1 Jun 2013 - Bermula dengan Amier mendapat dua keping tiket free dari sekolah untuk menengok dinosaur ganas secara live. Amier sangat teruja bila mendapat tiket masuk percuma ini. Kali pertama Amier bersemuka dengan dinosaur ialah beberapa tahun dulu. Amier lebih kecil dan berasa sangat takut melihat kelibat apatosaurus yang tingginya hampir menyamai tiga tingkat bangunan. Menangis-nangis Amier waktu tu. Kali ni Amier lebih bersedia. Kalau dinosaur besar tu datang menyergahnya lagi, Amier akan hambat dengan penyapu lidi, tanpa gentar.
Tiket masuk percuma yang diperolehi di sekolah. |
Aku dan isteri pun mengaturlah satu tarikh pertemuan berpandukan kepada tiket yang Amier perolehi tadi. Bila tiba tarikhnya, kami sekeluarga pun pergilah ke Jusco Setiawangsa untuk berkonfrantasi dengan makhluk gadang ganas itu. Kami siap bawak segala macam kelengkapan bagi menentang dinosaur yang kami jangka akan mengamuk bila kami tiba nanti. Sesampainya di Jusco, kami mengitari sekeliling bangunan Jusco untuk mencari port dinosaur itu bermukim. Pusing punya pusing akhirnya kami ketemu dengan lokasi yang kami cari-cari - cuma di satu pojok sudut terpencil yang tidak gah langsung. Walaupun kami cuma ada satu tiket sahaja, tapi penjaga pintu membenarkan kami semua masuk secara percuma. Dan memang pun mereka patut membenarkan kami pergi lihat dinosaur-dinosaur itu tanpa sebarang bayaran, kerana dinosaur yang dipamerkan tidak lebih besar dari seekor tikus!!! Arghhh!!! Memang anti-klimaks betullah. Tak apalah. Yang penting Amier nampak gayanya berpuas hati kerana dia telah dapat menguasai rasa takutnya apabila bertembung dengan haiwan-haiwan purba itu.
Dinosaur velociraptor tu nampaknya macam takut sungguh bila melihat riak wajah Amier yang ganas. |
No comments:
Post a Comment