Majlis meraikan hari jadi cucu saudaraku, Haikal yang kedua tahun telah berlangsung lebih sebulan lepas. Keraian ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran dinosaur ganas yang jinak, sejenis T-Rex yang bernama Barney. Barney memang sangat mesra dengan kanak-kanak. Dengan orang dewasa pun dia mesra jugak. Maklumlah, masa kecil-kecil dulu tak berkesempatan nak berdamping dengan Barney. Bila dah besar dan usia dah meningkat nilah baru kami semua nak ambil kesempatan bergambar dengan watak yang sangat popular di kalangan kanak-kanak ni.
|
Bergambar dengan Barney lagi. |
|
Semua orang tak tahu, sama ada mamat yang jadi Barney tu tengah masam atau senyum. |
|
Huda, Hairi dan Nadia serta anak-anak tak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Barney. |
|
Seluruh keluarga besar turut bergambar dengan karaktor yang popular tu. |
|
Aku dengan tanganku yang telah terkena tembakan senapang patah. |
Selain dari tu, ada jugak make-up artis yang jadi tukang conteng muka orang. Habis semua muka para tetamu diconteng dengan pelbagai gambar, termasuklah gambar Popeye, gambar rama-rama, gambar bunga, gambar kartun, gambar peta dunia, gambar enjin kereta kebal Russia, gambar Barrack Obama dan segala jenis gambar yang dipamerkan kat Galeri Seni Negara. Nasib baik jugaklah muka aku tak kena conteng.
|
Muka Emi kena hias dengan Popeye the Sailor Man. |
|
Emi, Barney dan Azira. |
|
Abang Ngah pun tumpang berposing dengan Barney. |
|
Badut yang menghiburkan. |
|
Amier sedang bermain-main di kawasan permainan yang luas. |
|
Tiba-tiba Amier dan Wanie telah terperangkap di dalam jaring yang telah dipasang oleh nelayan pukat tunda. |
|
Wanie menjadi gergasi setelah terkena pancaran ultrasonic dari senapang laser. |
Dan untuk memeriahkan lagi suasana, turut dijemput seorang badut yang jugak mesra pelanggan. Badut tu buat macam-macam objek pakai belon panjang. Cekap betul dia buat kerja kreatif tu. Isteri aku dapat bunga belon. Amier dapat pedang belon. Aku pulak ada mintak special request, suruh badut tu buatkan aku enjin bas ekspres dua tingkat pakai belon. Sampai sekarang badut tu masih belum lagi buatkan untuk aku permintaan aku itu. Badut tu jugak kemudiannya membuat persembahan silap mata secara humor. Semua hadirin nampaknya memang terhibur dengan gelagat badut tu. Tapi aku nengok bebudak kecil macam buat muka stone aje bila menonton aksi badut tu. Mungkin bagi mereka persembahan badut tu agak terlalu kompleks untuk difahami.
|
Syahmie bergambar dengan badut. |
|
Isteriku dengan anak-anak saudara. Sabriena tumpang enter frame sekali. |
|
Bunga belon yang dihadiahkan kepada isteriku oleh badut tadi. |
|
Syakira suka terkejut. Hari-hari Syakira terkejut. |
|
Lagi berposing dengan Barney. |
|
Pintu masuk ke Kid's e World. |
|
Syahmie ulang makan untuk kali yang kesepuluh round. |
|
Ali dan Amin baru nak makan pasal datang agak lambat sikit. |
|
Abang Ngah dengan topi ala serbannya. |
|
Badut sedang membuat silap mata. |
Ada jugak di kalangan saudara mara yang datang agak terlambat sikit. Tapi tak kisahlah, pasal makanan masih berlambak-lambak lagi. Dan suasana masih meriah dan ceria. Dan kanak-kanak sangat berasa teruja bila dapat bermain di medan permainan playground yang sangat luas dan pelbagai. Memang lokasi macam ni sangat sesuai untuk dibuat birthday party pasal kanak-kanak sangat happy dan ceria bila dapat bergerak bebas di kawasan yang terkawal dan selamat.
Bersambung...
|
Nicha, Abby, Syafiq dan Ika baru nak mengisi perut dengan juadah enak yang disajikan. |
|
Abby, Syafiq dan Ika. |
|
Nicha sedang mencucuk tekaknya dengan garfu. Owch! Owch! |
No comments:
Post a Comment