15 Jun 2014 - Pagi Ahad semalam aku tak main tenis pasal court penuh. Jadi wife aku ajak ber-jogging. Alamak! Jogging ni bukanlah salah satu kegemaran aku. Tapi wife aku kata dia nak jogging kat Tasik Ampang Hilir. Kalau kat situ kira okay-lah jugak pasal aku memang suka tasik. Kat tasik tulah kami selalu pergi memancing ikan tilapia, dan puyu. Kami bangunkan Amier yang masih lena. Tanya dia sama ada nak ikut atau tidak. Amier kata dia nak ikut. Jadi kami bertiga pergilah ke sana kira-kira jam 9 pagi lebih.
|
Beriadah di tepian tasik. |
|
Baru jalan sikit Amier dah merungut kepenatan. |
|
Tapi bila jumpa taman permainan, Amier kembali ceria. |
Di sekitar tasik Ampang Hilir, kami nengok kereta punyalah banyak. Macam tak ada ruang nak letak kereta. Akhirnya kami terjumpa satu ruang kecil yang boleh memuatkan Exora kami. Kat sekeliling tasik tu kami nengok punyalah ramai kaki-kaki pancing tempatan dan antarabangsa sedang memancing ikan kat tasik tu. Rupanya ada pertandingan memancing. Best-nya. Kami pun bergegas ke sekitar tasik untuk ber-jogging sambil melihat peserta memancing ikan.
|
Para peserta menanti sampai bosan umpan digetu ikan. |
|
Sebahagian joran pantai yang digunakan kaki pancing. |
|
Joran terpacak rapat-rapat di antara satu sama yang lain. |
|
Beriadah bersama keluarga sambil memancing. Ada yang bawak khemah dan ahli keluarga. |
Aku nengok para peserta yang mengambil bahagian merupakan kaki-kaki pancing tahap profesional. Sorang-sorang bawak joran pantai yang panjangnya berpuluh kaki. Bila ditegakkan joran, hujung joran tu sayup-sayup nampak mencecah langit. Bayangkanlah betapa tingginya ia. Balingan yang dibuat pun bukan main jauh lagi - nun sampai ke tengah tasik yang agak luas tu. Tapi setelah lama aku menunggu joran mereka melendut ditarik ikan, nampaknya macam tak ada action langsung. Kami singgah kejap kat tempat urusetia. Aku nengok dalam tong ikan cuma ada puluhan ikan tilapia saiz tapak tangan. Tak ada ikan besar ke? Setahu aku ikan yang besar kat sini cuma ikan toman aje. Tapi aku nengok rata-rata para peserta menggunakan umpan dedak campur roti campur belacan campur esen buah. Dan dikepal sebesar bola boling. Ada jugak yang mencucuk roti berperisa seperti sate. Setahu aku itu umpan untuk menjinakkan ikan rohu atau patin. Ada ke ikan rohu atau patin kat situ?
Aku pergi tanya seorang petugas kat meja urusetia. "Ada lepaskan ikan ke tasik ni semalam?" Petugas tu kata ada dilepaskan patin bersaiz mega kat tasik tu. Oooohhh... maksudnya peserta yang aku nampak tu memang target ikan patinlah. Cuma setakat waktu tu, umpan masih belum mengena lagi. Tak lama selepas tu, seorang marshal membawa seekor patin yang dipancing peserta ke meja urusetia. Besar jugak. Bila ditimbang ianya berskala lebih 2 kilo. Itulah ikan yang paling besar. Tak lama lepas tu naik pulak ikan keli Amazon yang kecil sedikit dari ikan patin tadi. Itulah ikan-ikan paling besar setakat itu.
|
Ikan yang dipancing peserta. Kecil-kecil aje. |
|
Patin pertama yang dinaikkan berskala lebih 2 kilo. |
|
Petugas menimbang ikan. |
Setelah bersarapan di tepi tasik dengan membeli burger dan air sejuk kat gerai yang dibuka, kami membuat keputusan untuk pulang ke rumah. Waktu tu dah nak pukul 11 pagi. Dalam melangkah kaki untuk menuju ke kereta, tetiba kami nampak di suatu sudut, seorang brader sedang memutar kekilinya menarik ikan yang tersangkut di hujung tali. Joran pantainya melendut seperti huruf "C". Menandakan ikan tu sangatlah besar dan berat. Lama jugak brader tu bertarung dengan ikan tu. Aku rasa tak kurang dari lima hari. Lama tu!!! Setelah dah cukup penat bertarung, akhirnya naik jugak ikan tu ke darat. Punyalah besar. Nak masuk dalam jaring pun macam tak berapa muat. Siap kena pakai lori kren lagi untuk memikul ikan tu. Kalau ikut aku punya taksiran, aku rasa ikan tu beratnya tak kurang dari 5 tan metrik. Memang berat dan sangat besar. Semua orang yang ada kat situ sangat teruja dan tercengang sambil mata tak boleh berkelip.
|
Umpan dah mengena! |
|
Semua orang nak tengok ikan apa yang bakal dinaikkan peserta. |
|
Joran brader ni melengkung macam nak patah. |
|
Susah betul nak daratkan ikan patin ni. |
|
Masih bertarung sepenuh kudrat. |
|
Patin gergasi masih enggan mengalah. |
Tak lama lepas tu joran kat sebelah pulak yang melengkung ditarik ikan. Ikan yang didaratkan tu pun besar jugak. Dan selepas tu, ada lagi. Dan lagi. Dan lagi. Rupanya ikan-ikan patin kat situ tak nak makan sarapan. Dia makan lewat sikit. Matahari dah mula menegak sikit. Barulah hidup pesta pancing tu dengan tangkapan demi tangkapan dibuat oleh para peserta pertandingan memancing pada hari itu. Sebenarnya aku pun tak tau pertandingan yang diadakan tu adalah sempena apa. Yang aku tau, minggu hadapannya akan ada satu lagi pertandingan memancing yang akan diadakan di Serdang. Dan hadiahnya agak lumayan jugak. Sesiapa yang dapat first prize bolehlah beraya sakan tahun ni. Amacam? Korang ada brannn?!
Hidup sukan memancing untuk negara!
|
Semakin ramai orang yang mengerumuni brader ni. Terutamanya kanak-kanak. |
|
Patin berjaya didaratkan akhirnya. |
|
Inilah patin gergasi yang menjadi idaman satu Malaya. |
|
Ada sesiapa yang nak masuk bertanding minggu hadapan? |
No comments:
Post a Comment