Kami masih bermain badminton dari minggu ke minggu. Masa mula-mula aku buat booking court hari Rabu dulu, memang tak ramai yang boleh datang. Mungkin hari Rabu tu hari semua orang sibuk kot. Malah aku sendiri pun selalu datang lewat ke gelanggang, pasal biasanya pada hari Khamis aku ada meeting dan presentation besar jumpa client. Jadi hari Rabu tu aku akan kelam kabut menyiapkan apa-apa yang patut sebelum meeting. Tapi lama-kelamaan, menjelang tahun baru, telah semakin ramai saudara mara yang datang main badminton balik. Suasana kembali ceria macam dulu-dulu. Dan pastinya masa musim cuti sekolah ni, anak-anak aku, Syahmie dan Amier akan join sekali ke gelanggang. Wife aku pun kekadang ikut kami minum-minum selepas habis game.
|
Isteriku ikut minum-minum kat gerai berdekatan. |
|
Ali dan Amin - dua sepupu yang bukan berjiran, tetapi seperti adik-beradik. |
Ada satu minggu tu Amier ikut pergi minum. Dia nak order fish & chips. Tapi mama dia tersalah order spaghetti. Bila spaghetti sampai, Amier kata bukan dia punya pesanan. Tapi dia bedal jugak spaghetti tu. Lepas tu dia suruh mama dia order jugak fish & chips. Dan bila fish & chips sampai, itu pun dia bedal sama. Waaahhh! Banyak betul Amier makan pada malam tu! Lepas tu dia tersandar tak selesa pasal perut dia dah keras pasal terlalu kenyang. Untuk Januari tahun depan, aku mungkin kena try booking court hari lain kot. Bukan hari Rabu. Tapi bergantung jugak pada kekosongan yang ada. First come, first serve. Pokok pangkalnya, setiap minggu mesti kena ada harinya untuk kami exercise dan berkumpul ramai-ramai sesama anak-anak buah, biras dan ipar-duai.
|
Amin dan Syahmie. |
No comments:
Post a Comment