19 April 2014 - Isteriku mendapat jemputan untuk ke sekolah lamanya di Maluri. Ada majlis lumba lari bagi pelajar-pelajar sekolah. Pada masa yang sama pelajar alumni dijemput hadir untuk memberikan sumbangan berupa wang atau apa saja untuk kegunaan aktiviti sekolah pada masa hadapan. Aku pun turutlah ke Sekolah Menengah Maluri dengan membawa dua orang anak kami - Amier dan Sabriena.
Banner meraikan para pelajar dan bekas pelajar SMK Maluri. |
Para pelajar berkumpul setelah perlumbaan larian diadakan pada sebelah pagi. |
Amier kebosanan kerana tiada sebarang aktiviti yang bermanfaat bagi dirinya. |
Kami sampai sana agak lewat. Perlumbaan sudah berakhir. Para pelajar sedang berkumpul di suatu ruang. Dan hadiah sedang diberikan kepada para pemenang. Riuh rendah dengan suara sorakan para pelajar yang bersorak-sorai memberikan sokongan kepada kawan-kawan mereka yang telah memenangi perlumbaan itu. Banyak sungguh hadiah yang diberikan, untuk berbagai tahap dan kategori. Aku, Amier dan Sabriena duduk bersebelahan dengan kumpulan murid-murid. Hingar dan bingit bunyinya. Amier sampai tutup telinga menahan asakan gema yang menusuk ke gegendang telinganya.
Sabriena jugak agak kebosanan. Buatlah apa-apa yang patut. |
"Apa benda ya aku nak buat sekarang?" bisik Amier pada dirinya sendiri. |
Hingar sungguh bunyi sorakan para pelajar. Amier menyumbat telinganya dengan jari. |
Dua beradik sedang memikirkan satu pelan baru. |
Sabriena baru dapat satu idea yang bernas. |
Tak lama selepas itu, isteriku mengajak aku dan anak-anak untuk ke suatu ruang di belakang sekolah untuk berjumpa dengan guru-guru yang sedang beristirahat di bawah pokok. Aku cuma kenal sorang aje cikgu kat situ, Cikgu Saad. Orang lain semua aku tak kenal.
Bersama sebahagian guru-guru yang hadir. |
Amier pun nak join bergambar sekali. |
Guru-guru yang masih setia dengan SKM Maluri. |
Cikgu Saad (kanan sekali) nampak lain tanpa kumis. |
Junior wife aku, Lau mengajak kami ke kantin untuk menjamu selera. |
Kemudian salah seorang bekas pelajar, Lau mengajak kami ke dewan makan / kantin untuk makan-makan dan minum-minum. Aku makan bihun goreng satu paket. Dan aku minum teh tarik bergelas-gelas banyaknya. Aku anak beranak duduk bersantai seketika sementara isteriku bersembang sakan dengan cikgu-cikgu kat situ. Cikgu Teh yang paling banyak bercerita pasal sistem pembelajaran zaman sekarang. Bekas anak-anak muridnya mendengar dengan tekun tanpa membantah walaupun sepatah. Setelah agak lama berinteraksi dengan Cikgu Teh, kami pun memberi ucapan selamat tinggal sebelum meninggalkan perkarangan sekolah.
Bekas pelajar bergambar dengan Puan Teh. |
Puan Teh banyak bercerita pasal pengalaman dan pandangannya mengenai sistem pembelajaran yang berkesan. |
Di hadapan sekolah. |
"Inilah sekolah saya dulu!" |
No comments:
Post a Comment