Pada beberapa minggu sudah, kami mendapat jemputan dari seorang kawan ofis wife aku, Ana, ajak ke rumah dia bagi meraikan majlis hari jadi anak dia. Maka pada hari yang telah ditetapkan tu, kami pun pergilah ke sana, kat kawasan Putrajaya. Kami sampai tak terlalu awal dan tak terlalu lewat. Tetapi para tetamu yang lain telah ramai memenuhi ruang majlis.
|
Tema majlis hari jadi - Spiderman! |
|
Sampai-sampai aje, kami terus makan. |
Kami terus dijemput duduk dan makan segala jenis makanan yang terhidang. Memang banyak betul menu makanan yang disajikan kepada para tetamu. Dari masakan Melayu kepada masakan western. Semua ada. Yang aku sempat ambil termasuklah roti jala, sosej, pulut durian, kuih-muih, buah-buahan dan makanan saduran cokelat menggunakan chocolate fountain. Ada jugak tapai ubi yang aku plan nak makan, tapi terlupa nak ambil sampailah kami beredar dari rumah kawan kami tu.
|
Sabriena releks aje dipangku Azleen. |
|
Makanan kegemaran ramai - pulut dengan kuah durian. |
Majlis yang disambut agak sederhana tu dimeriahkan lagi dengan adanya seorang badut yang mengendalikan acara sampingan untuk anak-anak. Ada game yang macam-macam, ada silap mata dan ada cerita kelakar yang dikisahkan oleh encik badut kepada anak-anak semua. Dan bebudak nampaknya sangat terhibur dengan kehadiran encik badut tu.
|
Anak-anak sedang main game bola beracun. |
|
Encik Badut - walaupun mukamu tidak ku kenal, tettappey lobang hidong mu tottap menjadi pojaan hattey ku! |
|
Sabriena dapat belon special dari Encik Badut. |
|
Wanie makan strawberi bersalut cokelat. |
|
Anak-anak main game musical chair. |
|
Encik Badut pun main game musical chair sekali. |
|
Game ni memerlukan penyertaan ibu dan anak. |
Konsep hari jadi pada hari tu ialah 'Spiderman'. Atas kek ada Spiderman. Contengan pada muka pun ada wajah Spiderman. Malah ada para tetamu yang datang pakai baju Spiderman. Kami menunggu jugak kot-kot Spiderman yang betul-betul punya nak tiba kat majlis tu. Tunggu punya tunggu, Encik Spiderman tak jugak datang. Yang datang cuma spider aje.
|
Kek hari jadi. Encik Spiderman duduk tertenggek pasal terlalu penat melawan penjenayah. |
Acara kemuncak pada majlis tu ialah acara memotong kek. Semua para tetamu dan anak-anak berkumpul di laman. Kek hari jadi telah dipasangkan lilin. Dan lagu hari jadi pun dinyanyikan. Semua tetamu berdiri tegak, bagaikan sedang menyanyikan lagu Negaraku. Beberapa lagu lain turut dinyanyikan seperti lagu Keranamu, Janji Ditepati, Satu Malaysia, dan lagu Jalur Gemilang. Semua ini dinyanyikan sebagai persediaan untuk menyambut hari pilihanraya umum yang entah bila tarikhnya.
|
Bersiap sedia untuk menyanyikan lagu Happy Birthday. |
|
Menunggu rakan-rakan berkumpul di laman. |
|
Masing-masing meletupkan mercun penghambur serbuk warna-warni. |
|
Ruang udara dipenuhi serpihan warna-warni. |
|
Emre dengan ibu bapanya. |
|
Menyanyikan lagu Happy Birthday. |
|
Nyanyi lagu Negaraku pulak. |
|
Bergambar dengan teman-teman dan saudara-mara. |
|
Anak-anak tak sabar menanti kek dipotong. |
|
Encik Badut yang selalu buat majlis bertambah ceria. |
|
Satu lagi shot. Ok. Lepas ni potong kek. |
|
Amier menggunakan chocolate fountain. |
|
Dessert penutup buat kami. |
|
Encik Badut buat magic show. |
|
Yana gembira dapat ice-cream. |
Sebelum pulang, kami dibekalkan dengan pemberian berupa juadah ringan untuk kanak-kanak seperti gula-gula dan cokelat serta party pack. Isteriku sempat berborak-borak dengan kengkawan ofisnya, sementara aku melayan anak-anak dan turut melayan perut dan tekakku yang inginkan makanan yang pelbagai yang dihidangkan. Kepada Ana dan suami, kami ucapkan terima kasih. Kepada Emre, kami ucapkan selamat hari lahir. Umurnya aku tak tau pulak berapa tahun. Anyway, terima kasih daun keladi.
|
Isteriku berborak dengan rakan-rakannya. |
|
Berkumpul dengan teman-teman ofis sebelum balik ke rumah time maghrib. |
No comments:
Post a Comment