Bahagian 5
Dari lapangan melontar peluru, aku beralih pulak ke medan main game. Kat tempat ni banyak betul game yang disediakan. Antaranya termasuklah baling bola ke dalam jaring bola keranjang, tendang bola kasi masuk dalam lubang, boling buah kelapa, baling bola ping-pong, dan macam-macam lagi. Kalau matlamat dicapai, boleh dapat sekeping kupon yang boleh ditukarkan dengan barang. Masa tu cuaca agak panas. Jadi Sabriena berasa tak berapa selesa, dan mungkin jugak dia sangat mengantuk. Maka Sabriena pun menangis sambil mengamuk. Jadi aku pun dukunglah Sabriena biar dia bertenang sikit. Sambil mendukung Sabriena, aku turut melibatkan diri dalam game yang ada disediakan.
|
Sabriena menangis pasal dah mengantuk. |
|
Dia mengamuk-ngamuk. Aku kena dukung dia nak bagi dia cool down. |
|
Acara bola keranjang. Aku berjaya menjaringkan bola. Dapat satu kupon. |
Aku berjaya mendapatkan beberapa kupon hasil dari permainan-permainan berikut: bola keranjang, golf, boling kelapa, tembak target dan bola sepak. Jumlah kupon yang aku dapat ada dalam lima keping rasanya. Semua kupon ni aku bagi kepada Syahmie untuk ditukarkan dengan barang-barang yang dipilih. Setelah main game, aku terus ke bangku penonton untuk berehat sambil menonton acara yang selanjutnya. Dan ketika di bangku penonton, Sabriena terus tertidur lena dalam kereta sorongnya.
|
Wanie turut masuk dalam pelbagai acara dan game. |
|
Syahmie beratur untuk main game. |
|
Game ni aku baling bola tak kena tepat. |
|
Syahmie dengan kupon yang diperolehinya. |
Kira-kira pada waktu ini juga anak buah kami - Hidayat dan Siti datang ke stadium untuk masuk lumba lari. Isteriku telah terdahulu mendaftarkan nama-nama mereka dalam saingan kali ini. Hidayat masuk acara 200 meter, tarik tali dan acara 4 x 100 meter. Siti masuk acara 50 meter lari berpagar dan 4 x 100 meter. Perlumbaan sangatlah sengit. Banyak pelari negara dan antarabangsa yang ambil bahagian. Masing-masing berlari macam lipas kudung. Malah ada jugak pelari yang lari macam lipas tak ada kaki langsung. Usin Bolt pun kalah. Aku sangat teruja menyaksikan perlumbaan yang sehebat ini.
|
Acara lumba lari sedang dilangsungkan. |
|
Bersedia untuk acara lumba lari berpagar. |
|
Para pemenang. |
|
Upacara mengalungkan pingat. |
|
Sangat happy bila dapat pingat. |
|
Cuba teka siapakah yang berselindung di belakang bendera. |
|
Inilah naib juara larian berpagar. |
|
Pemenang dengan pingat masing-masing. |
|
Siti menjadi johan lumba lari berpagar. |
Dalam perlumbaan yang diadakan, Hidayat memenangai pingat perak dalam kedua-dua acara lumba larinya. Siti pula mendapat satu pingat perak dan satu pingat emas. Pingat emas diperolehi dari acara lari berpagar. Memang peserta lain tak terkejar dengan kepantasan Siti. Anak-anak buah kami berasa sangat seronok bila mendapat pingat yang sangat berprestij itu.
|
Siti mengibarkan bendera kemenangan. |
|
Hidayat naib juara lumba lari 200 meter. |
|
Sebahagian dari para pemenang. |
|
Akulah juara!!! |
Kini tiba satu acara untuk orang-orang yang berbadan besar dan kuat macam Badang pulak. Itulah acara tarik tali. Aku, Syahmie dan Hidayat turut serta dalam acara ini. Biasanya kalau acara yang memerlukan kita mengerah tenaga sebegini rupa, aku akan berasa loya bagaikan nak muntah. Tapi syukur, kali ini aku tak berasa sedemikian. Kami bertarung dengan dua team. Kedua-duanya kami menang dan kami layak ke final. Team kami kesemuanya lelaki perkasa. Team satu lagi ada penarik tali wanita dan kanak-kanak bawah umur. Memang patutlah kami menang. Tapi pada aksi final nanti, tak taulah macam mana jadinya. Team Rumah Maroon (Teamwork) nampak gayanya sangat kuat. Dan team kami pulak dibantu dengan kekuatan Shrek. Kita tengok nanti, siapa yang lebih perkasa dalam final.
|
Bersiap sedia untuk acara tarik tali. |
|
Anchorman kami ialah Shrek. Pasti power! |
|
Anak beranak berganding kekuatan dalam satu team. Aku memang betul-betul enjoyed this moment. |
|
Kami sangat gembira pasal telah menang. |
|
Aku dengan wajah berlagak pasal dah menang. |
|
Give me ten! |
|
Saling mengucapkan tahniah sesama sendiri. |
|
Shan Lyn dan Nadia. |
|
Nadia dan Syan Lyn. |
|
Rehat sebentar setelah penat bertarung. |
|
Bersama Shrek. |
|
Shrek yang ini tak garang. |
|
Bersama Nadia dan Shan Lyn. |
|
Sebahagian dari teman rapat. |
|
Bergambar dengan maskot Super Mario pulak. |
No comments:
Post a Comment