Bahagian 2
Majlis Mini Olimpik Hari Keluarga di Stadium Merdeka bermula dengan alunan tiupan bag pipes oleh kumpulan peniup seruling Sikh. Sewaktu bag pipes dibunyikan, terasa macam berada di Scotland. Tapi pada musim panaslah. Dan sewaktu suara serunai Scotland itu bergema di ruang stadium, banykalah pulak ular senduk yang tampil ke hadapan sambil menari-nari dan melentokkan badan mereka bagaikan sedang mabuk todi.
|
Band bag pipes berarak masuk ke dalam stadium. |
|
Pakaian seragai serba putih menampakkan kehebatan mereka. |
|
Sabriena dan Yana terpegun dengan persembahan band bag pipes. |
Semua orang menyaksikan dengan penuh asyik akan persembahan tiupan bag pipes yang sangat mengagumkan itu. Ada yang siap berkaraoke dengan menyanyikan lagu Hindustani. Band yang membuat persembahan itu memang nampak hebat dengan pakaian seragam putih dan selempang Scotland-nya.
|
Persembahan di atas padang. |
|
Rashid turut terhibur. |
|
Malkit dan Fauzah sedang menghilangkan dahaga dengan segelas air. |
|
Kamarul dan keluarga. |
|
Sebahagian team Rumah Biru Muda. |
|
VP Encik Ron yang kelihatan sangat ceria pada pagi itu. |
Setelah tamat persembahan bag pipes, tampil pula kanak-kanak dari sekolah menengah mempamerkan aksi akrobatik gaya cheer leaders. Mereka terdiri dari lelaki dan perempuan yang membuat gaya ala-ala gimnastik dan gimrama. Hebat jugak. Yang paling menakjubkan adalah bila penari-penari perempuannya dilambung tinggi oleh penari lelaki. Yang paling klimaks sekali adalah bila tiga orang penari perempuan dilambung serentak dengan ketinggian hingga mencecah bulan. Lepas tu turun balik ke bumi dan ditangkap dengan selamat oleh penari-penari lelaki. Aksi ini mendapat tepukan gemuruh dari para penonton. Malah orang ramai yang ada di sekitar KL jugak turut memberikan sorakan bersemangat. Dan ketika tiga penari perempuan tu sedang melayang ke bulan, makhluk asing outer space dan alien jugak turut bertepuk tangan tanda takjub dengan persembahan itu.
|
Para penari cheer leaders bersiap untuk membuat persembahan. |
|
Cheer leaders nampak cheerful. |
|
Sebahagian team Rumah Biru Muda dengan slogan Honest Communication. |
|
Adegan selfie dengan monopod. |
|
Team Rumah Biru antara yang ramai hadir. |
|
Pak Wie penyokong pasukan Belanda - The Oranje. |
|
Sebahagian team Rumah Oren, termasuklah Suriza dan suami. |
|
Siva dan anak perempuannya. |
|
Father and daughter. |
|
Sharul sebagai pemegang belon rasmi. |
|
Sebahagian geng team Rumah Biru Muda. |
|
Bersedia membuat lambungan paling tinggi pada alaf ini. |
|
Satu, dua, tiga lambung!!! |
|
Encik Hafiz Shrek sedang sms Puan Shrek Fiona. |
Persembahan terkahir pada upacara pembukaan ialah tarian moden oleh sekumpulan anak-anak muda. Aku pun tak tau diorang menari rentak apa. Tapi ada ala-ala gelek perut sikit macam belly dancing. Selepas persembahan tarian ini tamat, band bag pipes terus meniupkan serunai mereka sambil berarak keluar dari padang. Semua penonton bertepuk tangan tanda kepuasan.
|
Tarian anak-anak muda ala belly dancing. |
|
Rentak yang rancak dan persembahan yang singkat. |
|
Kamera udara menggunakan helikopter. |
|
Keluarga Siva. |
|
Team Rumah Biru Muda. |
|
Band bag pipes berarak keluar padang. |
|
Pembukaan yang gah dan penutup yang gah jugak. |
|
Meniup serunai untuk pulang. |
|
Yang pakai jaket harimau tu siap mengaum lagi. |
|
Ron memberikan ucapan pembukaan. |
Selanjutnya, Mr Vice President, Encik Ron memberikan ucapan alu-aluan dengan penuh bersemangat dan ceria. Antara isi kandungan yang diperkatakan termasuklah soal betapa bertuahnya dia dapat hadir di sini, dapat bekerja dalam syarikat ini, serta beliau turut mengekspresi kegembiraannya bila melihat para hadirin yang sebegitu ramai. Turut diperkatakan ialah pasal bola sepak Piala Dunia di Brazil dan bagaimana pasukan England boleh kalah kepada Uruguay dan Italy. Turut dibincangkan adalah mengenai kehilangan MH370 yang masih tak ditemui hingga saat ini. Dan dipercayai ia berada di Brazil sedang menonton bola. Tak taulah. Para hadirin yang datang lewat terus naik ke tingkat atas untuk bersarapan pagi. Anak-anak kami nampak berselera makan pagi. Aku cuma makan sikit je. Tapi cukuplah untuk melapik perut pada pagi tu.
Bersambung...
|
Anak-anak sedang bersarapan pagi. |
|
Berselera betul mereka makan. |
No comments:
Post a Comment