumah Hijau.
Inche' Rambu-ramba menjadi juara larian maskot.
Maskot-maskot menerima pingat dari acara lumba lari.
Tahniah buat semua maskot.
Kalungan pingat gangsa untuk tempat ketiga acara tarik tali.
Rumah Biru Muda menerima pingat gangsa mereka.
Radzi jadi pemberi pingat.
Pingat terus diberikan kepada peserta Rumah Biru Muda.
Berjuta-juta pingat diberikan kepada para pemenang. Bagaikan hartawan dan dermawan yang bermurah hati menaburkan wang ringgit kepada khalayak umum.  Aku dan Syamie adalah dua dari jutaan penerima habuan yang sangat bermakna itu. Kami dapat pingat sebab menang tempat kedua dalam acara tarik tali. Dah sangat lama aku tak dapat apa-apa pingat untuk apa-apa kejohanan. Yang last sekali aku dapat hadiah sukan ialah masa aku di sekolah rendah - darjah 6. Itu pun menang pertandingan tarik tali jugak. Tapi masa tu kami jadi johan.

Kini giliran naib juara acara tarik tali pulak beratur untuk dikalungkan pingat perak.
Seronoknya aku dapat pingat. Hoorey!!!
Hidayat pun dapat pingat jugak.
Begitu jugak Shrek.
Semua peserta Rumah Hijau dapat pingat perak.
Rahma dan baby girl.
Mama tunjuk peace. Baby tunjuk 1 Malaysia.
Dan Shrek pun datang enter frame.
Bersama maskot - Mister Hafiz Shrek.
Juara tarik tali - Rumah Maroon.
Para peserta tarik tali bergambar bersama.
Saat-saat happy para penarik tali.
Hidayat berbangga dengan tiga pingat perak yang dimenanginya.
These are my medals. These are all mine!
Syahmie dan Amier mengisi masa lapang.
Setelah semua pingat kemenangan diagih-agihkan kepada para pemenang, kini tibalah masa untuk berhibur dengan alunan suara dan kugiran dari sebuah band jemputan yang tak terkenal. Mereka menyanyi lagu Inggeris. Nasib baiklah aku ada belajar Bahasa Inggeris masa kat sekolah rendah dulu. Sedikit sebanyak fahamlah jugak aku akan maksud nyanyian mereka tu. 

Sambil dengar lagu, kami turut makan tengah hari yang telah pun disajikan. Aku terlalu haus masa tu. Jadi secara automatik, aku tak berasa lapar. Pekena teh tarik dua gelas, dan makan nasi lebih kurang, dah cukup bagi aku. Kalau tak silap aku tengah hari tu makan nasi minyak kot. Kalau tak pun nasi beriyani. Selepas makan, semua hadirin dijemput berkumpul di sekitar ruang tengah stadium. Acara penutup akan dijalankan sebentar saja lagi.

Bersambung...

Drummer band tak terkenal.
Permainan muzik mereka agak hebat jugak.
Masa untuk makan tengah hari.
Sambil makan sambil menengok padang. Best-nya!
Giliran aku pulak nak makan.
Aku cukup berbangga dengan pingat yang aku perolehi.
Sabriena fokus kepada makan saja.
Cabutan bertuah.
Syan Lyn dapat hadiah cabutan bertuah.
Hadiah percutian untuk Shan Lyn.
DJ kata dia nak nyanyi lagu Sepohon Kayu pulak.

No comments:

Post a Comment