m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, June 9, 2014

Teater Dia Panggil Abang: Gelak ketawa dalam panggung

Bahagian 2 (Akhir)

Berikut adalah sambungan adegan-adegan yang mencuit hati dalam pementasan drama "Dia Panggil Abang". Saksikanlah:

Busra: Tadi isteri Pak Mus kata dia nak main bola kat Brazil. Salah saya ke kalau team Harimau Malaya asyik kalah aje?!
Zulaikha: Kenapa awak lantik perempuan muda tu jadi pengurus bolasepak Harimau Malaya? Dia tak ada karisma!
Juriah: Saya bukan pengurus team Harimau Malaya. Saya penolong pengurus team Brazil.
Juriah: Saya dah bosanlah cakap pasal bola. Boleh kita cakap pasal badminton tak?
Zaiton: Tak kiralah you all nak cakap pasal apa. Yang I tau, I nak nyanyi lagu Menaruh Harapan.
Zaiton: Sepanjang perjalanan ini...
Busra: Seniwati Zaiton, saya adalah peminat nombor sepuluh Seniwati Zaiton.
Pak Musta: Mentang-mentanglah dah dapat jumpa superstar, saya kamu lupakan ya?
Pak Musta: Saya pun peminat awak jugak, Zaiton. Tapi itu dulu. Sekarang saya minat kat Yuna pulak.
Juriah: Seniwati Zaiton tu sebenarnya mak angkat saya.
Zulaikha: Sedap tak saya masakkan nasi Arab untuk Pak Mus?
Pak Musta: Memang sedap sungguh al-nasi al-arabia ni. Ana tak dapat melupakan keenakan masakan ini laa...
Pak Musta: Ente masak nasi al-Arabia letak apa? Ana ada rasa macam itu tempoyak laa...
Zulaikha: Memanglah saya letak tempoyak. Bagi dia kaw-kaw sikit.
Barisan pelakon dan krew serta pengarah drama.
Zaiton: Saya tak nak menyanyi lagu Menaruh Harapanlah. Saya nak nyanyi lagu Ombak Rindu.
Zaiton: Lupa pulak lagu Ombak Rindu. Nyanyi lagu Baa Baa Black Sheep aje lah.
Zulaikha: Saya nak tumpang nyanyi satu round boleh? Please...
Dari kiri: Ibrahim Akir, Saiful, ayahku, Jamal kot, dan Zul.
Bergambar dengan kengkawan lama.
Tak sabar-sabar kami nak menjamah makanan di atas meja.
Setelah habis show yang sangat menghiburkan itu, kami dijamu pulak dengan makanan istimewa di laman luar. Juadahnya adalah nasi lemak berlauk telur goreng dan telur rebus, siap dengan sambal sotong lagi. Kuih-muih jugak ada. Kalau tak kerana aku segan dengan tetamu lain, dah aku habiskan kesemua makanan yang ada kat atas meja tu. Memang time tu perut aku tengah lapar. 

Kami bersembang lama setelah makan nasi lemak. Aku dan isteri pernah terlibat dalam satu pementasan dengan Ibrahim Akir (Pak Yob). Masa tu Pak Yob jadi stage manager. Wife aku jadi heroin. Aku jadi set designer. Dan masa tu aku dan isteri masih belum berkahwin lagi. Baru usha-usaha jer...

Kami memberikan sepenuh kredit kepada pengarahnya, Sakrani Shamsuddin, serta pelakon-pelakonnya, terutamanya yang memegang watak utama - Che Kem dan Ain Sofia. Aku turut suka lakonan Asrul Faizal yang bagai bodoh-bodoh alang tu. Kesimpulannya, memanglah kami sangat berpuas hati dengan persembahan tempoh hari. Next theatre show, tak taulah pulak bila...

Tamat.

Bersiap sedia untuk memulakan makan.
Ayahku makan dengan penuh berselera sekali.
Semua orang makan dengan penuh khusyuk.
Bergambar dengan pelakon utama -Ain Sofia sebagai Zulaikha.
Masih dengan pelakon utama.
Pelakon ni sangat berbangga dapat bergambar dengan wife aku.
Aku dan adikku bergambar dengan pengarah teater pulak.



No comments:

Post a Comment