Kat Malaysia ni memang banyak betul mamak. Makanya, kedai mamak pun mestilah banyak. Walau pun nama kedai lain-lain (seperti Marhabbah, Ikhwan, Tawakkal, Ihsan, Insaf, Taubat, Menyesal, dan lain-lain), tapi menu masakannya lebih kurang sama aje. Cuma ada yang lebih sedap sikit dari yang lain-lainnya. Pada satu malam tu, selepas kami menziarahi Kak Long kat Hospital Damansara, dan selepas solat maghrib, kami pun pergilah cari makan kat daerah Taman Tun Dr Ismail. Isteri aku kata, dulu dia pernah makan kat satu kedai mamak yang ada buat sejenis roti nan yang sangat special. Jadi kami pun mencuba-cubalah untuk mencari kat manakah kedai yang dimaksudkan itu. Akhirnya, wife aku kata, "Pergi ajelah kat kedai yang tu". Dan bila sampai kat kedai yang bernama Restoran Istilah tu, rupanya kami telah salah kedai. Ah! Tak apalah. Makan ajelah apa yang ada.
|
Melayan I-pad sebelum makanan sampai. |
|
Sesiapa yang berminat, boleh jugak main dam haji kat atas lantai. |
Kesemua kami telah meng-order maggi goreng dengan telur mata setiap sorang. Berselera jugak kami makan, walaupun masakannya tak begitu mengancam. Dan macam selalu, yang makan paling banyak ialah Amier. Bahagian wife aku yang tak habis, dialah yang tolong bagi habis. Nampaknya kempunan jugaklah aku nak makan roti nan special yang sering diperkata-katakan oleh segenap pelusuk benua di Nusantara ini. Malam tu, aku tidur air liur meleleh dengan banyaknya sehingga menguyupkan bantal tempat aku melabuhkan kepalaku. Inilah bahana kempunan roti nan special.
|
Menjamu selera dengan maggi goreng dan telur mata. |
|
Amier paling last habis, dan paling banyak makan jugak. |
No comments:
Post a Comment