Dah lama sungguh aku tak menulis kat sini. Maknanya semenjak beberapa minggu sudah ni, aku memang terhimpit di tengah-tengah kekalutan dan kesibukan kerja yang sangat dahsyat. Semua benda nak kena siap sebelum Krismas, pasal geng-geng mat saleh nak bercuti panjang sampai tahun baru. Itulah bahana bekerja dengan orang putih. Ni barulah aku dapat ruang untuk bernafas sikit. Meh aku nak kisahkan satu kisah lama pasal upacara hari jadi cucu saudaraku, Haikal di Mid Valley.
|
Haikal menyambut hari jadinya yang kedua tahun. |
|
Lokasi majlis hari jadi. Memang kanak-kanak sangat sukakan lokasi ni. |
Aku rasa dah lebih sebulan peristiwa keraian ni berlalu. Kami dapat undangan dari mak ayah Haikal, Zuan dan Seri untuk ke majlis ni. Maka pada tengah hari selepas solat zuhur, kami pun menghalalah ke Mid Valley. Dah berzaman aku tak pergi ke Mid Valley. Aku agak fobia untuk ke sana pasal kadar jam yang sangat teruk telah dikenalpasti. Sesampainya di Mid Valley, kami pun carilah satu tempat bernama Kid's e World - tempat permainan kanak-kanak riang. Kat situlah acara majlis akan diadakan. Kami daftarlah nama kami kat kaunter pendaftaran. Pakai stokin, dipakaikan gelang kertas, dan terus kami ke dalam.
|
Dari parking, kami melalui lorong yang misteri ini sebelum sampai ke destinasi. |
|
Zuan bertugas di meja pendaftaran. |
|
Mendaftar nama sebelum masuk ke dalam. |
Di dalam telah ada ramai para tetamu yang hadir. Makanan jugak telah banyak terhidang. Tapi para tetamu macam malu-malu nak makan. Atau mungkin masih belum dijemput makan kot. Aku yang kebetulan sangat lapar bak pelarian Afrika, talah menebalkan muka dan terus ke meja juadah. Pinggan sebesar talam kucapai. Makanan dari semua jenis telah kucedok dan kuletakkan ke dalam pingganku. Penuh satu pinggan. Aku happy. Sangat happy, pasal lepas ni aku boleh makan sampai gemuk! Dan aku cari tempat duduk yang strategik, dan acara menyuap makanan ke dalam mulutku pun berlangsunglah. Nyamph nyamph nyamph...
|
Yana dan Wanie terus cari makan. |
|
Amier sangat teruja dapat makan sosej dan nugget ayam. |
|
Sabriena jugak sangat selesa di sini. |
Juadah yang disajikan sangatlah pelbagai dan enak-enak belaka. Ada nasi goreng, bihun goreng, mi goreng, ada ikan goreng, ada kuih muih, ada ayam goreng, sosej goreng, kentang goreng, dan segala macam makanan yang goreng-goreng, rebus-rebus, serta steam jugak. Tapi yang menjadi favourite aku ialah agar-agar kenyal bagaikan getah pemadam Stabilo. Tapi rasa dia sangat sedap, dan rupa dia jugak sangat menarik. Tapi dalam banyak-banyak makanan yang terhidang, ada satu makanan yang sangat unik design dia. Itulah dia kek hari jadi Haikal berbentuk karaktor kartun Barney. Sangat kreatif. Rasa kek tu pun ada ala-ala macam rasa dinosaur jugak.
|
Kek hari jadi perasa dinosaur yang sangat hebat. |
|
Bergambar dengan T-Rex bernama Barney. |
Majlis tu turut dimeriahkan dengan kehadiran maskot birthday iaitu seekor raksasa purba T-Rex. Masa mula-mula dinosaur tu sampai, semua hadirin bertempiaran lari sebab takut dibaham oleh haiwan purba yang memang telah diketahui umum sangat ganas dan agresif tu. Tapi setelah ditenteramkan oleh pihak penganjur, barulah kami tahu itu sebenarnya sejenis dinosaur T-Rex yang telah jinak dan namanya ialah Barney. Bila kami telah mula yakin dengan keperamahan dinosaur tu, barulah kami berani mendekati dan bergambar dengan Barney.
|
Menjamu selera. |
|
Hairi dan Abang Ngah. |
|
Kak Enon turut meraikan ulang tahun cucunya. |
|
Adrian ditemani atuk dan ibunya. |
|
Nadia dan Azira. |
|
Keluarga Adha turut hadir. |
|
Zuan jadi pengacara majlis. |
|
Kakak dan adik. |
|
Zuan mendukung Haikal yang sedang memegang dua pucuk senapang patah. |
|
Dah sudah makan. Sedang mendengar taklimat hari jadi. |
|
Haikal bersama mama dan papa. |
|
Tema majlis ialah purple dan hijau. Tapi aku pakai baju warna merah. |
|
Beramah mesra dengan Barney. |
Acara kemuncak pada petang tu ialah acara menyanyikan lagu Birthday dan memotong kek. Sebelum memotong kek, dan sesudah lagu Birthday dinyanyikan, masing-masing telah menarik picu senapang patah. Bunyi das tembakan senapang patah berdentum-dentum berbunyi, menggegarkan seluruh Kawasan Mid Valley. Nasib baiklah pelurunya cuma serpihan kertas kilat. Bila ditembak, maka berterbanganlah peluru kilat tu dan jatuh ke atas pinggan yang berisi makanan. Habis rosak semua makanan dalam pinggan pasal dah bercampur dengan peluru kilat. Sebelah tangan aku pulak telah terkena tembakan tepat jarak dekat. Yang menembaknya pulak ialah Emi. Dia menghadapi masalah ketika nak menarik picu senapang yang sangat ketat tu. Dalam pada dia terkial-kial nak menembak, tertembaklah tangan kanan aku yang sedang memegang kamera. Nasib baik tak cedara parah.
Bersambung...
|
Acara menembak ke udara. |
|
Habis semua makanan di atas meja rosak terkena serpihan peluru kilat. |
|
Bersedia untuk memotong kek. |
|
Bergambar dengan Barney yang mesra pelanggan. |
No comments:
Post a Comment