Malam semalam, selepas solat isyak, aku dan isteri telah menghala straight ke Jalan Eaton, di kawasan kediaman ibu PM kita, Tun Hajjah Rahah. Ada majlis perkahwinan kat situ. Office mate wife aku, Linda yang menjemput kami datang. Adik dia yang kahwin. Ayah kawan wife aku tu, Datuk Idris adalah orang penting dalam keluarga PM kita tu. Rumah dia pun terletak di dalam perkarangan yang sama. Ini kira masuk kali kedua kami ke situ.
|
Sekitar khemah majlis. |
|
Peluang bersalaman dengan PM. PM agak gemuruh kerana teruja dapat bersalaman dengan aku, hinggakan bergetar gambarnya. |
Mula-mula aku ingatkan kami dah lambat. Maklumlah, majlis bermula kira-kira jam 7 malam. Bila kami sampai kat kawasan Jalan Eaton, punyalah banyak kereta yang parking kat tepi jalan. Tepi jalan besar Tun Razak pun banyak kereta yang orang parking. Sesak sikitlah flow kenderaan kat kawasan tu. Tapi polis tak boleh nak saman, pasal ini melibatkan acara yang turut dihadiri oleh YAB PM. Dalam khemah besar yang dihias cantik, penuh dengan meja makan. Dan meja-meja tu pulak penuh dengan tetamu dari pelbagai lapisan usia dan kaum. Kami mencari-cari jugak teman-teman yang kami kenal. Dan turut mencari-cari tempat duduk yang masih kosong. Akhirnya wife aku jumpa beberapa seat kosong kat tepi karpet merah - laluan pasangan mempelai. Kami pun duduklah di situ.
|
Ketibaan pengantin muda. |
|
Pengiring kanak-kanak perempuan. |
Tak lama kemudian, terdengarlah bunyi siren polis. Kami ingatkan polis tengah kejar penjahat yang merompak Bank RHB. Rupa-rupanya itu adalah petanda VVIP sudah sampai menghadiri majlis. Dan VVIP itu adalah YAB PM Malaysia. Aku dan wife yang kebetulan duduk kat sebalah red carpet, pun berdirilah. Aku ambil kesempatan bersalaman dengan PM Najib. Dan isteri aku sempat jugak bersalaman dengan isteri PM, Datin Sri Rosmah. Kuat genggaman isteri PM, kata isteriku. Itulah first time kami bersalaman dengan orang-orang besar negara.
|
Pengiring kanak-kanak lelaki. |
|
Pengantin muda - kedua mempelai. |
|
Kami enter frame kejap. |
Kami mengambil makanan kat buffet. Dan makan ala kadarnya. Kemudian isteriku ambil pulak kuih apam balik, dan kami makan dessert tu sebelum berlegar-legar untuk berborak dengan teman-teman lain yang hadir. Sempat jugak kami mengambil shot PM tengah makan kat meja makan pengantin. Oh ya. Sebenarnya pada malam tu, aku terlupa pulak nak bawak kamera hikmat aku. Jadi semua shot pakai I-phone ajelah gamaknya. Jadi kualiti gambar-gambar ni memang tak berapa sharp-lah. tapi kira okay jugaklah, daripada tak ada langsung. Setelah seketika berada di khemah majlis, kami pun beredar. Tak sempat berjumpa dengan tuan rumah pun. Isteriku sekadar berjumpa dengan kakak kepada kawan ofisnya dan mengucapkan berbanyak terima kasih. Memang satu pengalaman baru bagi kami pada malam tu...
|
Ramai sungguh orang yang datang - nak tengok pengantin, dan nak tengok PM. |
|
Khemah ni penuh warna warni. |
|
PM dan Datuk Seri Zahid Hamidi di meja santapan pengantin. |
|
Aku tak dapat nengok apa juadah yang mereka makan, pasal semua juadah kena block dengan deretan bunga di atas meja. |
|
Tak berani aku datang terlalu dekat. Nanti bodyguard dia tangkap aku. |
|
Bersama Fidah, kawan sepejabat. |
|
Last post sebelum kami semua pulang ke rumah. |
No comments:
Post a Comment