m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, March 30, 2014

Bila kambing mengembek di rumah Wadi

15 Mac 2014 - Kami sekeluarga mendapat undangan dari sepupuku, Wadi yang menetap di Rawang. Wadi jemput kami datang ke rumahnya pasal ada kenduri aqiqah untuk anaknya yang baru dilahirkan tak seberapa lama dulu. Pada hari yang sama, kami ada beberapa urusan lain. Tak silap aku, kami kena ambil Wanie dari sekolah asramanya di Kajang. Jadi kami sampai Rawang sangatlah lewat. Tapi kami dah bagi tau kat Wadi suruh simpankan sedikit kambing golek untuk kami jamah bila sampai di rumahnya nanti.

Sabriena main buaian di taman permainan kanak-kanak berdekatan.
Aku tolak buaian Sabriena.
Sebenarnya Amier yang bersungguh-sungguh nak main kat taman permainan ini.
Kami beredar apabila hujan turun.
Ibuku yang memang sakit kaki untuk sekian lama, dan masih belum boleh berjalan telah memutuskan untuk mengikut kami dan pergi ke rumah Wadi. Maknanya, ibuku dah semakin sihat tubuh badannya. Dia dah boleh duduk lama atas kerusi roda. Kalau dulu memang dia kena kerap baring di atas katil. Di rumah Wadi, kami terdengar kambing mengembek lantang, seakan-akan memanggil-manggil nama kami. Kami yang dah memang kelaparan terus menerkam segala makanan yang ada di situ. Aku terkam kambing yang sedang mengembek tu dulu. Pergh! Terketar seluruh tubuh aku kerana kesedapan menikmati keenakan kambing golek tadi. Banyak jugak aku makan, pasal aku memang duduk betul-betul kat sebelah makanan. Lagi pun kebanyakan tetamu dah pulang. Kira aku boleh conquer lah kambing tu sorang-sorang. Puas aku makan kambing. Malah jiwa aku jugak sudah bagaikan jiwa seekor kambing. Bukan saja kambing goleknya hebat, kuih-muih yang disajikan juga sangat hebat. Kami memang sangat enjoy makan kenduri kat situ.

Kami pulang kira-kira jam 6 lebih petang. Masa tu cuaca tengah hujan. Kepada Wadi sekeluarga, kami ucapkan berbanyak terima kasih. Tambahlah anak dan buatlah kambing golek lagi. He he he...

Ayahku sangat enjoy makan kambing golek.
Aku rasa inilah kali pertama ibuku keluar rumah untuk pergi jemputan dengan menaiki kerusi roda.


Saturday, March 29, 2014

Farewell untuk Ilme Onn

21 Mac 2014 - Kawan wife aku (yang dulu kerja satu ofis) resign dari ofis. Dan last day dia kat ofis tu ialah pada hari Jumaat lepas. Jadi aku tukang lukis gambar kartun dialah macam biasa. Good luck kepada semua!


Kenduri di padang bola

27 Julai 2013 - Pada malam ni ada buat kenduri sikit kat rumah Kak Long. Kami pun datanglah pada waktu malam, dengan membawa bingkisan potluck berupa sambal goreng Jawa. Ramai jugak saudara-mara dan jiran-jiran yang dijemput menghadiri kenduri ini. Berbaris meja kat porch, dan siap pasang khemah kecil. Manalah tau, kot-kot hujan akan turun nanti.

Antara jiran-jiran rapat yang hadir.
Pakcik Karim dan Akid meraikan kenduri pada malam tu.
Emi dan Suraya mencedok makanan.
Hidayat sebagai juru gambar sambilan, turut mahu makan.
Berwuduk untuk solat isyak.
Fai  meletakkan air dalam gelas dan diletakkan di atas kereta. Tetiba kereta tu bergerak dan air tu khabarnya telah berjalan jauh sampai ke Singapura.
Faridz bermain dengan dua orang anak buahnya.
Abang Karim dan Abang Leman sedang browse internet pasal aktiviti memancing di Lautan Hindi. Mana tau, boleh terserempak dengan MH 370.
Geng akrab - Mukamil, Saleh, Amier dan Adam.
Hidayat dan Akid bercerita pasal kisah orang bujang. Safiah nak join sama.
Safiah dengan background Ardi dan Abang Hasni.
Ika dan Nurin bercerita pasal zaman kecil-kecil dulu.
Secara jujurnya, aku pun dah tak ingat ini kenduri apa. Tapi bertahlil sudah pasti dilakukan kalau ada kenduri seumpama ini. Orang masjid jugak datang, walaupun tak sebegitu ramai. Setelah selesai bertahlil, semua tetamu dijemput ke bahagian luar rumah untuk makan. Banyak betul makanan yang sedap-sedap. Main dish dia adalah nasi beriyani dan kari kambing. Memang sangat hebat. Banyak jugaklah aku makan. Dan makanan yang terbaki juga masih banyak untuk diagih-agihkan kepada ahli keluarga dan jiran-jiran.

Faridz dan Ali.
Sabriena nak cari orang yang sanggup mendukungnya.
Arif dan ayahnya, Pian.
Selepas tetamu semakin berkurang, ada dibuat majlis sambutan hari jadi di kalangan keluarga. Hari jadi ni spesel untuk Arif Daniel - cucu Kak Long dan Abang Zai. Kek dia pun spesel. Diperbuat daripada padang bola. Siap kena pinjam tiang gol dari Stadium Bukit Jalil lagi. Kek dia memang sangat cantik. Tapi perasa rumputlah, pasal memang bahan utama membuat kek ni ialah padang bola yang sebenar. Lepas nyanyi lagu Happy Birthday, kami sempat main bola kat atas kek padang bola ni. Dapat jugaklah aku buat hattrick setelah menggelcek beberapa orang anak buah aku. Bila dah selesai main bola, barulah kek tu dipotong untuk diagih-agihkan dan dimakan bersama-sama. Kami pulang setelah lewat malam. Memang seronok berkenduri macam ni.

Kek padang bola sepak yang ohsem.
Aku berjaya menjaringkan 3 biji gol dalam perlawanan ini.
Anak-anak buah sangat kagum dengan kek padang bola ini.
Meraikan birthday boy.
Pian dan Aniza mengendalikan majlis happy birthday ini.
Mukamil dan Adam tak sabar-sabar nak main bola atas kek ni.
Umur Arif genap setahun.
Sofia tolong tiupkan api lilin untuk adiknya.
Sofia mengagumi kek ini.
Sofia ingin berkenalan dengan salah sorang player kat padang bola.
Membantu Sofia menjamah cebisan kek.
Acara memotong kek (setelah kami puas bermain bola di atasnya).
Lepas potong kek, bolehlah makan kek ni beramai-ramai.
Pian baru nak makan. Masa ni perut Pian dah lapar tahap gabanic asteroid.
Hidayat sedang khusyuk melayan berita pasal kehilangan MH370.
Sabriena yang dipangku Saiful terkejut bila mendengar berita kehilngan MH370 di Lautan Hindi.
Reaksi anak-anak muda bila mendengar berita pasal MH370.
Mendukung cucu saudara.
Sedang memberi ceramah motivasi kepada anak-anak buah. Dan ceramah MLM kepada adik-beradik dan ipar.
Menikmati ayam bakar yang sangat enak.

Si mata merah!

21 Mac 2013 - Untuk seketika, aku rehat kejap dari masukkan entry dalam blog. Bukan sebab apa. Sebabnya ialah pasal mata aku kena penyakit merah Dracula yang kelihatan sangat mengerikan. Meh aku kisahkan lebih lanjut pasal perkara ni.

Pada hari Jumaat minggu lalu, ketika aku menghadiri satu meeting yang penting, tetiba kawan aku tegur aku, "Apasal hang punya mata?" "Mata aku kenapa? Tak rasa apa-apa pun?" jawabku pantas. "Cuba hang pi toilet, tengok sikit mata hang tu. Merah macam api!!!"

Lalu aku pun bergegas ke toilet. Tengok kat cermin. Wow! Memang merah betul! Tapi aku tak berasa pedih, atau sakit, atau kabur. Semua macam biasa. Cuma rupa dia aje yang sangat mengerikan. Tak apa. Aku habiskan meeting dulu. Dipendekkan cerita, aku habiskan waktu kerja aku di pejabat. Bila dekat maghrib, aku pun pergi ambil wife aku kat ofis dia. Wife aku yang nampak mata aku sangat merah, menasihati aku untuk berjumpa doktor pada malam tu jugak. Aku setuju. Dan kami pun pergilah ke Hospital Ampang Puteri di bahagian Emergency. 

Bila berjumpa doktor, doktor tanya aku sama ada mataku terkena hentakan, atau batuk kuat, atau bersin kuat. Aku menidakkan kesemuanya. Doktor suruh buat blood test. Blood test jugak okay. Kata doktor masalah ni tak kritikal. Tapi untuk memuaskan hati kami, aku pergi pulak jumpa pakar mata pada keesokan harinya.

Pakar mata nengok mata aku pakai kanta pembesar dan segala alatan menengok mata yang canggih. Doktor kata, ada darah beku dalam mata aku. Kemerahan pada mata aku boleh hilang dalam masa dua hingga tiga minggu. Aku pun keluar dari klinik dengan perasaan lega. Tapi aku dinasihati untuk membuat kaca mata bagi kategori rabun dekat. Penyakit orang tualah tu.

Merujuk kepada kata-kata beberapa orang doktor yang kami jumpa, dan merujuk kepada internet jugak, mata merah ni boleh disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

1. Batuk tersangat kuat
2. Bersin tersangat kuat
3. Muntah pada tahap gaban
4. Tekanan darah naik secara mendadak
5. Mata kena stress sebab merenung benda dekat lama sangat
6. Sakit mata
7. Gosok mata secara bersungguh-sungguh
8. Mata tercucuk bulu mata
9. Mata tercucuk dengan jari
10. Mata terhentak dengan bola golf
11. Mata kena cucuk dengan garfu macam Kassim Selamat
12. Mata kena lastik oleh budak nakal
13. Mata kena laser dengan X-Men
14. Tertukar mata dengan Dracula
15. Macam-macam lagilah

Sekarang keadaan mataku dah jauh lebih okay. Dan aku dah buat cermin mata pun. Tapi aku cuma pakai cermin mata kalau nak baca tulisan-tulisan kecil masa kat ofis. Tu jelah.

Kekadang mataku boleh keluar laser!

Tuesday, March 18, 2014

Menyambut tetamu pada 3 Syawal 2013

10 Ogos 2013 - Pada hari Syawal ini kami menyambut tetamu lagi. Kami tak buat open house macam pada tahun-tahun sebelum ni. Tapi kami buat makan-makan kecil-kecilan bagi menjamu tetamu yang datang secara runcit. Bukan borong. Antara yang datang pada hari tu ialah keluarga Pian, keluarga Kak Esah, keluarga Kak Timah, keluarga Abang Khalid, Keluarga Ardi dan keluarga Abang Zahid.

Para tetamu tengah tengok berita kat tv pasal kehilangan kapalterbang MAS MH 370.
Ooohhh... Rupanya bukan berita terkini. Tapi berita akan datang. Next change.
Abang Khalid dan Kak Shida turut datang.
Kak Uda dan Kak Timah.
Yaya yang paling lama menghadap makanan kat meja makan.
Syakirah bersama Sabriena dan Yana.
Nana dan Taufiq selepas makan.
Meriah jugak apabila tetamu di kalangan keluarga berkumpul ramai-ramai dan berborak sakan sambil makan minum hidangan yang disajikan. Nampak para tetamu pun enjoy makan-makan. Tapi apa menunya, aku pun dah tak ingat. Burger ayam kot. Terima kasihlah kepada semua tetamu yang sudi singgah ke rumah kami untuk meraikan hari raya pada tahun ini.

Kawan dan sepupu rapat - Syakirah dan Nicha.
Bergambar bersama anak-anak buah.
Bersama Nicha.
Bersama kekanda-kekanda tersayang - Kak Uda dan Kak Esah.
Bersama Nana pulak.
Aku dan Abang Zahid.
Sabriena selesa dengan kakak sepupunya.
Ardi sedang menikmati air teh panas berais.
Masa untuk menghadap kuih raya pulak.
Taufiq sedang call Pizza Hut pasal makanan kat rumah dah habis.
Zila, Yaya dan Kak Esah.
"Mulut saya comot. Cuba teka, saya makan apa?"