Majlis hari jadi Haikal menyambut usianya dua tahun telah berlangsung di Kid's e World, Mid Valley dengan sangat lancar. Acara-acara telah dilangsungkan oleh organiser dengan tertib sekali. Para tetamu juga nampak gembira ria semuanya dengan pakaian yang cantik-cantik mengikut tema purple-hijau. Suasana majlis tu sebenarnya sangat warna-warni dan cantik. Tapi oleh kerana aku cuma pakai kamera auto focus yang tak berapa mahal, jadi gambarnya taklah seceria yang sebenarnya tergambar di alam realiti. Di sinilah tempat saudara-mara dan handai taulan berkumpul dan berinteraksi.
|
Ali dan Amin sedang terhibur dengan telatah Encik Badut. |
|
Amier dan Salleh nengok aksi badut dengan penuh kehairanan. |
|
Makhluk asing dari planet Musytari ini turun ke bumi untuk meraikan hari jadi Haikal. |
|
Sabriena didampingi Ika dan Nadia. |
Bila semua acara telah dijalankan (seperti potong kek, letupkan senapang, nyanyi lagu Birthday, makan-makan, pertunjukan silap mata, sembang-sembang), maka kanak-kanak pun, terutamanya Amier, terus aje meluru ke lapangan permainan yang terletak bersebelahan dengan tempat majlis hari jadi. Kawasan yang terkawal dengan alatan permainan yang pelbagai dan selamat itu telah menarik minat ramai kanak-kanak untuk bermain dengan gembiranya. Aku nengok ada jugak beberapa orang dewasa (macam anak-anak buah aku) yang tak dapat menahan kegeraman lalu bermain menggunakan peralatan yang disediakan untuk budak-budak kecil. Bila penyelia tempat tu nampak ada orang dewasa yang tumpang main, lalu penyelia tu pun menegur, "Itu mainan untuk budak-budak comel only, maaaa... Lu olang sudah busat, belat dan tatak comel maaaa... Tatak boleh main sini looooohhh..." Maka anak-anak buah ku yang terlibat (tak nak sebut nama) pun terpaksalah beredar dari situ dengan perasaan sangat hampa. Yang sangat enjoy tentunya kanak-kanak seperti Amier dan Salleh!
|
Salleh dan Amier sangat happy dapat main mainan. |
|
Yana tumpang sekaki main mainan budak kecil. |
|
Salleh baru keluar dari terowong Smart Tunnel. |
|
Kak Sapeah dan Kak Timah. |
Bila dah puas main, tentunya kanak-kanak ini jadi penat dan haus. Malah orang besar macam aku ni pun penat jugak nak menjaga anak-anak aku yang berlari ke sana ke mari sesuka hati. Organiser terpaksa tambah lagi bertong-tong air minuman untuk dijamu kepada para tetamu yang kehausan.
|
Hairi yang kehausan. |
|
Syafiq dan Nana. Syafiq kononnya camera shy. |
|
Aeda dan Kak Uda. Garfu tu mungkin tersangkut kat gigi Kak Uda kot. |
|
'Good' dan 'peace' adalah dua gabungan yang mantop. |
|
"Jangan Ika! Jangan makan Sabriena!!!" Syahmie pulak tengah korek gigi. |
|
Abang Ngah, Ika dan Sabriena. |
|
Nadia, Adrian dan Kak Uda. |
|
Amier selamat keluar dari sebuah terowong yang dalam. |
|
Wanie sedang bertapa. |
|
Amier di terowong yang lain pulak. |
|
Amier sedih bila kami ajak dia balik. |
Setelah semua acara beres, dan anak-anak pun dah puas main, maka kami mintak dirilah untuk pulang. Masa aku ajak Amier balik, dia buat muka sedih, pasal bagi Amier dia masih belum puas berlegar-legar kat kawasan permainan yang sangat hebat itu. Tapi kami terpaksa balik jugak. Akhirnya Amier akur dengan perintah kami.
|
Kak Uda menidurkan Sabriena. |
|
Bergambar ramai-ramai sebelum pulang. |
Sebelum balik, kami sempat singgah pulak kat satu tempat permainan X-Rider 3D/4D movie yang terletak di sebelah Kid's e World. Isteriku, Syahmie, Wanie dan Yana masuk ke dalam untuk merasai pengalaman menengok wayang 4D yang sangat mengerikan itu. Aku teman Amier kat luar. Aku memang tak tergamak nak masuk ke panggung kecil tu pasal perut aku tengah penuh dan terasa loya pulak tu. Silap-silap hari bulan, aku boleh muntah-muntah bila masuk dalam panggung 4D tu. Amier pulak berasa agak takut-takut. Jadi dia pun tunggu kat luar dengan aku. Dah habis pengalaman yang mengerikan tu, barulah kami balik. Terima kasih kepada Zuan dan Seri kerana telah menjemput kami sekeluarga menikmati pengalaman yang hebat di dalam majlis yang jugak hebat ini.
Tamat.
|
Bersiap sedia sebelum memasuki alam 4D. |
|
Pintu masuk X-Rider. |
|
Kaunter X-Rider. |
|
Masing-masing mengambil tempat duduk. |
|
Ok, ready. Pengembaraan akan dimulakan. |
|
Ada screen di luar yang menunjukkan apa yang berlaku di dalam. |
|
Isteriku, Syahmie, Wanie dan Yana sedang melalui alam 4D yang mengerikan. |
|
Semua dah selamat sampai ke dunia nyata. Leganya... |
No comments:
Post a Comment