Bahagian 1
28 Mei 2014 - Satu Malaya telah dihebahkan akan kekalahan Team Malaysia di tangan Team Jepun di perlawanan final Piala Thomas pada 25 Mei 2014. Rakyat Malaysia sangat berdukacita dengan kekalahan ini. Ramai jugak yang menyalahkan pemain single ketiga negara, Darren Liew kerana gagal mencuri mata kemenangan dari pihak Jepun. Aku dan kerabatku turut berasa tidak puas hati dengan kekalahan ini. Lalu aku cadangkan suatu rematch perlu dilakukan oleh Team Malaysia dan Team Jepun. Ini adalah bagi memastikan pemenang mutlak bagi persaingan ini.
|
Ali-San berasa sangat marah kepada Umpire. Rasa macam nak tumbuk aje umpire dari Nigeria tu. |
|
Sebahagian dari penyokong pasukan Jepun. Banzaiii!!!! |
|
Pemain Jepun menggunakan jurus Naruto bagi mengalahkan pasukan Malaysia. |
|
Sebahagian dari penonton yang membeli tiket eksklusif. Boleh duduk kat grandstand. |
|
Tempat duduk di grandstand sangatlah selesa. |
Cadangan mengadakan Mini Thomas Cup telah mendapat sambutan yang sangat hangat di kalangan kaum keluarga. Berpuluh-puluh ahli keluarga yang ingin mengambil bahagian dalam pertandingan rematch ini - Malaysia menentang Jepun. Mula-mula aku lantik dua orang kapten - satu kapten Malaysia, dan sorang lagi kapten Jepun. Aku telah kenalpasti dua orang players yang paling mantop sekali permainan mereka - Abby dan Faiisal. Oleh kerana wajah Faiisal yang ada iras-iras muka orang Jepun, jadi dia jadi kapten Jepun-lah. Dan Abby jadi kapten Malaysia.
|
Zahid-San dan Dayat-San sedang menyusun strategi untuk mendapatkan markah pertama bagi Team Jepun. |
|
Abby-Hafez (Malaysia) menentang Zahid-San dan Dayat-San (Jepun). |
|
Para penonton yang tak dapat tiket kena berdiri aje kat tepi stadium. |
|
Farid-Hafez (Malaysia) bersedia menerima servis pihak lawan. |
|
Syahmie menjadi penonton di bangku simpanan. |
|
Farid-Hafez (Malaysia) dalam satu aksi yang mendebarkan. |
|
Amy-San dan Ali-San (Jepun) menggempur dengan jurus Ninja. |
|
Fared dan Hafez kegembiraan kerana telah berjaya menyumbangkan satu lagi mata untuk pasukan Malaysia. |
|
Sesudah pertarungan tamat. Team Malaysia menang lagi. |
|
Berteriak memberikan sokongan moral. |
Undian dibuat mengikut ranking. Dan setelah mencabut undi, players Malaysia terdiri dari En Abby (kapten), En Ardi, En Hafez, En Nordin, En Faridz, En Taufiq, En Farid, En Amin, En Khalid, Puan Shidah dan Puan Huda. Pasukan Jepun pulak diwakili oleh Faiisal-San (kapten), Syahmie-San, Syafiq-San, Hidayat-San, Zai-San, Adi-San, Zahid-San, Amy-San, Ali-San, Zila-San dan Sarah-San. Bagi aku kedua-dua team ni sama kuat dan sama gagah. Siapa yang bakal menang bergantung pada percaturan kapten kedua-dua pihak untuk membariskan pemain-pemain mereka di gelanggang.
|
Bendera Malaysia berkibar dan lagu Negaraku dimainkan setelah pasukan Malaysia mendapat dua mata berturut-turut. |
|
Malaysia boleh! Malaysia boleh!! Malaysia boleh!!! |
|
Team Jepun tetap konfiden dengan kehebatan mereka. |
Hadiah-hadiah lumayan telah disediakan oleh penaja-penaja besar termasuklah Yonex, Lining, Carlton, Adidas, BMW, Mercedes dan Ali Cafe. Hadiah berupa bekalan makanan selama setahun, kereta mewah beserta driver sekali. Dan macam-macam lagilah yang menbuatkan kesemua pleyers sangat ghairah untuk menyertai pertandingan ini. Suasana dewan sangatlah hingar-bingar bagaikan kat stadium bola sepak Piala Dunia kat Afrika Selatan dulu. Siap ada tiupan vuvuzela yang sangat membingitkan.
|
Hadiah-hadiah lumayan yang menyebabkan para pemain terliur apabila melihatnya. |
|
Puan Huda sedang menbancuh air kuat untuk para pemain Malaysia. |
|
Dua orang jurulatih Jepun yang pernah menjulang Piala Thomas sebanyak dua belas kali. |
|
Syahmie dan anak saudaranya duduk di bangku simpanan. |
|
Ardi dan Zila menanti giliran untuk beraksi di gelanggang. |
Perlawanan pertama adalah di antara Abby yang berpasangan dengan Hafez menentang pemain Jepun, Abang Zahid berpasangan dengan Hidayat. Kami dapat rasakan gema yang melampau apabila para penyokong kedua-dua belah pihak bersorak-sorai memberikan laungan semangat kepada pasukan masing-masing. Keadaan ini sangat-sangat memberi impak yang besar terhadap fokus dan mutu permainan kami. Peratus performance telah jatuh mendadak. Semua players bermain dengan sangat teruk dan serba tak menjadi. Dalam keadaan yang sangat mencabar itu akhirnya Team Malaysia telah berjaya memperolehi mata pertamanya menerusi gandingan Abby-Hafez. Pastinya Team Jepun perlu berbuat sesuatu untuk mengejar mata.
Bersambung...
|
Team terkuat pasukan Jepun - Faiisan-San dan Syafiq-San. |
|
Abby dan Amin bermula sangat garang dan mengagumkan. |
|
Kemenangan di pihak pasukan Jepun. |
|
Abby-Amin tewas di tangan Faiisal-San dan Syafiq-San. |
|
Adi-San dan Zai-San tewas di tangan Taufiq-Faridz dari Malaysia. |
|
Berehat setelah tamat perlawanan. |
|
Kali ni Dayat-San berpasangan dengan Syahmie-San pulak. |
|
Aku menjadi umpire. |
|
Permainan Hidayat-San sangat hebat dan menyengat pada pertemuan ini. |
|
Abang Ngah dan Farid mewakili Malaysia. |
|
Hadiah ni diletak di kem pasukan Malaysia. Macam tak adil aje... |
|
Sebahagian penonton yang berasa sangat gelisah. |
|
Apa-apa pun makan dulu. |
|
Sabriena dan mama turut menyokong Team Jepun. |
|
Umpire Adi-San sedang beraksi. |
|
Keresahan tergambar di wajah penyokong. |
|
Bendera Jepun dan lagu negara Jepun dimainkan setelah Jepun berjaya memungut satu lagi mata untuk pasukan mereka. |
No comments:
Post a Comment