m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, June 19, 2014

Talisman Family Day 2014 di Stadium Merdeka: Back to school

Bahagian 1

31 Mei 2014 - Awal-awal pagi kami telah menghala ke Stadium Merdeka. Niat di hati nak meraikan hari kemerdekaan negara dengan melaungkan "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" Tapi bila nengok kalendar, Hari Kemerdekaan lagi tiga bulan. Tak apalah. Jadi kami pun ke sana sekadar untuk menyambut Hari Keluarga ofis wife aku. Tema Hari Keluarga pada tahun ni adalah Back To School. Tapi dari pandangan aku, lebih kepada ala-ala mini Olympic. Sambutan Hari Keluarga tahun ni memang sangat berbeza dari tahun-tahun yang sebelumnya.

Pemandangan Stadium Merdeka - stadium yang sangat bersejarah.
Kelihatannya macam dah ramai orang yang tiba kat lokasi ini.
Sehari sebelum ke stadium, kami telah berhempas pulas menyediakan bendera dan sepanduk untuk dibawa ke temasya sukan tahunan tu. Isteriku dengan Kak Timah telah berbelanja barang-barang keperluan. Kak Uda tolong jahitkan kain menjadi bendera. Kemudian aku dan isteri dengan dibantu oleh Kak Timah dan Syakirah telah mencorak bendera dan sepanduk mengikut tema kumpulan kami - Kumpulan Hijau dengan slogan RESULTS. Tapi entah macam mana, kami tersalah cetak. Kami tulis RESPECT. Wife aku perasan slogan tu salah setelah ditegur oleh kawannya melalui Whatsapp. Masa tu dah nak masuk subuh. Terpaksalah kami betulkan cepat-cepat dan tukar slogan tu dari RESPECT kepada RESULTS. Letih jugak nak men-settle-kan kesilapan ni. Tapi syukur, semua berjalan lancar. Lepas solat subuh, kami bersiap-siap untuk ke stadium yang bersejarah itu.

Bawak sepanduk nak buat demonstrasi jalanan, nak mintak kenaikan gaji dari majikan.
Nampak macam kami aje yang terlebih bersemangat.
Mendaftar nama, dan mendaftar untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan.
Sambil-sambil tu isi borang BR1M jugak.
Yana jaga Sabriena.
Seluruh ahli keluarga sangat bersemangat.
Amier dengan bendera Rumah Hijau.
Berdialog dengan urusetia di meja pendaftaran. Semua orang nak mintak goodies bag.
Kami datang dengan penuh bersemangat Waja. Dan ada kalanya kami bersemangat Exora jugak. Siap kibarkan bendera hijau melambangkan panji-panji kumpulan yang kami wakili. Setelah mendaftar di meja pendaftaran, kami masuk ke dalam stadium. Teringat dan terimbau kembali saat-saat Perdana Menteri pertama Malaya melaungkan suara kemerdekaan. Kalau tak silap aku, masa tu aku kat tengah padang sedang main bola sepak dengan budak Jepun yang bapaknya pernah berlawan dengan askar Melayu. Wah! Macam dah tua benar aku ya. Okay-lah. Masa tu aku belum lahir lagilah.

Nak pacakkan bendera.
Menanti acara bermula.
Yana dan Wanie.
Syahmie bertugas sebagai pengawas stadium.
Peace no war!
Isteri aku dan Rahmah terus menghias kem Rumah Hijau dengan segala perhiasan yang ada dibawa bersama. Pasang bendera. Letak hiasan pokok kaktus. Ikat bendera warna warni tiga segi. Segala macam hiasan lagi dipasang. Aku nengok team lain tak ada pulak apa-apa hiasan tambahan yang dipasang. Sah-sahlah rumah team kami yang paling berhias dan cantik sekali.

Bersama Rahmah menghias Rumah Hijau.
Masih menghias rumah lagi.
Brader Bob - gelaran yang aku bagi kat adik ni.
Sabriena dipimpin alongnya.
Meniti tangga stadium.
Di sekitar Rumah Hijau, orang masih tak berapa ramai lagi.
Stadium ni masih terjaga rapi.
Acara akan bermula tak lama lagi.
Wanie mengibarkan bendera Rumah Hijau tanda sokongan padu.
RESULTS - inilah nama rumah sukan kami.
Sementara Rahmah dan isteriku sibuk menghias kem kami - Rumah Hijau, Sabriena sibuk mundar-mandir ke sekeliling stadium sambil diawasi oleh Syahmie, Wanie dan Yana. Masa tu belum ada apa-apa aktiviti lagi kat stadium. Masing-masing tengah tunggu acara yang selanjutnya untuk berlangsung. Dan ada jugak di antara kami yang dah mula ke tingkat atas untuk bersarapan pagi. Selera aku agak tak berapa ada sikit pagi tu. Mungkin sebab aku tak cukup tidur. Dan mungkin jugak aku agak nervous pasal akan bertanding dalam acara sukan siang nanti.

Bersambung...

Stadium yang tersergam indah.
Tempat duduk masih agak lengang.
Nampaknya perlawanan bola sepak Brazil lawan German masih tak dapat menarik ramai penonton.
Amier meniti pagar stadium.
Amier dengan sepanduk.
Orang semakin ramai.
Sebahagian team members Rumah Hijau.
Team Rumah Kuning.
Maskot Rumah Hijau - Shrek! Dibintangi oleh Hafiz.
Tiupan bag pipe menjadi pembuka tirai Hari Keluarga tahun ini.

No comments:

Post a Comment