Okay. Sekarang aku nak kisahkan pulak bahagian kedua pertemuan warge ex-MRSM Pengkalan Chepa batched ke-6 (atau lebih glamer dikenali sebagai warga WATTOP). Bila waktu solat asar makin dekat, maka makin ramailah kengkawan yang datang ke rumah Hj Roy. Sorang-sorang datang bertandang. Ada yang datang bersama keluarga besar (macam Mus Boboque), dan ada jugak yang datang bujang (macam Izam Belon - yang memang pun bujang). Bercakap pasal nama Hj Roy, aku rasa, dulu mungkin mengambil sempena perutnya yang agak tough (a.k.a. boroi). Tapi sekarang dah semakin ramai di kalangan kengkawan yang jugak layak dipanggil Roy. Aku tak terkecuali. He he he...
|
Makan ajelah apa-apa yang tinggal dan masih boleh dimakan. |
|
Korum persidangan semakin ramai. |
|
Sekejap lagi persidangan akan bermula. |
|
Tengah tunggu giliran untuk karaoke. Ada sessi karaoke ke? |
Bila dah ramai, maka hingarlah seluruh kawasan Kubu Gajah sehinggakan gajah-gajah yang masih bermukim kat situ terus lari meninggalkan daerah masing-masing dan pergi merantau ke overseas. Kawan lama aku yang dah laaaaaaaaammmmmaaaaaaa sangat aku tak jumpa ialah Rashid Othman. Nasib baik jugaklah aku ada berkomunikasi dengan beliau di laman Facebook. Jadi dapat jugaklah aku nengok dan mencam wajah beliau. Raut muka dan susuk tubuh memang dah jauh berubah. Kalau selisih pun belum tentu aku boleh cam.
|
Nasri Nyok dan keluarga. |
|
Rafi dan JJ. JJ sebenarnya dah sudah makan. Tapi pasal tak ada aktiviti lain yang disediakan, makan dia pun terus sambung makan lagi. |
|
Wen sedang menunjukkan arah menuju ke Kubu Zirafah (Karam Singh Walia style). |
Kami minta diri untuk pulang sebelum waktu asar tiba. Kena cari masjid nak solat zuhur dulu. Cuaca pun macam ala-ala nak hujan. Jadi sebelum ada yang balik pulang, kami bergambar dululah beramai-ramai. Macam ambil gambar untuk majalah sekolah dulu. Kecoh jugaklah suasana bila semua karaktor yang hebat-hebat ini bergabung dengan gelagat masing-masing. Sebagai penutup majlis, aku sempat jugak bergambar dengan Hj Roy kat luar rumah. Maklumlah, nak kenang zaman dulu-dulu ketika rumah kami cuma terpisah kira-kira sepelaung aje jaraknya. Tahniah Hj Roy. Kami menunggu ketibaan adik Md. Rizqi Ramdhani pulak.
|
Mat Spring dengan keluarga tersayang. |
|
Kapok, Mat Jen dan Nyok. |
|
Abu Hurairah Abu Hanifah - sampai lambat sikit. |
|
Rafi dan Rashid a.k.a. Pok Shade (dorm mate aku dulu). |
|
Mazeli (tengah) yang sampai lewat sedang menceritakan detik-detik cemas ketika bertembung dengan gajah Afrika sebelum tiba di rumah Hj Roy. |
|
Pok Hair datang dengan keluarga. |
|
Daging kambing dah habis. Mazeli terpaksa menjamu daging gajah pulak. |
|
Mazeli tersentak dari makan, bila Mail Shah dan Lias datang mencelah. |
|
Mat Jen dan Hazli. |
|
Nuar (kiri) baru je sampai. |
|
Bergambar ramai-ramai. Ada sepuluh orang kat sini. |
|
Bergambar ramai-ramai. Dah meningkat jadi 17 orang. |
|
Bergambar ramai-ramai. Semakin bertambah kepada 20 orang. |
|
Bergambar ramai-ramai. Kini semakin meningkat hingga menjadi 23 orang. |
|
Bergambar ramai-ramai. "Say cumvingggg!!!" |
|
Bergambar kenangan dengan Hj Roy. Masa ni aku sengaja mengempiskan perut aku lebih-lebih sikit biar perut Hj Roy lebih nampak terserlah. He he he... |
No comments:
Post a Comment