Anak saudara aku, Farid Mansor memang sangat popular masa dia belajar kat MRSM Merbok, Kedah dulu. Kengkawan dia selalu datang rumah ramai-ramai, bermalam dan buat lawatan kat KL. Walaupun kengkawan Farid ni duduk jauh di sebelah utara, namun mereka tetap turun ke KL nak lepak-lepak dengan Farid.
Sekarang Farid dah masuk universiti. Tapi kengkawan dari utaranya masih jugak datang turun ke KL nak jumpa Farid. Kekadang untuk tengok bola sama-sama. Kekadang sekadar nak lepak-lepak aje. Lebih sebulan lepas, ada kira-kira lapan atau sembilan kawan Farid datang KL. Mereka makan malam kat rumah kami. Semua datang dari utara. Ada yang dari Kedah, ada dari Penang, ada dari Perak, ada dari Perlis, dan yang paling jauh datang dari kutub utara. Pokok pangkalnya, semua dari sebelah utara. Kalau dah berkumpul tu, masing-masing akan speaking loghat utaralah. Termasuklah Farid sekali. Aku rasa sampai beranak pinak pun geng-geng ni akan selalu bersama. Samalah macam geng-geng sekolah menengah aku jugak (MRSM Kota Bahru).
|
Kawan-kawan Farid semuanya kuat makan. Sama macam Farid jugak. |
|
Tulang ayam jugak habis dimakan. Bagaikan piranha. |
|
Mereka ni semua rajin bertegur sapa. |
|
Farid (tengah) sedang melayan kengkawannya. |
|
Kawan kamcheng hingga ke anak cucu. |
|
Kumpulan gagak hitam kot??? |
No comments:
Post a Comment