m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, December 4, 2012

Persidangan Wattop di teratak Roy: Bahagian 1

Wah! Ini cerita lama. Memang sangat lama. Dah boleh dikategorikan sebagai cerita purbawala zaman Sultan Mahmud mangkat di julang. Tapi tak apalah. Cerita lama pun ada jugak syioknya kalau dilayan. Begini ceritanya... Pada kira-kira beberapa bulan lepas, aku dapatlah jemputan melalui emel dan FB dari kawan MRSM aku, Hj Fazli a.k.a Hj Roy, menjemput ke rumahnya pasal ada kenduri aqiqah menyambut anak sulungnya yang bernama Muhammad Rizqi Ramdhani.

Kek cokelat -cenderahati yang enak dimakan.
Antara pendatang-pendatang awal ke majlis.
Rumah Hj Roy  terletak di atas tanah, di daerah Sungai Buluh, kat Kampung Kubu Gajah. Kami sangat teruja bila mendapat tahu yang lokasi rumah Hj Roy kat kawasan tu. Lalu aku secara peribadi telah siap-siap pakai baju safari, menaiki 4x4 yang paling ganas dan lasak sekali, untuk meredah kawasan terpencil menuju rumah Hj Roy. Aku siap bawak teropong bagi meninjau kehadiran gajah-gajah liar yang dijangka akan banyak berkeliaran kat kawasan yang hendak dituju. Kami bertolak dari arah Kelana Jaya. Kami ikut jalan pintas yang paling mencabar sekali. Kami tak ikut highway, sebaliknya kami ikut denai-denai hutan. Kami tak ikut laluan darat, sebaliknya mengikut laluan berpaya. Ini semua untuk mendapatkan 'feel' ketika masuk di kawasan kubu gajah. Tetapi alagkah kecewanya kami, sekor anak gajah pun kami tak jumpa. Rupanya nama hanya tinggal nama. Semua gajah telah berhijrah beramai-ramai ke zoo-zoo seluruh Malaysia. Kami memang agak hampa. 

Sedang menikmati juadah.
Isteri dan isteri berbual pasal suami masing-masing.
Che Hab panas hati, sampai berpeluh-peluh, bila mendapat tahu kambing yang disaji tak pernah mandi pagi.
Kami bukan yang terawal sampai kat rumah Hj Roy. Ketika kami sampai, beberapa orang kengkawan yang lain telahpun duduk bersembang sesama sendiri di bawah khemah tetamu. Antara yang datang awal termasuklah Mus Boboque, Mat Jen Kuda, dan Che Hab. Setelah menegur tuan rumah dengan sapaan, "Hi bro!", aku pun terus menerpa ke arah meja hidangan dan mencapai apa-apa saja lauk yang boleh dimakan. Dan target utama aku tentunya kambing (kengkawan aku istilahkan sebagai cumving). Kambing kat rumah Hj Roy dimasak dalam dua jenis resipi. Satu, sup kambing berempah Timur Tengah. Dan dua, kambing masak kicap perasa biri-biri. Kedua-duanya pun sama-sama hebat keenakannya. Nasib baik aku datang awal sikit, sebab masakan kambing kat rumah Hj Roy nampaknya begitu cepat larisnya.

Kembar siam tak seiras - tarikh lahir kami sama. Karaktor lain-lan.
Sambung makan sampai muntah.
Masih menanti kengkawan lain datang.
Halm Petai frust sebab sup kambing tak letak petai.
Kaum ibu lepak kat dalam rumah - lebih nyaman.
Selain dari masakan kambing, terdapat jugak menu lain seperti masakan Al-Arabia - nasi Arab Saudi, kebab, dan roti pita. Ada pulak kat satu sudut tu disediakan hidangan mi rebus. Macam-macam jenis masakan yang disajikan untuk para tetamu. Sebijik macam kat pasar Ramadhan - mengambil sempena nama anak Ramdhani kot. Kami semua memang puas makan dan berasa sangat kenyang.

Hj Roy dengan anak lelakinya.
Halim (kiri) tercekik tulang rusuk kambing kerana makan terlalu gelojoh.
Tulang rusuk kambing sebesar lengan budak tu akhirnya berjaya jugak ditelan Halim.
Kedua-duanya bersinar. Tapi tak siapa boleh lawan sinaran yang dipantulkan oleh Halim Petai.
Semakin ramai yang datang, termasuklah Jai, JJ, dan Izam.
Izam menyuap nasi sambil membuat isyarat 1 Malaysia.
Mael Shah (tengah) terkejut dengan berita kematian kambing aqiqah.
Muzmi baru sampai, menegur Izam dengan kata-kata, "Eeeeeeee makan tak ajak kawan..."
Kapok gembira dapat makan dengan kawan-kaan lama.
Semakin lewat petang, semakin ramailah kengkawan yang datang. Tak dapat aku nak sebutkan sorang-sorang namanya, pasal ada tak kurang dari seribu orang kengkawan dari sekolah menengah MRSM Pengkalan Chepa dulu. Bila dah jumpa kawan ramai-ramai, maka berboraklah kami sesuka hati. Macam-macam topik yang dibualkan, dari kategori yang berat seperti soal besi dan batu, hinggalah ke kategori yang ringan seperti soal kapas dan kertas. Dan aku pun terus ambil gambar semua kengkawan yang hadir, sambil memasang telinga mendengarkan cerita-cerita sensasi dari teman-teman lamaku.

Bersambung...

Jai mempersembahkan masakan Arab - roti pita ukur.
Ini gerai mi rebus. Satu mangkuk cuma RM7.50 aje.
Juadah hebat yang disajikan.
Aku memang sangat berkenan dengan sup kambing ni.

1 comment: